BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasrat balik raya terbantut ditipu operator bas

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
71412263596_295x200.jpg


KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 penumpang sebuah bas ekspres di sini berang selepas didakwa ditipu oleh operator bas terbabit.

Mereka dijadualkan bertolak dari Pudu Sentral pada jam 8 malam ini, namun perjalanan bas ke utara itu ditunda dan penumpang diarahkan untuk menaiki bas yang lain selain diminta membayar surcaj RM5 daripada tambang asal.

Namun hasrat untuk pulang berhari raya sempena Aidiladha tidak kesampaian susulan bas yang dinaiki itu pula tidak mempunyai permit setelah ditahan dalam satu operasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Keadaan menjadi kecoh apabila kalangan penumpang yang tidak berpuas hati memarahi pemandu bas ekspres tersebut selain meminta wang dikembalikan.

Suasana tegang berjaya ditenangkan pegawai SPAD yang berada di situ.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show...ntut-dek-ditipu-operator-bas-ekspres-45191?cp
 
Hahah mmg rugi la tokey bas, tekejut minyak naik
 
nanya org ler pengusaha bas pon ape buat gitu..kena bertanggungjwb jgk ler ganti duit balik ker ape ker...
 
perkara biasa dah ni...cuba p utc pudu..kalau masa2 perayaan atau ramai org naik bas drg akan main harga..try tnya lain2 kaunter..msti harga lain2..ada yg charged 60rm ke ipoh pun ada..hari tu p ipoh kne rm45..tpi uncle sebelum aku kne 60rm..alasan bas hbis and company sediakan bas extra yg baru..sekali tngok naik bas buruk yg singgah kl dri johor nak p utara..nasib masa tu spad xde..kalau x ada kemungkinan jd mcm nil..
 
spad la ni. klo xde lepas je
 
Back
Top
Log in Register