BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Di beberapa bahagian pada video azan baharu TV3 yang dihasilkan menggunakan AI, dapat didengari bunyi latar belakang yang tiada kena mengena dengan laungan azan seperti bunyi robotik. Teknologi kecerdasan buatan atau ‘artificial intelligence’ (AI) seolah-olah sudah sebati dalam industri grafik apabila digunakan bagi menghasilkan reka bentuk seperti poster, logo dan video. Namun dalam masa sama, terdapat penggiat seni yang menentang penggunaan AI dan menyifatkan ia sebagai menggunakan hasil tangan orang lain tanpa kebenaran. Malah terdapat kes di mana teknologi AI turut disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi melakukan penipuan.


Baru-baru ini, stesen televisyen TV3 telah memperkenalkan video seruan azan baharu yang disifatkan sebagai ‘lebih segar dan inovatif’. Video yang dihasilkan dengan penggunaan teknologi AI itu memaparkan visual keindahan ciptaan Allah SWT termasuk janin dalam kandungan, angkasa lepas serta keadaan bawah laut. Dalam masa sama, alunan azan pada video berkenaan turut disebut dengan merdu oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki. Namun di beberapa bahagian pada video berkenaan, dapat didengari bunyi latar belakang yang tiada kena mengena dengan laungan azan tersebut, contohnya bunyi robotik.​
 

Netizen Beri Pelbagai Reaksi & Komen

Menerusi video berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai pendapat dan komen di mana mereka menyatakan video tersebut sepatutnya dihasilkan menggunakan rakaman asli bagi menunjukkan keindahan semula jadi ciptaan Allah SWT dan bukannya yang dibuat menggunakan AI serta kelihatan tidak berjiwa. Malah, ada yang mempercayai bahawa ‘generated AI’ adalah haram memandangkan ia merupakan satu bentuk plagiarisma.

“Patutnya boleh upah orang rakam video time-lapse langit tanpa guna AI. Betul-betul tunjukkan ciptaan Allah SWT berbanding video dihasilkan guna teknologi yang menyumbang kepada pemanasan global,” tegur seorang individu.

Dalam pada itu, beberapa pengguna X turut menegur bahawa terdapat perkara yang tiada kena mengena dengan solat serta suara latar belakang selain azan dalam video tersebut.

“Untuk audio laungan azan tak perlu ada bunyi latar belakang. Takut lama-kelamaan macam-macam bunyi ditambah lagi lepas ni,” kata seorang individu.

Malah seorang pengguna media sosial memberi idea untuk mengadakan pertandingan menghasilkan video azan yang pasti akan disertai oleh orang ramai.

video-azan-AI-8.png
video-azan-AI-2.png
video-azan-AI-6.png
video-azan-AI-4.png
video-azan-AI-3.png
video-azan-AI-5.png
video-azan-AI-9.png
video-azan-AI-1.png
video-azan-AI-7.png
 

Melatih Teknologi AI Menghasilkan Jejak Karbon Tinggi

Di samping itu, beberapa individu turut berkata bahawa teknologi AI mempunyai impak terhadap iklim serta alam sekitar, dan tidak sepatutnya digunakan bagi semua perkara. Berdasarkan Columbia University, teknologi AI meningkatkan jejak karbon (carbon footprint) atau jejak gas rumah hijau memandangkan ia dijanakan menggunakan sumber tenaga yang besar. Pada 2019, University of Massachusetts Amherst mendapati melatih satu model AI bagi model bahasa boleh menghasilkan lebih 230 tan karbon dioksida yang bersamaan dengan penggunaan lima kereta sepanjang tempoh hidupnya. Kajian lain pula mendapati melatih GPT-3 dengan 175 bilion parametes menyebabkan pelepasan 502 tan metrik karbon, iaitu bersamaan seperti memandu 112 kereta menggunakan gasolin selama setahun.
 
unnecessary ..
bunyi robot..
bunyi angkasawan..
 
background dia pakai AI
 
1. Download AI video tu dalam Full HD / 4K
2. Ambil audio Azan yang original, adjust ikut masa playback video AI tu
3. Join balik Audio bari dan Video AI tu.. setel ..

apamacam diorang belajar bidang penyiaran ni 🤭
 
Back
Top
Log in Register