Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Di beberapa bahagian pada video azan baharu TV3 yang dihasilkan menggunakan AI, dapat didengari bunyi latar belakang yang tiada kena mengena dengan laungan azan seperti bunyi robotik. Teknologi kecerdasan buatan atau ‘artificial intelligence’ (AI) seolah-olah sudah sebati dalam industri grafik apabila digunakan bagi menghasilkan reka bentuk seperti poster, logo dan video. Namun dalam masa sama, terdapat penggiat seni yang menentang penggunaan AI dan menyifatkan ia sebagai menggunakan hasil tangan orang lain tanpa kebenaran. Malah terdapat kes di mana teknologi AI turut disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi melakukan penipuan.
Baru-baru ini, stesen televisyen TV3 telah memperkenalkan video seruan azan baharu yang disifatkan sebagai ‘lebih segar dan inovatif’. Video yang dihasilkan dengan penggunaan teknologi AI itu memaparkan visual keindahan ciptaan Allah SWT termasuk janin dalam kandungan, angkasa lepas serta keadaan bawah laut. Dalam masa sama, alunan azan pada video berkenaan turut disebut dengan merdu oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki. Namun di beberapa bahagian pada video berkenaan, dapat didengari bunyi latar belakang yang tiada kena mengena dengan laungan azan tersebut, contohnya bunyi robotik.