BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasil judi RM55 juta dirampas.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
PETALING JAYA – Polis negeri ini berjaya merampas sebanyak 69,350 unit komputer membabitkan nilai rampasan mencecah RM55 juta hasil daripada 41,377 serbuan dan pemeriksaan dalam Ops Dadu sejak Januari hingga Disember tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, sepanjang tempoh itu juga seramai 4,245 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian ditahan selain merampas wang tunai sebanyak RM333,104 dipercayai digunakan dalam aktiviti haram itu.

Menurut beliau, lima lokasi di negeri ini pula dikenal pasti sebagai kawasan perjudian iaitu di Shah Alam, Serdang, Subang Jaya, Gombak dan Klang Utara.

“Pada fasa pertama Ops Dadu Khas yang dilancarkan sejak 26 Oktober berakhir 2 November lepas pula, kita telah melakukan 3,971 serbuan dan merampas 982 unit mesin judi bernilai RM785,600 serta menangkap 76 individu yang terdiri daripada penjaga premis dan kaki judi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Foto ihsan Polis Kontinjen Selangor - Abdul Samah mengendalikan jengkaut untuk melupuskan komputer yang dijadikan mesin judi di pekarangan Balai Polis Ara Damansara di Petaling Jaya semalam.


ne_04.1.jpg
 
Polis polis...kan masih boleh diguna PC tu.......ish2 kalau beri Kat orang yg memerlukan kan bagus.....modified@ format ajalaaa
 
Kalau setakat rampas PC xjadi apa2 diorang banyak duit...kasi sebat
 
Ala, lakonan. Yang dipenyek2 tu yang
dah lunyai. Yang elok boleh kawtim...
 
Back
Top
Log in Register