BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HASASHIN: Penjenayah Kolar Putih Ketika Era Abad Pertengahan

FB_IMG_1590936877265.jpg

HASASHIN :: SENARAI NAMA MANGSA MANGSA YANG DIPERCAYAI TERLIBAT DIDALAM PLOT OLEH HASASHIN .

SENARAI BAHAGIAN PERTAMA
.
.


-1)Nizam al-Mulk .

seorang wazir dan pemerintah berstatus "de facto" .telah mangkat dibunuh pada tahun 1092, 14 Oktober .kejadian berlakunya di wilayah Sahnah, Empayar Seljuq .plot telah dilakukan telah dipercayai oleh seorang Hasashin yang menyamar sebagai darwis .

.
.
- 2)Ahmad ibn Muhammad al-Labbad (أحمد بن محمد اللباد)

seorang gabenor dari Isfahan .telah mati dibunuh pada tahun 1093 di wilayah Isfahan, jajahan kerajaan Seljuq ,oleh seorang Hasashin .

.
.
-3)Abu Muslim

Seorang Wazir di wilayah Ray ,Parsi telah dibunuh oleh seorang Hasashin pada tahun 1095 .

.
.
-4)Abd al-Rahman al- Simirumi .

seorang wazir dari kerajaan Seljuq sewaktu zaman pemerintahan sultan Barkayaruq telah mati dibunuh pada tahun 1097 oleh seorang Hasashin dipercayai dari arahan Abu Tahir al-Arrani .

.
.
-4)Arghush al-Nizami (أرغوش النظامي)

Seorang mamluk mempunyai hubungan rapat dengan Nizam al-Mulk dan bersama Barkayaruq .telah mati dibunuh pada tahun 1095 atau 1097 oleh seorang Hasashin di wilayah Ray, parsi ,jajahan Kerajaan Seljuq .arahan dipercayai datang dari Abd al-Rahman al-Khurasani .
.
.

-5) Bursuq .

Ketua panglima tentera. mempunyai hubungan rapat dengan Tughril telah mati dibunuh oleh Hasashin pada tahun 1097 di wilayah Ray ,Parsi,jajahan kerajaan Seljuq Quhistani dituduh sebagai dalang kejadian.
.
.

-6) (Nama tidak diketahui ,seorang Qadi)

seorang pegawai qadi telah dibunuh pada tahun 1098 oleh Hasashin ,dalang dipercayai oleh adik kandung sendiri.

.
.
-7)Utiz al-Amir dan Amir Siyah .

panglima tertinggi yang telah dilantik pada tahun 1099 di wilayah Sawa, kerajaan Seljuq kedua duanya mati 2 terbunuh, oleh Hasashin .

.
.
-8)Balakabak Sarmuz .

seorang pegawai kanan panglima pada tahun 1099 .di kawasan istana Sultan Mahmud, kerajaan Seljuq telah mati dibunuh ,pembunuh berjaya melarikan diri .

.
.
-9)Abu al-Muzaffar al-Khujandi .

seorang ulama dan pendakwah di wilayah Ray telah mati dibunuh pada tahun 1102 / 1103Ray, Kerajaan Seljuq ketika turun dari minbar ,telah diserang dan dibunuh oleh Hasashin .

.
.
-10) al-Jalil al-Dihistani

seorang wazir dari kerajaan Seljuq ,zaman pemerintahan Sultan Barkayaruq .telah ditikam oleh seorang Hasashin dan mengalami kecederaan parah lalu mati sewaktu ditinggalkan berseorangan pada tahun 1102 / 1103 di wilayah Isfahan, Parsi .

.
.
-11)Janah ad-Dawla .

seorang emir dari wilayah Homs ,telah mati dibunuh pada tahum 1103, di kawasan Masjid besar Homs oleh seorang Hasashins .

.
.
-12)Abu Ja'far al-Mashatt .

seorang Pemimpin dari gerakan mazhab Shafi'i telah mati dibunuh di masjid ,wilayah Ray ,Parsi pada tahun 1104 di wilayah Ray, parsi ,jajahan kerajaan Seljuq .

.
.
-13) Abu al-Ala Sa'id ibn Abi Muhammad al-Nisaburi .

seorang qadi dari masjid Isfahan pada tahun 1105 / 1106 dari Isfahan .telah mati dibunuh oleh seorang hasashin yang tak dikenali .

.
.
-14) Khalaf ibn Mula'ib

, seorang emir dari wilayah Afamiyya pada tahun 1106, semasa didalam Qalaat al-Madiq (Afamiyya), Emirate dari Afamiyya dibawah jajahan kerajaan syiah Fatimiyah ,mati dibunuh oleh seorang Hasashin dari unit penombak ( fleddagger), telah maut diserang ditusuk ke bahagian perut dengan tombak .

.
.
15 .(tidak dikenali) seorang pegawal tertinggi angkatan tentera

Si mangsa seorang pegawai berpangkat leftenan didalam angkatan Tentera Kerajaan Seljuk . Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Muhammad I Tapar ,ketika tahun 1107 .kejadian pembunuhannya terjadi di wilayah Shahdiz,dilakukan oleh seorang Fedayeen .pembunuhan keatasnya
Berpunca dari setelah satu rundingan yang telah gagal dipersetujui dua pihak sewaktu kempen ketenteraan Seljuk melancarkan Pengepungan keatas wilayah Shahdiz. Mangsa juga seorang komandan tentera Anti- Syiah Nizariyyah.

.
.
16 .Abu al-Fath Fakhr al-Mulk ibn Nizam Al Mulk .

Berpangkat Vizier dari Kerajaan Seljuq ketika zaman pemerintahan Sultan Barkayaruq .Vizier tersebut telah mati dibunuh ketika tahun 1106 / 1107 . pembunuh yang dipercayai telah dihantar oleh Pihak Hasashin tersebut telah berjaya ditangkap ,dijatuhi hukuman pancung sehingga mati .

.
.
-17)Ubayd Allah ibn Ali al-Khatibi .

seorang qadi dari wilayah Isfahan telah mati dibunuh pada tahun 1108 / 1109 telah ditikam dengan pisau .
.
.

-18)Abu al-Mahasin Abd al-Wahid al-Ruwayni

ketua kepada gerakan mazhab Shafi 'i telah mati dibunuh oleh seorang Hasashin pada tahun 1108 / 1109 didalam masjid Amol .

.
.
-19)Sa'id ibn Muhammad ibn Abd al-Rahman

seorang qadi dari wilayah Nishapur ,Iraq telah mati dibunuh pada tahun 1108 / 1109, sewaktu hari raya pertama aidilfitri .

.

-20)Ahmad ibn Nizam al-Mulk .

seorang vizier dari kerajaan Seljuq sewaktu zaman pemerintahan Sultan Barkayaruq telah mati dibunuh pada tahun 1109 / 1110 oleh seorang Hasashin telah ditangkap, mengaku bersalah, diupah oleh seorang sahabat mangsa .
.
.

-21)Abu Harb Isa ibn Zayda .

seorang saudagar kaya dari Parsi telah datang ke Aleppo ,terselamat kerana misi sulit dibatalkan pada tahun 1111 di wilayah Aleppo ,Syria .

.
.
-22)Sharaf al-Din Mawdud ibn Altuntashatab.

seorang Atabeg dari Mosul ,telah mati dibunuh pada tahun 1113 di Damsyik, oleh seorang Hasashin ,dipercayai telah diupah oleh Dua orang penguasa Sunni yang bernama Tughtigin dan Ridwan mungkin terlibat.

.
.
-22) Ahmadil ibn Ibrahim al-Kurdi

Seorang pegawai atabeg dari wilayah Maragheh telah mati dibunuh pada tahun 1114 Di Kota Damsyik .mangsa bersama seorang lagi sahabat telah terbunuh, nasib mangsa ketiga tidak diketahui

.
.
-23)Ahmad Sanjar .

Seorang Sultan Seljuq ,telah mati dibunuh dengan cara perangkap oleh Hasashin.
.
.

-24)Al-Afdal Shahanshah .

seorang vizier dari kerajaan Syiah Fatimiyyah telah mati dibunuh pada tahun 1121, di Kaherah oleh seorang Hasashin .

.
.
-25)Kamal al-Mulk Abu Talib al-Simirumi.

seorang vizier dari kerajaan Seljuk .telah mati dibunuh sewaktu meraikan hari perarakan pembarisan tentera Seljuq ,sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud pada tahun 1122 ketika diadakan di Baghdad .

.
.
-26)Abu Nasr Muhammad ibn Nasr ibn Mansur al-Harawi .

seorang qadi dari gerakan mazhab Hanafi dari wilayah Hamadan telah mati dibunuh pada tahun 1125 didalam Masjid Hamadan, kerajaan Seljuq .
.
.

-27)Ibn al-Khashshabqadi dan rais .

dari wilayah Aleppo telah mati dibunuh pada tahun 1125, kejadian ketika pada waktu malam didalam rumahnya di kawasan penempatan al-Zajjajin, wilayah Aleppo, ketika pulang daripada Masjid telah dilakukan oleh seorang Hasashin .
.
.

-28)Aqsunqur al-Bursuqi .

atabeg dari wilayah Aleppo telah mati dibunuh pada tahun 1127 kejadian berlaku didalam Masjid Agung wilayah Mosul, kerajaan Seljuq .telah mati akibat menerima 3 tikaman di dadanya .
.
.

-29)Mu'in al-Mulk Abu Nasr ibn Fazl .

Seorang wazir dari Seljuk dari zaman pemerintahan Ahmad Sanjar telah mati dibunuh pada tahun 1127 oleh seorang pengiringnya yang dipercayai telah membelot terhadapnya .
.
.

30)Mu'in al-Din al-Kashi .

seorang wazir dari kerajaan seljuk ,sewaktu zaman pemerintahan Sultan Ahmad Sanjar telah mati dibunuh oleh seorang Hasashin pada tahun 1127, sewaktu didalam perjalanan pulang dari istana Sultan menuju ke masjid .
.
.

-31)Abd al-Latif al-Khujandi .

Pemimpin kepada gerakan mazhab Syafi'i di wilayah Isfahan telah mati dibunuh pada tahun 1129 Dibunuh Hasashin yang dipercayai telah diupah oleh seorang pengkhianatan.
.
.

-32)Al-Amir bi-Ahkami'l-LahFatimid .

seorang Khalifah yang memerintah kerajaan Fatimiyyah di Kaherah telah mati dibunuh pada tarikh 7 Oktober 1130 di Kaherah .kerajaan Syiah Fatimid yang dipercayai telah dilakukan oleh 10 orang Hasashin dari cawangan Pembunuh Syria .

.
.
-33) Taj al-Muluk Buriat .

seorang Atabeg dari Damsyik ,telah mati akibat luka dalaman selama setahun pada tahun 1131 di Damsyik, kejadian dipercayai telah dilakukan oleh 2 orang pengawalnya yang telah menyamar secara diam-diam adalah Hasashin yang dihantar dari Parsi ,namun kedua duanya telah ditangkap dan telah dihukum menjalani hukuman pancung .

Bersambung ke bahagian kedua.....


Radz Von Koenigstraud Xiv
 
Back
Top
Log in Register