BTC USD 22,920.1 Gold USD 1,874.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HASASHIN: Penjenayah Kolar Putih Ketika Era Abad Pertengahan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
1590855844495.png

HASASHIN :: PENJENAYAH KOLAR PUTIH KETIKA ERA ABAD PERTENGAHAN

BAHAGIAN PERTAMA (PART I)


ARTIKEL OLEH :: #RVKXIV

Sewaktu Tamadun Islam sedang berada dikemuncak kekuasaannya terutama di Rantau Arab ketika tahun 800-1200 Masehi ,Berbagai jenis kekuasaan pencaturan politik sedang berlangsung seperti kerajaan Umayyad di Cordoba ,Kerajaan Kristian dari Eropah sedang menguasai Jerusalem ,Kerajaan Saljuk Turki yang berkembang dari tanah airnya sehingga ke sempadan Syria-Parsi ,nun jauh dari timur iaitu Kerajaan Mongol sedang rancak meluaskan kekuasaannya ,Kerajaan Sunni Dinasti Abbasiyyah dari kota Baghdad dan Kerajaan Parsi Syiah Ismailliyah .namun didalam kerajaan tersebut mempunyai dua sisi berlainan iaitu sisi pencerahan yang diperlihatkan kepada pandangan rakyat mereka mengenai segala kebaikan ,kemajuan dan kemakmuran kerajaan sepanjang tempoh pemerintahan mereka ,manakala sisi kegelapan mereka pula adalah terselindung dari pandangan masyarakat awam seperti korupsi didalam pentadbiran ,pembantaian ,konflik berdarah dan menghapuskan pesaing mereka secara individu untuk mengekalkan kesinambungan kuasa mereka .

Namun semasa abad pertengahan ,bukan kesemua kerajaan yang disebutkan ini mampu sependapat bersama untuk menjalinkan dasar diplomasi satu sama lain .masing masing ingin meluaskan kekuasaan sebesar yang mungkin maka permainan didalam pencaturan politik adalah diutamakan dengan pelbagai cara untuk menghapuskan pesaing mereka masing masing termasuklah menghapuskan pesaing mereka dengan misi pembunuhan keatasnya untuk mengekalkan kesinambungan pengaruh mereka .

Didalam artikel siri pertama ini ,saya ingin menceritakan mengenai sebuah golongan yang bertanggungjawab disebalik konflik konflik bedarah yang pernah terjadi di serata rata kerajaan berkuasa besar ketika zaman pertengahan .golongan tersebut sudi memberi khidmatnya untuk mana mana pihak yang mampu mengupah mereka namun secara balik tadbir iaitu berjalan didalam "gelap" .apa yang ditawarkan oleh golongan yang dimaksudkan ini ?

Dibalik pencaturan politik diantara pemimpin kerajaan satu sama lain ,pendekatan paling mudah dan singkat adalah melakukan pembunuhan keatas pesaing mereka dahulu ,ia bukanlah golongan marhaen biasa kerana si pesaing tersebut adalah dari golongan atasan masyarakat terutamanya si pemerintah .jika ingin menghapuskan pesaing tersebut bukanlah mudah pastinya wajib terdapat perlindungan keselamatan penuh bagi melindungi nyawa si pemerintah tersebut ,maka khidmat tersebut haruslah diberi kepada golongan yang mahir didalam pergaduhan ,cekap ,berhati hati dan mempunyai gerak kerjanya secara sulit untuk melaksanakan tugas dibalik tadbir .

Golongan yang dimaksudkan ini adalah Hasashin yang pernah wujud ketika era 1090 Masehi sehingga 1270 Masehi .namun gelaran Hasashin tersebut adalah terselindung dari pandangan masyarakat kerana ia berada disebalik nama sebuah kerajaan yang juga pernah wujud dahulu iaitu Kerajaan Syiah Nizari yang terletak di wilayah Lembah Alamut ,Utara tanah Parsi .

Maksud gelaran Hasashin ini dalam istilah rantau arab terutamanya dari masyarakat berfahaman islam sunni adalah mulhid yang membawa maksud "Kafir".gelaran hassahin juga dikenali dengan gelaran yang merujuk kepada golongan yang telah menyalahgunakan bahan Herba Hashih atau /Hashishiyya pada tahun 1120-an oleh Khalifah al-Amirand . Pandangan daripada sejarawan Muslim juga merujuk gelaran Hasashin ini merujuk sebagai Nizaris Syria, dan diatas beberapa sumber dari Kaspia Zayidis untuk merujuk kepada Nizaris dari Parsi.

Penulis dan pemikir dari rantau arab juga turut juga menyebut mazhab Golongan Hasashin ini selain dari panggilan Nizari terdapat juga gelaran yang lain ialah Batiniyya (باطنية), Ta'limiyya (filifiligaة), Isma'iliyya (إسماعيلية), Nizariyya (نزارية) .

Didalam Kerajaan Syiah Nizari itu terdapat kepada beberapa lapisan golongan mengikut taraf masing-masing seperti ::

Imām -keturunan Nizar yang layak memegang kedudukan ini untuk memerintah Kerajaan Syiah Nizari .

Dā'ī ad-Du'āt - ketua pembesar (memimpin para menteri)kedudukan selepas Imam

Dā'ī kabīr - "Da'i Unggul" ,kedudukan yang dianggap ahli falsafah ,kedudukan setaraf pendeta ,mubaligh ,missionary atau ahli agama .

Dā'ī (داعی, secara harfiah "mubaligh") - para pembesar (menteri) ,kedudukan dibawah arahan Dā'ī ad-Du'āt

Rafīq - pengajar yang melatih golongan Hasashin lapis pertama .

Lāṣiq - golongan elit Hasashin yang patuh setia kepada setiap tindakan oleh Imam secara mutlak untuk operasi sulit .pengawal kepada Imam .

Fidā'ī - golongan Hasashin yang menjalankan misi misi sulit yang diberikan untuk melaksanakan misi pembunuhan keatas mana mana sasaran dikehendaki

Sebelum saya mahu mengupaskan lebih jelas lagi mengenai golongan Hasashin yang berselindung disebalik Kerajaan Syiah Nizari ini ,terlebih dahulu saya ingin menyatakan perihal seseorang yang bertanggungjawab telah melahirkan golongan Hasashin dan Pengasas Kerajaan Syiah Nizari ini iaitu Hassan Al-Sabbah .

============================================

HASSAN AL SABBAH-PENGASAS KEPADA GOLONGAN HASASHINS .

Jika dizaman sekarang ini, jenayah terancang pastinya melibatkan si pelaku yang diupah oleh golongan elit atasan untuk menghapuskan pesaing mereka juga dari golongan atasan juga bukan ? Konflik perebutan kuasa yang terjadi diantara kerajaan kerajaan yang berkuasa besar semasa Era Abad Pertengahan juga mirip dengan jenayah terancang zaman moden sekarang yang kita mampu maksudkan juga salah satu cara yang terdapat didalam carta jenayah kolar putih yang berbeza adalah zaman garismasa masing masing. maka saya akan menceritakan tentang seorang individu yang telah mengasaskan golongan Hasashin ini semasa zaman Pertengahan.

Hassan Al sabbah ini dilahirkan di wilayah Qoms ,Iran pada tahun 1050. Latar belakang keluarganya yang berpegang kepada mazhab syiah Ismailliyah di Parsi kemudian berpindah ke wilayah Rayy juga di Iran .ketika Hassan mencapai usia mudanya ,dia telah menggembara ke Kaherah untuk melanjutkan pelajarannya didalam bidang Metafizik, Astronomi, Metamatik dan juga mendalami fahaman syiah prinsip 12 Imam (yang nie kiranya dia nak jadi lebih warak didalam fahaman Syiah).

Salah satu fakta yang menarik mengenai perihal zaman awal Hassan Al-Sabbah ini adalah, sebelum dia melanjutkan pengajiannya ke Kaherah ,di zaman mudanya pernah Bersahabat dengan dua Rakannya iaitu Umar Kayyam (seorang ilmuan Islam iaitu Ahli Falsafah dan Pemuisi) dan paling menarik satu lagi sahabatnya yang bakal dibunuh oleh Hassan sendiri melalui pengikutnya, Hasashin yang bertaraf Fidai menyamar sebagai Dervish iaitu Nizam Al-Mulk). Semasa muda, sebelum tiga orang sahabat yang bakal dikenali didalam Sejarah Dunia Era Pertengahan, mereka bertiga pernah berjanji untuk berusaha menjadi lebih berjaya suatu masa nanti dengan kejayaan mereka masing-masing mampu memperolehi kedudukan yang berkuasa di abad Pertengahan pada masa akan datang. Permulaan yang memperolehi kejayaan tersebut telah bermula daripada Nizam Al Mulk merupakan seorang yang bermazhab Sunni Anti-Syiah Fatimid apabila dinaikkan kedudukan kepada seorang wazir. kerana selaku orang yang rapat dengan Sultan Alp-Arslan dari Kerajaan Seljuk diatas kesetiaannya yang sentiasa mengikuti Alp Arslan didalam kempen kempen ketenteraan dan Nizam Mengusul dua nama Sahabatnya itu kepada Alp Arslan untuk dilantik menjadi pembantu kepadanya selaku Wazir. namun ditolak pelawaan yang diberikan oleh Nizam Al Mulk kepada Umar Kayyam diatas sebabnya ingin lagi melanjutkan pengajian dan Hassan menerima pelawaan Nizam tersebut namun hanya sementara apabila plot percubaan yang dilakukan keatas Nizam untuk menggulingkan sahabatnya dari kedudukan Wazir telah gagal lalu Hassan melarikan diri ke Kaherah turut dimasa yang sama Hassan juga mahu menyambungkan pengajiannya .

============================================

PEMBERONTAKAN KEPADA LAHIRNYA GOLONGAN NIZARI .

Setelah keluar dari kerajaan Syiah Fatimiyyah ,Hassan telah menggembara ke arah Timur ,iaitu sehinggalah dia sampai ke kawasan sempadan diantara Kerajaan Saljuk dan Parsi.

di kawasan sempadan diantara Parsi dan Kerajaan Saljuk ,masyarakat yang mendiaminya adalah majoriti memegang Mazhab Syiah Ismailliyah dari Parsi dan mereka sememangnya memiliki dendam dan sifat kebencian mereka terhadap golongan atasan Wazir yang menyokong penguasaan Kerajaan Seljuk .punca kepada kebencian ini disebabkan Kerajaan Seljuk telah menawarkan syarat pemberian untuk pajakan tanah pertanian di sempadan itu telah mengenakan bayaran pajakan kepada pihak mereka oleh golongan petani bermazhab Syiah Ismailliiyah .ia dianggap sebagai syarat perjanjian yang berat sebelah kerana Pihak Seljuk telah mengenakan cukai yang tinggi perlu dibayar terhadap Golongan Syiah Ismailliyah yang menetap tinggal di sempadan tersebut .

Golongan Wazir Seljuk sememangnya telah lama berkuasa untuk mentadbir kawasan sempadan yang menentukan setiap keputusan dasar tindakan yang dibuat mengikut selera mereka keatas kawasan milik mereka. . Sementara itu, masyarakat golongan petani dan kelas bawah Parsi semakin tidak berpuas hati diatas syarat dan dasar-dasar dan cukai yang tinggi telah membebankan keatas mereka. Konflik pencaturan yang sedang dihadapi oleh Golongan Syiah Ismailliyah bakal tercetus kepada titik permulaan untuk melancarkan gerakan pemberonrakan Syiah Ismailliyah terhadap pihak Seljuk .

===========================================

PERTAPA TUA DARI GUNUNG

Ketika dia tiba di Andej ,Hassan telah mempunyai perancangannya untuk menrekrut dari mana mana pemuda dari golongan Mazhab Syiah Ismailliyah tempatan supaya dapat menarik perhatian mereka didalam masa yang singkat dan mampu memberi kesan luar jangkaan ,dia perlulah menggunakan cara psikologi yang halus .maka Hassan perlu melakukan Penyamaran yang tidak disangka oleh mana mana pihak demi menutup perancangan pemberontakan yang sememangnya kelihatan keras .maka Hassan mempunyai pandangan untuk membuat penyamaran dirini supaya dapat menjadi seseorang tokoh yang mampu disanjungi dan mudah didekati oleh masyarakat .watak penyamaran sebagai Pertapa Tua dari Gunung telah menjadi pilihannya paling terbaik dan juga sifat watak ini berlawanan dari sifat dirinya yang sebenar.

Terdapat sebuah penulisan dari Marco Polo (sekitar 1300) telah menggambarkan sifat dan perihal Hassan sebagai seorang lelaki penipu dengan memyamar menjadi seorang petapa tua dari gunung yang telah merancang untuk mempengaruhi secara psikologi dengan kata kata yang berhemah dan nasihat kononnya segala penyampaian kepada mana mana orang yang berkenalan dengannya sebagai unsur kata kata hikmah dan nasihat daripada Hassan yang menyamar sebagai Si Petapa Dari Gunung .penyamaran Hassan ini sebagai seorang Pertapa Tua yang sama kedudukan dengan golongan Pendeta dan Sami Bikkhu itusememangnya yang tiada orang pernah menyangka, menganggap bahawa golongan Petapa yang terdapat didalam Sejarah adalah seorang yang Budiman, panjang akal, bijak mengatur setiap langkah, sebagai penasihat dengan teguran yang berharga dan sebagai pengajar yang ikhlas didalam menyampaikan apa jua bentuk pengetahuan.

Tetapi perancangan Hassan untuk melancarkan pemberontakan yang bakal tercetus di kawasan sempadan telah diketahui oleh pihak Seljuk. Menjelang pada tahun 1090 Masihi, seorang Wazir dari kerajaan Seljuk yang bernama Nizam al-Mulkhad telah mengarahkan perintah penangkapan terhadap Hassan diatas perancangannya didalam percubaan melancarkan pemberontakan di sempadan.

Sebelum Hassan melancarkan penawanan Lembah Alamut, Hassan telah singgah sebentar dan menetap secara sulit Lembah Qazvin utara jaraknya kira-kira 60 km dari Lembah Alamut (saya akan ceritakan perincian kawasan lembah alamut ini pada artikel kedua nanti) Lembah Alamut ini mustahil untuk ditawan maka Hassan perlu mencari cara untuk menawan Lembah tersebut. Lembah Alamut amatlah mustahil untuk ditawan dengan serangan cara ketenteraan, sebaliknya langkah yang ada terbaik adalah menggunakan cara psikologi untuk mempengaruhi golongan atasan didalam kubu tersebut. Pelan penyamaran sebagai Pertapa Tua Gunung telah digunapakai oleh Hassan untuk memastikan Lembah Alamut berjaya ditawan.

===========================================

KERAJAAN SYIAH NIZARI :: PELOPOR KEPADA GOLONGAN HASASHIN

Perancangan Hassan Al-Sabbah untuk mengukuhkan lagi pertahanan Lembah Alamut dan pentadbiran kerajaan baharu yang tersusun dan sistematik,Golongan Syiah Ismailliyah yang setia terhadapannya telah dilatih sendiri oleh Hassan untuk memenuhi fasa pencaturan politiknya seterusnya . supaya Kerajaan Syiah Nizari semestinya terus diperluaskan pengaruhnya. Hassan telah bercita cita untuk diguna pakai tektiknya yang berjaya dahulu menawan Lembah Alamut dapat dilaksanakan keatas Kubu-Kubu yang lain .disasarkan didalam Wilayah Seljuk di Syria ,kawasan Kerajaan Dinasti Abbasiyyah dan Kawasan Kerajaan Syiah Ismailliyah di Parsi .setelah perancangannya diatur dengan teliti ,Hassan telah menghantar golongan Syiah Ismailliyah yang telah dilatih kini menjadi Hasashin tersebut yang telah dilatihnya itu ke wilayah Musuh Musuhnya untuk melaksanakan misi sulit Kerajaan Syiah Nizari dengan menawan kubu kubu yang telah disenaraikan.misi sulit yang dijalankan oleh Hasashin telah berhasil ,satu persatu telah ditawan disepanjang zaman kemuncak Kerajaan Syiah Nizari apabila lokasi lokasi kubu yang telah disasarkan itu bertebaraan di seluruh Parsi, Syria, dan Fertil Crescent .sepanjang 200 Tahun kewujudan Kerajaan Syiah Nizari bertahan dianggarkan mereka telah mempunyai wilayah wilayah jajahan (kubu-kubu yang ditawan) dianggarkan sebanyak 200 buah sekitar Rantau Arab dari Turki sehingga ke Parsi .

Golongan Hasashin sememangnya sengaja telah menawan lokasi lokasi tertentu supaya ia kelihatan keadaan kubu kubu ditawan itu yang tidak terhubung diantara satu sama lain. Pencaturan yang dilaksanakan tersebut supaya golongan supaya kelihatan Kubu Alamut itu diibaratkan terancam dihimpit oleh sebahagian besar wilayah permusuhan yang bersempadan dengan mereka.

Dan menguruskan struktur kekuatan pelan yang telah terbukti lebih efektif daripada sistem pentadbiran syiah yang ada di Fatimid Kaherah, atau sistem pentadbiran Sunni Seljuk di Bagdad, yang keduanya sedang mengalami ketidakstabilan politik, terutama ketika tempoh masa peralihan kuasa di antara pemimpin satu sama lain. Dan konflik konflik pergolakan dalaman kerajaan yang sedang melanda dua Pihak tersebut sebagai peluang kepada Kerajaan Nizari dapat menghidari ancaman serangan di sempadan dari dua pihak tersebut. Malah didalam tempoh 200 tahun, Kerajaan Nizari memiliki kedaulatan dan kemakmuran sendiri sehinggalah mereka telah berjaya menghasilkan matawang syiling dari pihak sendiri.

===========================================

KIFARAH YANG DIBAYAR .

Kerajaan Syiah Nizari ini bertahan selama 200 tahun juga pernah menghasilkan nilai matawang mereka sendiri iaitu Syiling Nizari yang ditulis dengan gelaran keatas kota Alamut oleh golongan nizari dengan panggilan kursī ad-Daylam (كرسي الديلم, iaitu "Ibu Kota Daylam").

Penubuhan Kerajaan Syiah Nizari ini telah dibentuk kesan dari permulaannya hasil konflik gerakan fahaman agama ketika era zaman Pertengahan dahulu .ibukota kepada Kerajaan Syiah Nizari ini di Lembah Kubu Alamut yang terletaknya diantara sempadan dua negara berkuasa, kerajaan Sunni Seljuk dan Syiah Ismailliyah di Parsi pada tahun 1090 Masehi. Kerajaan Syiah Nizari secara dasarnya telah menggunakan sistem pentadbiran yang unik melalui sistem rangkaian diantara kubu ke suatu kubu yang berasingan .Golongan Hasashin yang setia terhadap Kerajaan Syiah Nizari sememangnya mempunyai cara yang tersendiri bagi menghakis ancaman dari kerajaan musuh di sempadan terutamanya ancaman daripada kerajaan Seljuk dahulu dengan objektif pencaturan kuasa politik iaitu melakukan pembunuhan keatas musuh musuhnya terutamanya kepada golongan Wazir, Amil dan Khalifah yang berfahaman Mazhab Sunni.

Selama Dua abad kewujudannya, kerajaan Nizari ini mulai merosot yang tercetus hasil konflik pergelutan kuasa dari dalaman pentadbirannya sehingga telah musnah akhirnya akibat oleh serangan besar besaran yang dilancarkan oleh pihak Mongol. Sewaktu penjarahan yang dilakukan oleh pihak Mongol, kesemua Golongan Syiah Nizari disekitar Lembah Kubu Alamut telah dibunuh.

Pihak Mongol juga dapat membongkarkan sebahagian hal hal pentadbiran Syiah Nizari terutamanya urusan sulit kerajaan mengenai perancangan misi pembunuhan yang telah dilaksanakan oleh Hasashin keatas sebahagian besar golongan dan pemimpin pemimpin kerajaan yang menjadi musuh ancaman terhadap mereka.

===========================================

PENUTUPAN KEPADA BAHAGIAN PERTAMA

Selepas ini saya akan bersambung ke artikel bahagian seterusnya yang akan menceritakan mengenai kelebihan yang terdapat di Kubu Alamut sewaktu Hassan Al-Sabbah mengetuai Kerajaan Syiah Nizari yang membuatkan ia sukar untuk ditawan dari segi keadaan kawasan geografinya yang terselindung disebalik Alam Semulajadi ,perincian Kubu Kubu cawangan kepada Kerajaan Syiah Nizari dan Senarai Tokoh Tokoh yang pernah dibunuh Oleh Golongan Hasashin dibawah arahan oleh pengasas mereka sendiri iaitu Hassan Al Sabbah.


Radz Von Koenigstraud Xiv
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
1590857065166.png

HASASHIN :: PENJENAYAH KOLAR PUTIH SEMASA ABAD PERTENGAHAN

AWAS ! :: ARTIKEL INI PANJANG !

Artikel Oleh :: #RVKXIV .

BAHAGIAN II

Kemelut yang melanda rantau Asia tengah semasa Zaman Pertengahan terutamanya Kerajaan Islam sedang mengecapi zaman keemasannya semenjak dari pemerintahan Rasulullah kita mengembangkan Ajaran Agama Islam di pelusuk Rantau Arab dan bertebaran keseluruh pelusuk benua melalui penyampaian dari golongan para ulama ke kawasan Asing untuk menyebarkan Syiar Islam dengan cara kebenaran. Namun malangnya ia berbeza cara yang dibuat oleh golongan Syiah Nizariyyah dengan melakukan matlamat menghalalkan cara biarpun dengan melakukan pembunuhan demi mencapai kegemilangan kuasa didalam masa yang singkat.

Selepas penawanan Kubu Alamut pada tahun 1090 secara tak langsung golongan Syiah Ismailiyyah telah berikrar setia terhadap Hassan Al Sabbah dan keluar dari fahaman Syiah Ismailliyah demi memeluk fahaman Nizariyyah. Dari konsep matlamat menghalalkan cara inilah melahirkan golongan pemuda Nizariyyah yang terlatih dengan pelbagai teknik pertempuran jarak dekat dan jauh, penyamaran identiti sehingga mampu menjadi watak paling mustahil, sentiasa memanjangkan akal untuk sentiasa pantas berfikir untuk pilihan menggunakan apa jua jenis helah untuk mencapai objektif "matlamat menghalalkan cara". Kesemua taktik kelicikan tersebut telah diajar dan dilatih oleh Hassan kepada golongan pemuda Nizariyyah. Hassan yang mengharapkan apa yang diajarinya kepada mereka dapat dikembangkan untuk mengajar lapis generasi Nizariyyah pada masa akan datang. Sewaktu mencapai zaman kemuncaknya, gelaran nama Hasashin atau Fedayeen seringkali disebut oleh masyarakat Arab yang mendiami sekitar rantau Syria, Afrika Utara, Parsi, Iraq dan di Jerusalem apabila seringkali melibatkan kes berprofil tinggi seperti pembunuhan keatas Wazir, Khalifah, Maulana atau Amil.

Sekitar tahun 1100 Masehi, Kerajaan Syiah Nizari telah dikembangkan secara bertaburan disekitar kawasan konflik rantau Arab. dimana anggaran rasmi telah menyatakan bahawa terdapat 200 buah kubu yang bertaburan secara berasingan di Syria, Turki, Iraq, Parsi, Acre, Jaffa, Yemen, Semenanjung Arab dan Jerusalem dengan tiap tiap daripadanya telah dikendalikan dengan cara sistem Secto. Segala arahan tindakan yang dikeluarkan dari Kubu Alamut selaku penaung kesemua Secto akan dihantar ke Kubu Masing-masing. Salah satu Kubu yang dianggap terpenting ialah Kubu Masyaf yang terletak di Utara Syria. Sebahagian besar konflik yang berlaku dikawasan konflik politik kuasa terutamanya di Syria akan dikendalikan oleh Secto Hasashin di Kubu Masyaf.

==========================================

SAAT KELAHIRAN GOLONGAN HASASHIN

Disini hanyalah sekadar kupasan daripada saya dari beberapa rakan saya dahulu, Sewaktu saya naikkan Artikel bahagian pertama yang bertajuk "Hasashin :: Penjenayah Kolar Putih Era Abad Pertengahan", tertanya juga saya bagaimana seseorang Hasashin itu mampu menguasai pelbagai Jenis teknik gerak kerja mereka secara terlatih dan cekap ke fasa seterusnya untuk dinaikkan kepada tahap Fedayeen secara profesional ?::

1) Akal - bagaimana seorang Hasashin tahap Fedayeen mampu menjana kepantasan akal untuk berfikir semasa didalam suasana panik dan sangat bertepatan membuat keputusan ?

2) Seni mempertahankan diri - semasa Abad Pertengahan, seni pertempuran jarak dekat dan jauh itu mampu dikuasai oleh Fedayeen harus mengetahui titik-titik kelemahan yang dimiliki oleh musuh sebelum berjaya membunuh sasaran.

3) Penyamaran - semasa latihan, seorang Hasashin haruslah menguasai pelbagai jenis watak karakter terutamanya untuk karakter paling sukar dijangka oleh masyarakat. Selalu pilihan yang dibuat sebagai seorang Sufism, Darvish, Pelayan, Sami, Petapa tua, Artisan atau Kanak-kanak (selalunya untuk misi khas yang digunakan oleh sasaran yang paling sukar untuk dibunuh)

Mungkin terdapat lebih banyak lagi gerak kerja seorang Hasashin tahap Fedayeen perlu menguasai kesemuanya untuk memudahkan bagi diri mereka melaksanakan misi sulit.

Sewaktu untuk melatih seorang Hasashin yang mampu menguasai tiap tiap jenis kepakaran sepenuhnya, pastinya amat sukar dan mungkin memerlukan tempoh masa yang panjang. Disini saya berpandangan bahawa syarat untuk melahirkan golongan Hasashin ini mampu menjadi jentera pembunuh yang digeruni, maka kanak-kanak menjadi pilihan kerana diusia begini ,ia paling mudah untuk dibentuk yang mampu memberikan hasil paling terbaik dan sempurna.

Pertempuran acap kali tercetus semasa zaman pertengahan di rantau Asia Tengah ini terutamanya siri Perang Salib Besar atau Siri Perang Salib Kecil. Konflik konflik perang ini sebahagian besarnya kerap kali terjadi di kawasan Syria, Yemen, Tanah Arab, Mesir, wilayah wilayah Kerajaan Tentera Salib, Byzantium, Abbasiyyah, Seljuk dan Parsi. Maka sudah menjadi kewajipan tiap kali pertempuran terjadi pastinya ribuan nyawa orang awam melayang yang mendiami didalam kawasan konflik. Maka pihak Mentor Hasashin akan ke kawasan konflik yang baru tamat selepas pertempuran bertujuan untuk menculik kanak kanak yang sudah menjadi yatim piatu untuk dibawa pulang ke Kubu Alamut supaya dilatih menjadi Hasashin. Namun ada juga Mentor Hasashin akan membuat penculikan kanak kanak dari kalangan masyarakat fakir miskin di sekitar Parsi atau disempadan Seljuk Syria.

Seterusnya apabila kanak kanak yang diculik oleh Golongan Mentor Hasashin tersebut telah sampai ke Kubu Alamut, saringan dibuat dan seperti yang kita Ketahui sebelum ini ialah salah satu Faktor kepada nama Hasashin, Assassins itu adalah juga dari nama sejenis tumbuh herba jenis mengkhayalkan yang dinamakan Hashih. Sewaktu golongan Hasashin mencapai zaman kemuncaknya, golongan Hasashin ini gemar menghisap paip Shisha dengan membakar herba Daun Hashih di corong paip. Asalnya Herba Hashih untuk tujuan rawatan perubatan namun ia gemar digunakan oleh Hasashin demi tujuan mengkhayalkan. Kemunculan penggunaan herba tersebut dikalangan Hasashin ini semejak dari zaman kanak kanak mereka selepas diculik untuk dilatih menjadi jentera pembunuh yang paling berkesan. dimana setiap kali latihan yang diajarkan oleh mentor mereka, maka kanak kanak tersebut telah diberikan herba Hashih sehingga mengkhayalkan secara tak langsung ia memudahkan setiap perkara yang diajari kepada mereka supaya dipraktikkan dengan mudah dan mampu menguasai bidang yang diajari dengan tempoh masa yang singkat.

Semenjak dari zaman purba lagi wujudnya tumbuh tumbuhan jenis Herba terutamanya tumbuhan Herba Hashih hidup meliar dan ditanam sekitar rantau Parsi, Afghanistan, Pakistan dan India. Dizaman sekarang ini tumbuhan Hashih ini terletak sebahgian di kawasan dataran segitiga Asia Tengah. Kita tutup bab herba Hashih ini kerana saya tak mahu tersasul dengan tajuk asalnya maka dilihat jenis jenis latihan yang mungkin diajar kepada golongan Hasashin ini yang diasuh dari usia kecil ini sebenarnya telah diajar lama dahulu sewaktu penubuhan Kerajaan Syiah Nizari oleh Hassan Al Sabbah. Individu ini juga yang mempraktikkan kaedah pembelajaran untuk menghasilkan seorang Hasashin paling terbaik. Sebelum Hassan tiba ke Sempadan Saljuk-Parsi untuk menawan Kubu Alamut, Dikhabarkan Hassan sudah mendalami teknik teknik ini sewaktu dia berada di Mesir dahulu. Mesir ketika itu telah diperintah oleh Kerajaan Syiah Fatimiyyah dan mewujudkan golongan pembunuh disebalik tadbir urusan kerajaan. Namun pada tahun 1171, Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir telah dimusnahkan oleh Panglima Islam berpengaruh iaitu Salahuddin Al-Ayubbi dan menggantikan pemerintahan yang baharu.

=========================================

SI PETAPA TUA DARI GUNUNG ADALAH MENTOR KEPADA SI PENATUA ORANG GUNUNG

Semasa Permainan pencaturan Politik masih lagi berlangsung, seperti apa yang kita nampak secara dasar ialah, si penguasa itu yang menggerakkan buah bidaknya mara dari satu tapak mara kesatu tapak yang lain. Maka kita menyangka bahawa si penguasalah yang mampu menguasai untuk mengerakkan buah bidaknya iaitu tentera setianya namun didalam perihal Hasashin ini sebaliknya dimana ada seorang individu diatas dari peringkat atasan secara diam telah "memaksa" sipemain (penguasa) itu yang sendiri menggerakkan buah bidaknya samada mampu memusnahkan musuhnya ataupun mampu memusnahkan dirid dengan gerakan tanpa akal yang digerakkan oleh penguasa tersebut. Begitulah situasi sebenar yang terjadi semasa Abad Pertengahan. Selain daripada kerajaan berkuasa besar seperti Seljuk, Dinasti Abbasiyyah, Tentera Salib dan Fatimiyyah yang sentiasa bergolak dengan konflik perebutan kuasa, Sebuah Kerajaan Syiah Nizari ini sangatlah Kecil yang sangat berbeza tandingan disudut keluasan Empayar mereka telah berjaya memanfaatkan konflik yang dialami oleh kuasa kuasa besar tersebut menjadi batu loncatan kepadanya bukan sekadar dapat mengembangkan pengaruh mereka didalam Geopolitik malah berpeluang secara licik dengan cara halus untuk menunggang sebahagian kuasa Besar.

Sekitar tahun 1100-1200, nama Hasashin ini ibarat menjadi igauan kepada tokoh tokoh yang berpengaruh didalam Kerajaan terutamanya Dinasti Seljuk, Kerajaan Tentera Salib Jerusalem, Parsi dan Fatimiyyah kerana terdapat sebahagian golongan seperti Amil, Khalifah, Wazir, Baron, Lord, Garbenor dan Khagan (yang ini akan aku ceritakan didalam artikel akan datang).

Ada yang memanggilnya dengan panggilan Al Mualim, ada yang mengelarkannya si Mahaguru kepada seluruh ahli Sekto Pembunuh dan ada juga yang memanggilnya Lelaki tua yang Misteri.

Jadi kita berbalik semula kepada persoalannya siapa gerangan individu yang sangat berkuasa selepas pengasas Hasashin tersebut ? Dia yang dinamakan sebagai Rashid Al-Din Sinan, merupakan ketua Sekto yang menggepalai Hasashin dan mengawal sekto di Rantau Syria dan pinggir wilayah Tentera Salib. Gelaran untuknya ialah Si Penatua dari Gunung hampir mirip gelaran yang dipakaikan oleh pengasas Hasashin dan juga Al Mualim.

Rashid ad-Din Sinan dilahirkan pada tahun 1132 di wilayah Basra, selatan Iraq, datang dari sebuah keluarga yang berserdahana. Menurut sejarah awalnya yang masih lagi kurang jelas, sewaktu awal permulaan kehidupan awalnya bergelar Hasashin seterusnya menjadi Fedayeen, Rashid telah datang ke Kubu Alamut, ketika itu menjadi pusat utama untuk melatih golongan Hasashin, ketika masih usia di awal remaja setelah dia bertengkar dengan adik beradiknya diatas pekara yang tidak diketahui.

Bermula zamannya ketika usia awal remaja, Rashid mula menerima latihan khas Hasashin di Kubu tersebut sehingga dia meningkat dewasa. Setelah tamat pengajiannya sebagai Hasashin. di usia mudanya, Rashid merupakan salah seorang Hasashin yang paling terbaik dan paling mencapai kejayaannya didalam misi. Diatas pencapaiannya itu telah membuatkan namanya dipilih oleh Imam yang memimpin Nizari ketika zaman tersebut untuk melakukan satu misi sulit pada tahun 1162, pemimpin mazhab Nizariyyah iaitu Ḥassan ʿAlā Dhikrihi Salām telah menghantarnya ke Syria, setelah dia berikrar sebagai Qiyamah, didalam istilah Nizari bermaksud masa Qa'im atau melakukan penghapusan terhadap kerajaan Islam Sunni. Di Syria, Rashid telah menetap di Kubu Al-Kahf dan kemudian dia menetapkan Kubu Masyaf sebagai tempat perancangan urusan hal sulit Hasashin. Di kemuncaknya Rashid telah menguasai daerah Syria utara iaitu wilayah Jabal as-Summaq, wilayah Maarrat Misrin dan wilayah Sarmin.

Musuh utama bagi Rashid Al-Sinan adalah Sultan Saladin (1137 / 1138–1193), garbenor Kaherah yang memerintah Negara Mesir dan Syria dari tahun 1174 sehingga 1193. Sepanjang sejarah mengenainya, Salahudin berjaya sebanyak dua kali dapat mengelakkan plot percubaan pembunuhan yang diperintahkan oleh Rashid terhadapnya. Satu lagi peristiwa penting yang pernah berlaku adalah sewaktu Salahuddin memimpin kempen ketenteraan untuk menakluki wilayah Aleppo, sebelumnya itu, Salahuddin telah berjaya menghancurkan kawasan kemudahan ketenteraan milik Hasashin Nizari. Pada tahun 1176, Salahudin telah membuat pengepungan penuh keatas Kubu Masyaf namun terjadinya satu peristiwa pada waktu malam semasa pengepungan Masyaf yang memaksa tetapi Salahuddin terpaksa akur dengan kegagalannya dengan menarik semula pengepungan setelah gagal untuk dia mampu menundukkan Rashid dan para Hasashin yang berada didalam Kubu tersebut. Setelah satu peristiwa penting yang pernah terjadi mengenai kononnya pernah terjadi antara Salahuddin dan Rashid. Menurut satu kisah, pada suatu malam, seorang pengawal Saladin telah terlihat satu percikan api terang telah menyinari puncak bukit Masyaf dan kemudiannya lenyap. Secara tiba tiba pula timbul semula percikan api yang sama di kawasan khemah salahuddin berada. Menyedari bunyi kekecohan panik yang berlaku, Salahuddin telah terbangun dari tidurnya lalu mencari seakan terlihat suatu kelibat bayangan yang telah melarikan diri bergegas keluar meninggalkan khemahnya. Tiba tiba satu kejadian yang pelik hampir meragut nyawanya sendiri apabila Dia terlihat bahawa sebuah pelita yang sepatutnya diluar khemahnya telah tiba tiba muncul berada di sebelah tempat tidurnya bersama dengan sehelai nota ditinggalkan diatas mejanya yang telah dipinkan dengan sebilah belati yang telah dicelup hulu matanya yang mengandungi racun berbahaya. Catatan nota yang ditinggalkan tersebut tertulis peringatan amaran keras kepada Salahuddin bahawa peristiwa yang terjadi pada malam kejadian ini akan mampu berulang menjadi kenyataan yang mengancam nyawanya yang pasti akan dibunuh, jika Salahuddin masih berkeras hati dengan pendiriannya itu selagi tidak diri bersama tenteranya untuk berundur dari pengepungannya yang dilakukan keatas Kubu Masyaf sewaktu sekarang. Lalu Salahuddin menyeru kepada askarnya yang sedang berhimpun melihat kejadian malam tersebut. Sambil Salahuddin dengan keyakinannya berkata bahawa kebenarannya yang terjadi ini adalah disebalik kelibat yang melarikan diri tersebut adalah Rashid itu sendiri yang telah datang dan juga melarikan diri keluar daripada khemah Salahuddin.

Oleh itu, Saladin menyuruh pengawalnya untuk melakukan persiapan untuk mengadakan rundingan perjanjian dengan Rashid Al Sinan. Akhirnya Salahuddin telah akur Menyedari bahawa dia tidak akan mampu dapat menundukkan para Hasashin. Salahuddin berusaha untuk mencari kesepakatan diantara dua pihak iaitu dirinya dengan pihak Hasashin. Secara tak langsung rundingan perjanjian yang dibuat, Salahuddin mampu menggagalkan rundingan dari Tentara Salib tidak lagi mampu bersekutu dengan Rashid Al Sinan.

Satu lagi peristiwa yang terakhir telah membuatkan nama Rashid Al Sinan menjadi buah mulut oleh masyarakat zaman pertengahan, pernah terjadi satu lagi peristiwa pembunuhan tokoh berlaku pada tahun 1191, peristiwa tersebut telah membuatkan dirinya telah dituduh sebagai dalang yang memberi arahan kepada Hasashin menjalankan misi sulit keatas pembunuhan keatas Raja Yerusalem yang baru ditabalkan, iaitu Conrad of Montferrat. Namun kejadian pembunuhan ini telah menimbulkan banyak kesangsian kepada beberapa pihak dan keraguan Sama ada perkara ini dikaitkan dengan Raja Richard I dari England atau dengan Salahuddin masih lagi belum diketahui sehingga kini.

Pada tahun 1193, Rashid telah menulis sepucuk surat kepada Leopold V, Duke of Austria diatas permintaan Richard I, yang telah memuji peristiwa pembunuhan keatas Conrad of Monferrat, yang telah menyebabkan Richard dituduh sebagai dalang.

Rashid Al Sinan telah meninggal dunia pada tahun 1193 di kediamanya yang terletak di Kubu Istana al-Kahf, Syria dan telah dikebumikan di wilayah Salamiyah. Kemudian kedudukannya telah digantikan pada tahun 1193 oleh da'i Abu Mansur ibn Muhammad dari Parsi atau Nasr al-'Ajami yang telah dilantik tiba dari Alamut. Penggantinya membuat pelbagai rancangan demi menguatkan lagi pengaruh Syiah Nizari terutamanya untuk golongan Hasashin Syria terutamanya Sekto Kubu Masyaf.

==============================================

PENUTUPAN KISAH KEPADA PERMULAAN KEMUNCAK KEPADA HASASHIN.

Semasa zaman Rashid Al Sinan menggepalai golongan Hasashin ini, terutamanya melibatkan misi sulit pembunuhan keatas tokoh tokoh besar yang pernah terlibat didalam konflik pergelutan kuasa bukan sekadar nama Conrad Of Montfront sahaja yang terlibat kerana semasa Zaman Pertengahan ini, Golongan Hasashin telah mensasarkan mangsanya terdiri kepada pelbagai kerajaan seperti dari Dinasti Abbasiyyah, Tentera Salib, Kerajaan Seljuk dan Pihak Mongol juga terbabit menjadi mangsa misi sulit Hasashin.

Di episod ketiga saya akan menyenaraikan senarai nama tokoh tokoh tersebut dari berbagai kerajaan yang menjadi kes pembunuhan berprofil tinggi oleh Hasashin. Saya berharap semoga rakan rakan dapat terus mengikuti penulisan saya yang ala kadar ini.

InsyaAllah selagi rakan rakan mengikuti penulisan saya mengenai bab Hasashin ini, sentiasa memberi semangat kepada saya untuk menyusuri kisah ini lebih mendalam!

SAMBUNG KE SIRI YANG KETIGA AKAN DATANG!


Radz Von Koenigstraud Xiv
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
1590858886300.png

HASASHIN :: JENAYAH KOLAR PUTIH ERA ABAD PERTENGAHAN

BAHAGIAN III


Sepanjang hidup mereka hanya ada satu pilihan sahaja yang terpaksa dibuat iaitu samada mereka perlu membunuh atau mereka sendiri akan dibunuh oleh rakan Fedayeen mereka. Maka segala arahan yang diberikan oleh Dai perlu dilaksanakan kerana nyawa bukanlah lagi milik mereka sebaliknya setiap nafas adalah milik imam semata mata yang lebih berhak dibandingkan dengan diri sendiri.

Sewaktu dari usia masih muda, para Hasashin telah diasuh secara psikologi oleh Dai mengenai konsep yang dipanggil Qiyamah. Qiyamah ini seperti kita ketahui ia adalah dari eskatologi Islam yang dipanggil "Hari Kebangkitan" iaitu ganjaran dosa dan pahala berlandaskan apa yang telah diajarkan kepada kita selaku umat islam. Namun konsep Qiyamah yang diajar oleh para Dai Syiah Nizariyyah sememangnya bertentangan daripada konsep kita yang berpegang teguh kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Setiap misi sulit yang dijalankan oleh seorang Fedayeen itu telah ditawarkan oleh Dai mengikut tugas yang telah diberikan. Seandainya misi sulit yang diberikan telah mencapai objektif matlamatnya, maka dijanjikan ganjaran yang setimpal iaitu "Syurga dan Bidadari" oleh Dai mereka. Seandainya seorang Fedayeen ingin memiliki ganjaran tersebut, maka sudah pasti risiko nyawa sendiri tidak harus bermain didalam fikiran asalkan misi sulit yang diberikan harus berjaya mencapai objektif dengan apa jua caranya. Inilah yang dipanggil "Matlamat menghalalkan apa jua Cara".

Disini saya ingin memperincikan antara misi misi sulit pembunuhan yang pernah dijalankan oleh seorang Fedayeen dari golongan Hasashin keatas golongan Khalifah, Amil, Wazir, Khagan, Baron dan Lord yang mempunyai nama nama besar didalam Sejarah Dunia ketika Zaman Pertengahan.

===========================================

SENARAI NAMA NAMA TOKOH DUNIA ABAD PERTENGAHAN YANG TELAH MATI DIBUNUH OLEH HASASHIN

NIZAM AL MULKAN

Semasa artikel pertama, saya sudah menceritakan mengenai Wazir yang bergelar Vizier ini. Kini saya ingin memberikan perincian penuh mengenai bekas sahabat kepada pengasas Hasashin ini .Nama sebenarnya Adalah Abu Ali Hasan, dilahirkan pada tahun 1018 di Wilayah Tus, Iran.

Nizam Al Mulkan merupakan orang yang paling rapat dengan seorang tokoh ternama dari Dinasti Seljuk iaitu panglima Alp Arslan. Sentiasa mereka bersama didalam tiap tiap kempen peperangan demi meluaskan kekuasaan Dinasti Seljuk dan diantara pertempuran paling terkenal adalah peperangan Menzikert yang telah menaikkan nama Nizam Al Mulk sehinggalah Raja Alp Arslan mangkat pada tahun 1072 yang digantikan Oleh Malik Shah l.

Namun ada beberapa pertikaian mengenai persahabatan baik diantara Nizam Al Mulkan bersama Malik Shah l seperti yang kita ketahui termasuk dengan Alp Arslan, mereka bertiga ini mempunyai sejarah persahabatan yang sangat panjang iaitu selama 20 tahun. Walaupun Malik Shah telah memegang tampuk pemerintahan, akan tetapi nama Nizam sering kali diingati oleh Rakyat Seljuk selepas Alp Arslan. Nizam Al Mulkan telah meninggal dunia pada tahun 1092 setelah mati dibunuh oleh Hasashin ketika tidur namun pasti ada yang memberikan arahan kepada si pembunuh yang berpangkat Fedayeen tersebut.

Dinyatakan bahawa arahan tersebut telah diberikan sendiri oleh pengasas Hasashin, Hassan Al-Sabbah. Namun disebalik itu ada yang menyatakan bahawa sebelum pembunuhan keatas Nizam Berlaku, telah terjadi satu perjumpaan sulit diantara Sultan Seljuk yang baharu iaitu Malik Shah berjumpa dengan Hassan Al Sabbah bagi membincangkan Plot pembunuhan keatas Nizam Al Mulk. Selepas kematian Hassan, kesemua ahli akademik dan penyokong Nizamiyyah yang terdapat didalam Kerajaan Seljuk telah mati dibunuh dibawah Arahan Malik Shah l.

Dengan kejayaan Hasashin berjaya membunuh Nizam Al Mulkan, Hassan Al Sabbah mengadakan sambutan Meraikan peristiwa tersebut bersama sama dengan 50 Orang Fedayeen setianya didalam Kubu Alamut yang diraikan selama Satu minggu.

CONRAD OF MONTFRONT

Mediang Raja Jerusalem ini pernah menimbulkan satu konflik besar semasa Era Perang Salib Besar yang ketiga dahulu dimana peristiwa pembunuhannya telah menyebabkan kekecohan diantara Baron wilayah, Raja Richard l Of Lionhart, Salahuddin Al-Ayubbi dan Rashid Al Sinan telah berlawan menuding jari satu sama Lain pada tahun 1192 di Jerusalem ,Baitulmaqdis selepas beberapa hari upacara pertabalan Raja Jerusalem berlangsung.

Raja Jerusalem yang bernama Conrad dari Montferrat, atau Conrad I dari Jerusalem (bahasa Itali: Corrado del Monferrato; Piedmontese: Conrà ëd Monfrà yang telah mati dibunuh pada tahun 28 April 1192 merupakan salah seorang kesatria terpenting yang pernah terlibat di dalam peristiwa Perang Salib Ketiga dahulu. Pada mulanya Conrad telah mentadbir dan sekadar menjadi Raja Jerusalem de facto sahaja disebabkan oleh perkahwinannya dengan Permaisuri Isabella (ibunya Sybilla merupakan adik tiri kepada Raja Jerusalem IV, Baldwin The Leper), bermula pada tahun 24 November, 1190 yang tidak dipilih secara rasmi pada mulanya sehinggalah pada tahun 1192, beberapa hari sebelum kematiannya.

Peristiwa pembunuhan Conrad ini menjadikan yang kali terakhir nama dan misi terakhir yang diarahkan oleh Rashid Al Sinan selaku Dai kepada Hasashin Kubu Masyaf dahulu sebelum meninggal dunia pada tahun 1193. Semasa tahun 1193, Rashid telah menulis sepucuk surat kepada Leopold V, Raja Austria diatas permintaan Raja Richard l diatas peristiwa pembunuhan keatas Raja Jerusalem iaitu Conrad yang telah menyebabkan Raja Richard l secara tak langsung dituduh menjadi dalang kepada peristiwa tersebut.

KEJADIAN PEMBUNUHAN KEATAS SALAH SEORANG KHALIFAH BANI ABBASIYAH ,AL MUSTARSHID

Tidak lama setelah pengepungan Damsyik, al-Mustarshid melancarkan kempen ketenteraan terhadap Seljuk sultan Mas'ud, yang telah mendapat gelaran Khalifah di Baghdad pada Januari 1133 oleh dirinya sendiri.

Setelah pengisytiharan oleh Al Mustarshid keatas Seljuk, dua pihak tersebut telah bertemu di Hamadan. Namun amat malang bagi Al Mustarshid kerana tewas didalam pertempuran tersebut malah telah ditinggalkan sendiri oleh pasukan tenteranya sewaktu pertempuran di Hamadan tercetus sehingga dirinya telah ditawan, dan diampuni dengan membuat perjanjian dengan pihak Seljuk untuk menjalani hukuman perintah berkurung di istananya.

Pada suatu ketika telah terjadi sewaktu khemahnya bersebelahan dengan Khemah Sultan sewaktu ketiadaan Sultan Seljuk tersebut, dia didapati dibunuh ketika dia sedang membacakan Al-Quran, namun tiada belas kasihan bagi Hasashin didalam kod etika seorang Fedayeen. Namun didalam pembunuhan Al Mustarshid tersebut banyak kecurigaan kerana ada sebahagian sejarawan menganggap Sultan Mas'ud perancang dan memberi arahan kepada Hasashin supaya melaksanakan misi tersebut.

Secara gambaran fizikal, al-Mustarshid telah digambarkan seperti seorang lelaki yang berambut merah dengan memiliki mata biru dan kulitnya sedikit berbintik-bintik. Selepas Dia mangkat, jawatan Khalifah telah digantikan oleh anaknya yang membawa gelaran al-Rashid.

===========================================

Seperti didalam kronologi tiga kes pembunuhan yang telah terjadi kepada Nizam Al Mulkan, Conrad Of Monfront dan Khalifah Al Mustarshid dimana ketiga tiga tokoh ini dari latar belakang yang berbeza kerana ia melibatkan tiap tiap satu darinya datang dari tiga kerajaan kuasa besar iaitu dari Dinasti Abbasiyyah yang memerintah di Baghdad, dari salah seorang Baron yang telah dilantik menjadi raja Kristian dari Jerusalem dan Seorang Wazir Nizamiyyah dari kerajaan Seljuk di Damsyik.

Disebabkan Artikel bahagian ketiga ini sangatlah panjang, maka saya terpaksa memisahkan kepada dua bahagian untuk memudahkan rakan rakan membaca dan kronologi ini belum tamat setakat disini lagi kerana saya akan menyambungkan kepada bahagian keempat selepas ini.

Lebih banyak lagi kes pembunuhan yang pernah terjadi yang melibatkan kematian pemimpin-pemimpin dari pelbagai kerajaan berkuasa besar yang akan memasuki artikel bahagian keempat dimasa akan datang. jika ingin mengetahui lebih lanjut, sila ikuti penulisan dari saya sehingga akan datang sebab sebenarnya bab ini sangatlah panjang.



Radz Von Koenigstraud Xiv
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
1590859966026.png

HASASHIN :: PENJENAYAH KOLAR PUTIH KETIKA ABAD PERTENGAHAN .
.
.
Artikel Oleh :: #RVKXIV
.
.
.

BAHAGIAN KEEMPAT (PART IV)

Didalam Siri ketiga, ia menceritakan mengenai ketiga tiga tokoh dari Kerajaan yang berbeza beza namun mempunyai satu persamaan bahawa mereka menganggap bahawa hanya diri mereka sahaja yang berhak memiliki hak mutlak keatas seluruh rantau Asia Tengah ini. Namun disebalik kekecohan yang berlaku hasil pergelutan kuasa masing masing ini tidak disedari bahawa terdapat satu "pihak gelap" yang secara senyap menggerakkan bidaknya dengan membuat langkah untuk menjerat Pihak Dinasti Seljuk, Kerajaan Tentera Salib dan Dinasti Abbasiyyah hanya menunggu masa untuk teperangkap didalam jerat yang dipasang oleh golongan Hasasshin tersebut.

Dari Artikel Siri Ketiga ,

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=174090020733292&id=100043968840467

Kesinambungannya,
.

Selama Golongan ini wujud dari tahun 1050 sehingga tahun 1270, kemunculannya dari Kubu Alamut maka Kemusnahan kepada kewujudannya juga tetap terletak Di Kubu Alamut. Untuk siri keempat ini menceritakan tentang suasana politik dan pengaruh golongan Hasashin ini yang sentiasa menjadi proses "Pasang Dan Surut", dimana tiap tiap corak pentadbiran sebuah Kerajaan itu mengikut rentak yang dilakukan oleh seseorang pemimpin. Tatkala sebelum ini, ia pernah sewaktu zaman Hassan Al-Sabbah, Kerajaan Syiah Nizariyyah di Kubu Alamut turut juga pernah terkesan dengan kemerosotan yang teruk akibat kegagalan rentak diatur seringkali menemui kegagalan ,manakala seseorang yang sedang berada di Tanah Syam bakal menggugat kedudukan Imam Ghoib menurut faham Nizariyyah ini.
.
.
.

"Kemerosotan Corak Pemerintahan Dari Kubu Alamut"

Operasi Hasashin secara keseluruhannya terutama dari Secto Tanah Syam telah diaturkan oleh Sinan sewaktu konflik Timur Tengah yang bergolak tidak bernoktah. Namun pengaruh Hasashin ini sendiri pernah mengalami tidak keseimbangan kuasanya apabila Kubu Alamut sendiri mula jatuh merosot sewaktu Imam yang baharu bagi Syiah Nizariyyah iaitu Kiya Muhammad telah mengambil alih tampuk pemerintahan dari Kubu Alamut. Sewaktu garismasa pemerintahannya ,Syiah Nizariyyah didalam kedudukan polisi kerajaannya telah tergugat dan tiada keseimbangan yang menyebabkan mereka telah mengalami ketinggalan jauh dari segi geopolitik semasa. Kejatuhan ibarat tidak mampu dihalang ini jauh berbeza jika perbandingan sebelumnya, ketika sewaktu zaman pemerintahan sebelumnya. Kerajaan Nizariyyah kini sedang menjadi ejek ejekan oleh jiran jirannya ketika sepanjang pemerintahan kerajaan sedang dipegang oleh Imam Kiyai Muhammad. Maka sesuatu perancangan harus dilaksanakan agar dapat menyelamatkan pengaruh kekuasaan mereka sebelum menjadi semakin parah oleh golongan Syiah Nizariyyah.
.
.

Salah satu ejekan terhadap pengaruh Kerajaan Syiah Nizariyyah ini pernah dilakukan oleh seorang gabenor dari wilayah Mazandaran, yang mendakwa bahawa dirinya mampu membina sebuah menara tertinggi dari hasil susunannya menggunakan kepala penghuni penghuni Kubu Alamut dari golongan Syiah Nizariyyah. Kembimbangan mereka ini sekadar didalam tempoh sementara sahaja, kemudiannya telah dapat memulihkan semula kekuasaan dari Kerajaan mereka mampu distabilkan semula kedudukan mereka didalam perkembangan Geopolitik Dunia zaman Abad Pertengahan apabila pada tahun 1162, tampuk pemerintahan telah bertukar tangan lama dari Imam Kiyai Muhammad telah digantikan dengan pemerintahan yang baharu oleh anaknya bernama Imam Salām Kiya Muhammad Ḥasan ʿAlā Zikrihi, yang membawa gelaran dalam pimpinan kerajaan Nizariyyah telah dikenali sebagai Imam Hassan II.
.
.

===========================================
.
.

"Pembaharuan Terhadap Sistem Yang Bercorak Radikal Telah Menyelamatkan Kerajaan Yang Sedang Menghampiri Kemusnahan"
.

Tindakan secara radikal oleh Imam Hassan II telah melancarkan pembaharuan semula sistem pentadbiran Kerajaan Syiah Nizariyyah yang terus menerus menekankan golongan pembesar Kubu dan Para Dai sehinggalah dapat menukarkan suasana pembaharuan baru yang lebih sistematik, mampu mengubah dasar kerajaan dengan secara mendadak. Pembaharuan radikal ini yang telah dibawa oleh Imam Hassan ll ini merangkumi didalam kedua dua sistem pemerintahan mereka dari melalui sistem pentadbiran kerajaan Syiah Nizariyyah dan juga termasuk sekali pembaharuannya terhadap sistem corak pentadbiran asas yang diamalkan golongan Hasashin ,iaitu perubahan didalam Secto daripada tiap tiap Kubu mereka ::
.

1.Kedudukan Imam

Pertama sekali, dia telah menegaskan bahawa keturunan Imam dari Nizar ibn al-Mustansir merupakan salah seorang daripada jumlah 13 para Imam asas didalam Fahaman Syiah namun bagi Nizariyyah, Nizar Ibn Al Mustansir ini merupakan seorang Imam Ghoib yang tidak akan kelihatan secara nyata melalui penglihatan susuk fizikal dan tersembunyi.
.

2.Konsep Asal Qiyamat Yang Telah Disalahguna

Keduannya, dengan menerapkan konsep asas kefahaman golongan Syiah mengenai konsep pengetahuan akhir zaman (versi syiah) dengan menganggap bahawa konsep Qiyamat, merupakan salah satu perkara yang terdapat didalam pengetahuan eskatologi Islam, iaitu peristiwa Akhir Zaman, haruslah diubah segala kandungan asalnya dengan terang terangan memutar belitkan telah menyebabkan unsur unsur berlawanan telah diserapkan dalam fahaman Nizariyyah bertentangan dengan Syariat asal.
.

3.Merosakkan Kedudukan Arah Kiblat

Turut juga dilakukan pembaharuan adalah dengan mengubah arah kiblat yang asal telah digantikan dengan arah yang berlawanan. Hasil dari Kesan perubahan secara Radikal ini telah diserapkan ke dalam kehidupan seharian bagi tiap tiap penganut fahaman Syiah Nizariyyah tersebut.
.
.
.

Satu demi persatu perubahan secara radikal telah berjaya diserapkan ke dalam kefahaman Syiah Nizariyyah ini tidak terhenti setakat tiga perkara yang diceritakan sebentar tadi. Malah pembaharuan radikal ini masih lagi dijalankan dan telah berlanjutan sehinggalah tiba saat kematian pemimpin mereka iaitu Imam Hassan II yang telahpun mati pada tahun 1166 Masehi. Lalu tampuk pemerintahannya telah digantikan oleh anaknya yang bernama Nūr al-Dīn Muhammad, yang membawa gelaran sebagai Imam Muhammad II, telah mula memerintah kerajaan Syiah Nizariyyah dari tahun 1166 sehingga pada tahun 1210 Masehi.

"Kegoncanggan Politik Kuasa Di Asia Tengah"

Peradaban didalam kemajuan dari Kerajaan kerajaan Islam terutamanya Asia Tengah, pernah tersergam sewaktu zaman kemuncak, mampu mencapai pelbagai kemajuan ilmu pengetahuan melalui pencapaian dari Cordoba, Kerajaan Dinasti Umayyad telah menyediakan kota tersebut menjadi lokasi tumpuan untuk para ilmuan islam berkumpul dari segenap arah benua. Ibarat kaca, semakin lama semakin besar keretakannya, menanti masa sahaja kepada terhempas pecah seribu. Luruh menjadi kepingan kecil yang berlalu pergi menyepi dari sejarah Dunia. Berpunca akibat daripada konflik perebutan kuasa yang terjadi di Timur Tengah ini yang mengakibatkan pertumpahan darah tiada henti ini ketika Era Abad Pertengahan.

Turut juga terkesan ,sebuah Kerajaan Islam Sunni yang suatu masa dahulu pernah dimegahi dengan kehebatan panglima Alp Arslannya iaitu perpecahan yang ketara didalam Kerajaan Seljuk diakibatkan oleh seorang petapa tua sebagai punca disebalik misi misi sulit dan pelbagai plot pembunuhan berjaya dirancangnya, dengan menghapuskan satu persatu dari golongan Wazir, Vizier dan panglima tentera yang setia kepada Dinasti Seljuk.
.
.

============================================
.
.
"Sejarah Awal Si Petapa Tua Dari Gunung Sebelum Menjadi Dai"
.

Si petapa Tua dari Gunung : Rashid ad-Din Sinan, turut juga digelarkan sebagai Sinān. Itulah nama dan gelaran kepada individu yang dianggap sebagai master planner didalam misi misi sulit terutamanya plot pembunuhan yang dianggap kes kes yang berstatus profil tinggi didalangi olehnya kerana mangsa mangsa pembunuhannya telah disasarkan terhadap golongan atasan yang berpengaruh didalam geopolitik semasa Era Abad Pertengahan yang terdiri daripada Sultan, Khalifah, Wazir, Amil, Qadi, Baron, Lord, Raja dan Khagan.
.

Rashid ad-Din Sinan, asalnya merupakan seorang Hasahin dan juga seorang pakar didalam bidang alkemis dimana bermula dari sebagai Fedayeen biasa ketika baru sahaja sampai ke Syria ,satu demi persatu langkahnya untuk mencipta kejayaannya melalui dengan tindakannya yang "matlamat mampu menghalalkan apa jua caranya" sehinggalah naik kepada pangkat paling tertinggi iaitu Dai. telah dihantar ke Syria diatas arahan Imam Hassan II menjalankan misinya dengan nama kodnya "Qiyamah".
.

Namanya sentiasa dipuja oleh golongan Hasashin dengan menggelarkannya panggilan "mahaguru pembunuh" sangat licik dipenuhi segala penipuan. Setibanya ke Syria, Sinan telah melakukan langkah pertamanya dengan mengambil alih pentadbiran Secto Hasashin di Syria apabila kejayaannya didalam pertempuran dengan mengetuai Hasashin untuk menyerang dan dapat menakluki Kubu al-Kahf sambil disusuli dengan penaklukan keatas kubu Masyaf kemudiannya. Sepanjang Sinan berada di Syria ini telah dipimpin oleh pihak atasannya yang bernama da'i Abu-Muhammad.
.

Merupakan orang atasan kepada Sinan sebelum dia dapat menggantikan kedudukan Dai Syria pada 7 tahun akan datang, orang atasannya yang baharu sahaja dilantik selepas kematian Dai sebelumnya, yang bernama Dai Khwaja Ali bin Mas'ud terlebih dahulu mayatnya telah dihantar pulang untuk dikebumikan ke Lembah Kubu Alamut.
.

Penyebab kepada terjadinya kematian Dai Khwaja ini secara hakikatnya sememangnya satu plot yang telah lama dirancang oleh anak saudaranya sendiri bernama Abu-Muhammad Abu Mansur. Plot tersebut sememangnya harus dilaksanakan oleh anak saudaranya kerana kegagalannya untuk mentadbir Secto Syria telah menjunam dengan kemerosotan itu telah menjadi kebimbangan dan sudah pasti tempiasnya turut dirasai telah menggugat pengaruh milik Kerajaan Syiah Nizariyyah dari Kubu Alamut.
.

Setelah berkhidmat selama tujuh tahun kepada Secto Syria dan untuk Kubu al-Kahf, Sinān telah dinaikkan pangkat kepada Dai, yang memimpin Hasashin dari cabang Secto Syria. Semasa Abad Pertengahan Secto cabang Hasashin di Syria telah menjadi pihak yang sangat penting untuk golongan Syiah Nizariyyah kerana kawasan dirantau Timur Tengah inilah tempat pertemuan kerajaan kerajaan berkuasa dunia yang telah membawa kearah konflik peperangan.
.

"Mengintai Peluangnya Untuk Mendapatkan Peluangnya Untuk Lebih Berkuasa Dengan Menyertai Ke Dalam Konflik Agama Di Timur Tengah"
.

Setelah menerima tugasnya selaku Dai, tugasan pertama yang telah dijalankan oleh Sinan adalah untuk mengukuhkan kedudukan kedudukan Hasasahin yang terdapat seluruh Syria dengan melakukan kerja kerja membaik pulih semula terhadap kubu ar-Rusafa dan Kubu Qala'at al-Khawabi. Disamping itu, Sinan telah menambahkan lagi kekuatan kedudukan Hasashin dengan perbatasan yang menjadi sebagai perlindungan kepada disekitar sempadan Kubu Alamut dengan menambahkan lagi menara menara pemantauan dari pos kawalan milik Kerajaan Nizariyyah. Disamping melaksanakan pelan pengukuhan kedudukan bagi pihaknya, Sinān telah berjaya menawan sebuah Kubu yang terletak di lokasi strategik yang sesuai dijadikan tempat pemantauan bagi Hasashin, iaitu Kubu al-'Ullaiqah di Aleika, bersempadan dengan wilayah Tartus.
.

Setiap kejayaan yang telah terbina itu sudah semestinya diiringi dengan kehadiran pelbagai halangan. Ketika masih baru dijadikan Dai, satu halangan utama yang terpaksa dihadapi oleh Sinān adalah ancaman serangan yang berterusan dari pihak Zengi, yang dipimpin oleh Nur ad-Din seakan akan berdampingan bersamanya turut satu lagi ancaman terhadapnya dengan kehadiran Kesatria Knights Templar dari pihak Tentera Salib yang telah berada sekitar wilayah Tartus.
.
.

==============================================
.
.
.

"Langkah Yang Mencapai Kesepakatan Bersama Hanya Bersifat Sementara"
.
.

Ketika tahun 1173, sukar baginya jika tangani ancaman tersebut dengan kekerasan kerana jumlah pihaknya sangat sedikit dibandingkan dengan dua pihak tersebut. Sinan sekadar mencuba dengan menghantar seorang Fedayeen untuk membawa Utusannya menuju ke Wilayah Kota Tripoli diatas tujuan pertemuan dua pihak. Utusan Sinan telah tiba bertemu Raja dari Kerajaan Jerusalem itu, bersama dengan utusannya adalah satu perkara yang sangat penting, merupakan perjanjian. Usul yang ditulis oleh Sinan mengenai kandungan didalam perjanjian itu merangka pakatan bersama dipinta oleh Sinan terhadap Baron Amalric, Raja yang memerintah kerajaan Jerusalem ketika itu. Didalam kandungan perjanjian oleh Sinan ini mengandungi permohonan dari pihaknya bersama sama dengan Kerajaan Jerusalem, perjanjian yang terdahulu dimulakan oleh kerajaan Jerusalem mengikat perjanjian damai dengan pihak Nur ad-Din. Oleh sebab terjadinya perjanjian damai yang dimulai oleh dua pihak itu, maka Sinan juga turut sama memohon supaya pihaknya turut sama terlibat untuk menyertai perjanjian mereka itu. Seandai ketiga tiga pihak ini bersama sama bersetuju diatas ikatan perjanjian damai ini, maka pihaknya dapat manfaat juga dapat menghindari daripada ancaman Tentera Salib dan pihak Zengi. Maka ketiga tiga pihak ini mampu bersama sama dapat menjaga kawasan masing masing yang berada didalam wilayah Tartus ini.
.

Raja Jerusalem berpuas hati diatas pelawaan dari Sinan dan ingin membuat pilihan bersetuju dengan permintaan Sinan tersebut setelah membaca isi kandungan perjanjian itu. Malangnya berlaku pertikaian dua pihak sewaktu berlangsung persidangan tentang perjanjian daripada Sinan tersebut. Keadaan telah menjadi kucar kacir diantara para pembesar dan Baron wilayah, tanpa disedari bahawa utusan dari Sinan itu telah ditangkap oleh seorang Kesatria Salibis lalu dibunuh serta merta dihadapan Raja Jerusalem
.

Dipenggalkan kepala utusan dari Sinan itu untuk dipulangkan semula kepada Sinan sebagai tanda amaran. Setelah disiasat ketika terjadi kekecohan tersebut secara senyap pembunuhan keatas Utusan Sinan ini telah dilakukan oleh seorang ksatria Templar yang bernama Walter du Mesnil. Maka kekecohan telah berlarutan apabila Raja mengeluarkan agar menangkap kesatria itu tetapi dihalang oleh seorang lagi kesatria Templar sambil menyatakan pendiriannya bersetuju menyokong tindakan pembunuhan utusan Sinan itu. Ia telah dinyatakan oleh seorang pemimpin kesatria Tentera Salib ,yang bernama Grand Master Odo de Saint Amand.
.

Raja Jerusalem yang bernama Baron Amalric, tetap dengan pendirian amarahnya yang beranggapan seharusnya utusan dari pihak Sinan itu perlu diarahkan pulang secara hidup hidup tetapi bukan sebaliknya yang telah terjadi. Akibat berang dengan tindakan oleh Templar tersebut, Raja telah mengarahkan agar kesatria templar tersebut sekali lagi lantang menentang Raja, iaitu Odo, Seorang Grandmaster kepada pihak Templar yang menolak arahan dari Raja itu, sambil dia menyatakan bahawa Raja tidak mempunyai hak untuk menghukum ke atas mana mana kesatria dari pihaknya hanya seorang paderi tertinggi berpangkat Paus sahaja yang untuk menghukum tindakan du Mesnil itu.
.
.

=====================================================
.
.

Digelarkan juga sebagai "Batiniyyah", Golongan Hasashin ini ibarat menggunakan fungsi fungsinya sebagai seorang manusia dengan memaksimumkan kadar fungsi sendiri ketahap tertinggi dimana mereka bukan sahaja telah mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri (fizikal) dan cara melakukan pembunuhan keatas mangsa, malah mereka juga telah mempelajari untuk menggunakan secara mental dengan mempelajari sifat sifat dan perilakuan seseorang, mengawal emosi dari perasaan perasaan tertentu terutamanya ibarat telah "memadam"kan perasaan kasih sayang ,sedih ,gembira dan bersimpati seolah olah mereka merupakan jentera pembunuh senyap paling lengkap.

Maka, Apakah Raja Jerusalem mampu mencapai perjanjian damai yang diusul oleh Sinan tersebut setelah mendapat tahu bahawa seorang Kesatria dari Pihak Tentera Salib telah memenggal kepala Utusannya itu ? Kejadian plot pembunuhan keatas utusan ketika zaman Abad Pertengahan ini ibarat telah menghina permintaan oleh sebuah pihak yang berhasrat untuk menjalinkan persahabatan semula oleh musuhnya yang terdahulu ??

Saya akan menjawabnya pada artikel siri kelima nanti selepas ini dan kisah Hasashin pada siri keempat ini sangatlah panjang. Maka saya terpaksa menaikkan satu demi persatu bertujuan untuk pembaca mampu mencapai kefahaman tentang sejarah Hasashin ini. Artikel ini bukanlah sekadar tertumpu untuk menceritakan tentang Hasashin atau kesesatan golongan Syiah Sahaja tetapi ia merangkumi pencaturan kuasa kuasa dunia yang menggerakkan bidak perang masing masing diatas kawasan Rantau Asia Tengah semasa Era Abad Pertengahan ini.



Radz Von Koenigstraud Xiv
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
1590861412583.png

HASASHIN :: PENJENAYAH KOLAR PUTIH KETIKA ABAD PERTENGAHAN .
.
.
Artikel Oleh :: #RVKXIV
.
.

BAHAGIAN KELIMA (PART V)
.
.

Seperti dijanjikan bahawa artikel kelima yang dinaikkan sekarang ini adalah pelengkap dari persoalan persoalan yang ditimbulkan melalui penulisan saya pada artikel keempat sebelum ini .bab Hasashin ini saya melihat bukanlah dari sudut perbezaan fahaman dan agama kerana pandangan dari mata fikiran saya melihat bab ini ibarat seperti menonton sebuah sekuel Drama Miniseries Box Office .sepanjang saya menelusuri tajuk ini ,sebuah kultus rahsia yang menggunakan apa jua cara demi mendapatkan kedudukan pihak mereka didalam pencaturan dunia politik Zaman Pertengahan .
.

Tanpa berleter panjang ,kita sudahkan bab kupasan kali ini mengenai bagaimana tercetusnya Kempen Perang Salib Besar dimana permulaan yang membawa Pihak Mujahideen Islam dibawah pimpinan Salahuddin Al Ayubbi menang besar didalam kempen Perang Hattin pada tahun 1185 .dengan mencapai kejayaan di dalam Hattin ,Ummat Islam telah mencapai keyakinan yang penuh bahawa mereka sedang mara untuk mengetuk pintu gerbang Kota Baitulmaqdis nanti dengan kejayaan pengepungan Kota Suci itu pada tahun 1187 .
.
.
.

===================================================
.
.
Sambungan Dari Artikel Bahagian Keempat ,ini link artikel sebelumnya yang menceritakan tujuan Utusan dari Sinan yang telah dibunuh oleh Templar tersebut ,isi kandungan surat yang mengandungi permohonan Sinan yang dibawa oleh Utusan tersebut ada didalam link dibawah ini ,

Artikel keempat ::
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=175658147243146&id=100043968840467
.
.

Disambungkan ,

Lantas apabila Odo dan du Mesnil ,dua kesatria Templar itu dengan serta merta ditahan diatas perintah Raja Jerusalem yang mengakhiri perbincangan mereka mengenai pandangan yang diusulkan oleh Sinan tersebut .dua orang kesatria itu telah dihantar ke tempat untuk mereka untuk menjalani hukuman penjara di Kota Tire .

Raja Jerusalem telah memberi maklum balas terhadap Sinan apabila sepucuk surat telah ditulis sebagai permohonan maafnya mengenai tindakan pihaknya yang telah berkasar keatas utusan yang telah dibunuh itu .mereka saling berbalas surat menyurat apabila Sinān telah menerima permintaan maaf didalam surat maklumbalas kepada Raja Jerusalem .disambil dia telah, menyatakan dengan berasa berdukacita dengan kejadian pembunuhan itu dengan mengambil tindakannya dengan menjatuh hukuman berat keatas dua orang kesatria dari pihaknya yang telah menjadi punca plot itu demi mendapatkan kesamaan didalam mendapatkan pengadilan demi persefahaman diantara dua pihak .lalu termeterailah perjanjian ketiga tiga pihak ini untuk bersama sama menghormati persetujuan perjanjian damai itu.

Matlamat Sinan supaya dapat mengekalkan kesinambungan didalam Perjanjia itu tidak mampu bertahan lama ,secara tiba tiba kerana situasi geopolitik Timur Tengah telah menjadi suasana kucar kacir diantara kerjasama diantara ketiga tiga pihak tersebut apabila terjadi peristiwa keatas Nur ad-Din dari Pihak Al Zengi dan Baron Amalric ,Raja yang memerintah kerajaan Jerusalem telah meninggal dunia tidak lama kemudian . Malangnya perjanjian damai itu baru sahaja bermula tidak dapat berkekalan .

Perkembangan akibat perubahan dengan berita kematian kedua dua pemimpin itu telah berubah suasananya kearah bahang kehangatannya .dengan peristiwa telah menyebabkan satu lagi konflik yang terbaru dengan bermula bibit bibit permulaan kearah memutikkan bunga bunga perang telah mula mekar .maka perjanjia damai itu sudah lagi tidak bererti mampu dapat dikekalkan .

"Kemunculan Seorang Panglima Terunggul Dari Kaherah"

Nun Jauh dari Bahagian Barat Asia Tengah ,disebalik hiruk-piruk keriuhan dengan suasana kota .ditambah pula dengan kepadatan yang sesak oleh masyarakat Dari Kota Kaherah ini .kini di Mesir ,satu lagi pihak yang sedang mengintai dari jauh tentang konflik terbaru kematian dua orang Raja di sekitar Tanah Syam itu dengan memikirkannya sebagai sebuah peluang buat pihaknya setelah sekian lama ditunggu tunggu untuk baginya supaya dapat mengembangkan pengaruhnya daripada Mesir sehingga ke Syria .setelah dilantik menjadi Garbernor Kaherah ,dan sejurusnya telah diangkat menjadi ketua panglima .maka sudah tiba masa baginya dapat menjadi tokoh terunggul yang telah menyatukan seluruh pejuang pejuang Mujahideen islam rantau Asia Tengah ini dibawah satu seruan Jihad Fisabilillah . Maka tokoh yang bernama Salahuddin Al Ayubbi bakal mengubah suasana Geopolitik ini dengan satu matlamat utamanya agarb dia dapat membebaskan semula Kota Baitulmaqdis (Jerusalem) dari cengkaman penjajahan pihak Tentera Salib yang selama seratus tahun ini .Kota yang terpenting bagi Ummat Islam ini kerana ia
merupakan satu di antara tiga kota suci bagi umat Islam serta tempat kiblat yang pertama sekali sebelum Kota Mekkah .

Sebelum dapat membebaskan Kota Baitulmaqdis ,Salahuddin terlebih dahulu harus memulakan langkah pertamanya supaya pihaknya dapat membina barisan hadapan dengan kukuh di Tanah Syam .dengan kempen pengukuhan barisan hadapan dengan terlebih dahulu untuk memastikan supaya dapat menawan Kota Damsyik secara tak langsung mendapat kekuasaan keatas Tanah Syam .

Kini , tampuk pemerintahan selepas kematian Baron Almaric , Raja Jerusalem secara rasmi telah digantikan oleh Raja Baldwin IV yang baru sahaja berusia 13 tahun telah ditabalkan untuk menaiki Takhta Kerajaan Jerusalem .situasinya yang sama berlaku di Kota Damsyik ,Syria telah bertukar tangan tampuk pemerintahannya digantikan oleh Sultan yang baharu memerintah Syria , Sultan Salih Ismail al-Malik ,telah ditabalkan secara rasmi .pemimpin baharu dari Dinasti Al Zengid ini merupakan anak lelaki kepada Sultan Nur ad-Din ,yang masih lagi muda , berusia 11 tahun .

Setelah dengan peristiwa dua pertabalan pemimpin dari kerajaan masing-masing ,lalu Salahuddin telah memimpin tenteranya dari Kaherah untuk melancarkan kempen ketenteraannya untuk menakluki kota Damsyik .yang sudah pasti ,sebelum Salahuddin dapat menawan Kota Damsyik ,terlebih dahulu Salahuddin perlu menawan wilayah Aleppo untuk mengukuhkan kedudukan tentera-tentera yang sejurus memudahkan bagi pihaknya menerus langkah keatas Kota Damsyik .

Sebuah pertempuran besar telah berlaku ,ketika kempen pengepungan yang dilakukan dari pihak Salahuddin keatas Kota Aleppo pada tahun 1175 .tiba pada bahagian waktu malam , ketika para pejuang yang terlibat didalam kempen itu untuk melepaskan lelah keletihan setelah bertempur selama seharian didalan peperangan untuk berehat . Ketika kesunyian di tengah malam ,lokasi kem perkhemahan milik Salahuddin dengan tiba-tiba telah diceroboh oleh seorang Fedayeen yang telah dihantar oleh Sinān bersama sama bekerjasama dengan penasihat Raja dari Kota Damsyik yang bernama Gümüshtigin .mereka berdua sememangnya telah terlibat dalam plot cubaan membunuh Salahuddin .

Ketika Fedayeen yang telah menyusup ke dalam khemah pada waktu tengah malam itu ,secara tidak langsung melibatkan seorang pemimpin arab yang bernama Nasih al-Din Khumartekin, merupakan seorang Emir dari wilayah Abu Qubays, telah mati dibunuh .diakibatkan ketika terjadinya pertarungan itu ,Emir tersebut telah diserang daripada Fedayeen itu .dan kemudiannya Fedayeen tersebut pula telah dibunuh oleh pihak Salahuddin .plot cubaan pertama kali ini berjaya digagalkan apabil Salahuddin terselamat dari tindakan cubaan untuk membunuhnya serta tidak mengalami kecederaan .

Selang ke tahun berikutnya, dengan kejayaan pihak Salahuddin telah dapat menawan wilayah Azaz, maka terjadi lagi plot cubaan bagi kali kedua keatas Panglima tersebut . sekali lagi Sinan telah mengarahkan orangnya dari Hasashin untuk sekali lagi untuk menyerang Salahuddin . Plot cubaan kali kedua ini turut juga dapat digagalkan ,dengan menyebabkan Salahuddin mengalami kecederaan . Untuk sekali lagi ,Gümüshtigin turut terlibat dengan mengupah khidmat Hasashin bersama dengan Sinan bekeras untuk menebus kegagalan plot mereka dahulu namun tetap mengalami kegagalan.

Membuat penangguhan sementara untuk pihaknya menyiasat dalang disebalik dua kejadian plot cubaan membunuh itu kerana yang paling penting baginya sekarang adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya supaya berjaya didalam kempen pengepungan Kota Aleppo itu dengan telah memakan tempoh waktu sudah selama berbulan bulannya .mengakhiri penantiannya selama berbulan bulan ,akhirnya salahuddin dapat mengecapi kejayaan terbesarnya dengan dapat menakluki kota Aleppo itu .

Perbincangan telah diadakan dikota Damsyik ,perbincangan yang diadakan itu oleh Pihak Salahuddin kepada Sultan muda tersebut untuk mencapai rundingan perjanjian damai .lalu Salahuddin telah menetapkan syaratnya dengan memberi lagi peluang kepada pewaris Dinasti Al Zengid ini mendapatkan haknya bersama dengan orang kanannya iaitu Gümüshtigin untuk terus kekal memerintah Tanah Syam , akan tetapi dengan syarat bahawa Tanah Syam seharusnya wajib berada dibawah kedaulatan pihaknya .

Perbincangan diantara kedua dua pihak itu dapat mendapat kata sepakat diantara mereka bersama. Meneruskan perkara yang tertangguh sebelum ini, Salahuddin memberi tumpuannya ke siasatan dua kejadian plot percubaan untuk membunuhnya dahulu ketika didalam kempen Aleppo dijalankan. Tumpuan Salahuddin yang baharu ini melihat kepada konflik ancaman selama ini telah seringkali dicetuskan oleh pihak Hasashin selama ini. Mengadakan perbincangan bersama dengan para panglimanya, tumpuan yang baharu ini oleh Salahuddin adalah untuk menumpukan keatas kempen ketenteraan yang terbaru keatas pihak musuh yang baharu. Sebagai langkah tindak balas diatas dua plot cubaan membunuh keatasnya, Salahuddin telah menyatakan matlamatnya pada kali ini, kempen ketenteraan baharu dilancarkan untuk melakukan operasi pengepungan penuh keatas Kubu Masyaf secara besar besaran pada tahun 1176 Masehi.

Tetapi kempen pengepungan kali ini dibuat keatas kubu Masyaf merupakan Kubu Kuat bagi Sinan semasa itu menemui kegagalan besar. Punca penyebab kepada kegagalan ini sebenarnya, telah terjadi satu peristiwa yang telah melibatkan seorang Hasashin mampu menyusup masuk kedalam khemah Salahuddin ketika waktu tengah malam. Kegagalan kempen ini yang menyebabkan Salahuddin terpaksa akur dengan jawapannya untuk mengundurkan bala tenteranya diatas arahan pembatalan pengepungan keatas Kubu Masyaf. (Ada dikisahkan didalam artikel siri kedua aku sebelum ini).

Link Artikel kedua yang mengisahkan peristiwa sebenar yang membuatkan Salahuddin terpaksa U-turn semula langkahnya ::

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=173485004127127&id=100043968840467

Peristiwa tersebut bukanlah satu kejutan, yang telah menyebabkan Salahuddin terpaksa akur dengan kegagalannya didalam kempen Kubu Masyaf. Malah satu lagi kejutan besar yang dilakukan oleh Salahuddin apabila beliau telah meluahkan satu ideanya, dianggap sangat mustahil dan pasti menimbulkan kekecohan pendirian dikalangan para panglimanya, kejutan yang diluahkan oleh Salahuddin mengenai keinginannya untuk melakukan perancangan supaya dapat mengadakan perjanjian damai dan gencatan senjata dengan pihak Hasashin .

"Obses Oleh Sebuah Kultus Yang Membawa Kemusnahan Kepada Seluruh Kota"

Pada tahun 1177, terjadi satu percetusan diantara pihak Sinan dengan pihak dari Al Zengid, apabila permulaan yang menyebabkan konflik itu terjadi setelah pengikut setia Sinan dari cawangan Sekto Kubu Jabal as-Summaq telah menyatakan pendirian fahaman mereka, dengan dakwaan yang menganggap bahawa Rashid Al Sinan sebagai pemimpin tertinggi yang setara tahapnya bersamaan kedudukannya seiring dengan Imam ghoib Nizariyyah sebagai penjelmaan dari tohan melalui disebalik diri Sinan.

Dengan melafazkan fahaman Sinan itu dari Secto Kubu Jabal fahaman telah menjadi buah mulut dari peringkat bawahan Fedayeen sehingga peringkat pimpinan atasan golongan Syiah Nizariyyah yang mendiami Kubu Alamut. Mereka berasakan seolah olah terancam dengan menyuarakan kebimbangan dari fahaman Sinan tersebut. Berita mengenai fahaman Sinan ini tiba ke Tanah Syam apabila pihak Zengi berasa sangat terancam dan terkesan dengan berita tersebut.

Berita tersebut didengari oleh Pewaris muda Dinasti Zengid pada ketika itu yang masih lagi kekal memegang pemerintahan dari Kota Damsyik, iaitu Sultan As-Salih Ismail al-Malik, telah berasa terancam memberi maklum balas daripadanya dengan arahan mengerahkan para askar askarnya bersiap sedia untuk melancarkan serangan sebagai tindak balas terhadap golongan Kubu Jabal yang telah menjadi taksub pemujaan mereka kepada Sinan. Maka tercetusnya serangan keatas Kubu Jabal yang terletak di wilayah Aleppans dan pihak Sultan As Salih berjaya memusnahkan Kubu Jabal itu. Saki baki Hasashin dari Secto Kubu Jabal itu terpaksa akur membuat pengunduran itu yang menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri berlindung seketika ke kawasan pergunungan.

Kekalahan pihak Hasashin dari Secto Kubu Jabal itu menyebabkan tindak balas semula oleh Sinān untuk menebus semula tanggungjawabnya dengan mengerahkan para Hasashin melancarkan serangan terhadap pihak tentera As Salih yang masih berada berdekatan di Kota Aleppans. Akhirnya serangan semula daripada Hasashin telah menyebabkan kemusnahan keatas Kota Aleppans lalu pihak tentera milik Sultan As Salih terpaksa berundur pulang ke Damsyik untuk keluar daripada konflik balas dendam tersebut.

Berita mengenai kemusnahan Kota Aleppans oleh pihak Hasashin itu telah merumitkan lagi keadaan konflik. Malah krisis ini menjadi berlanjutan apabila telah terjadi sebuah lagi plot pembunuhan terhadap seorang Wazir Besar dari Tanah Syam, bernama Shihab ad-Din abu-Salih telah Syahid mati dibunuh oleh seorang Fedayeen. Wazir yang terbunuh itu sewaktu hayatnya telah berkhidmat taat setianya terhadap pemerintahan Dinasti Zengi yang telah bermula dari Zaman pemerintahan Nur ad-Din sehinggalah memasuki Era pemerintahan oleh anak lelakinya yang bernama Sultan As Salih itu.


============================================

Disamping itu, terdapat juga pihak Hasashin mengamalkan ilmu spiritual mistik. Diantara kesemua jenis agama mistik dan paganisme, keutamaan mereka ialah mendalami dan menguasai mistikal sihir dari Agama Majusi, Agama Purba Parsi yang mana dengan mengamalkan mantra mantra tertentu untuk tujuan kekebalan diri, menyelinap atau ghaib dari pandangan orang ramai disamping itu mereka haruslah melengkapi ilmu spiritual mereka dengan kemampuan mereka melakukan pukau, atas tuntutan utama bagi menjalankan misi sulit mereka iaitu melakukan pukau keatas mangsa mereka.

Maka disini dahulu saya berhenti seketika, kerana pada sambungan artikel penamatan saya mengenai tentang Hasashin nanti adalah senarai nama nama individu berprofil tinggi yang menjadi mangsa pembunuhan oleh Hasashin ini.

BERSAMBUNG KE ARTIKEL YANG KEENAM (VI)



Radz Von Koenigstraud Xiv
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
1590862012344.png

HASASHIN :: JENAYAH KOLAR PUTIH KETIKA ABAD PERTENGAHAN .
.

Artikel Oleh :: #RVKXIV
.
.
.
BAHAGIAN KEENAM :: PART VI

.
.

Sewaktu zaman kemuncaknya ,Golongan Syiah Nizariyyah yang berhajat ingin menjadi seorang Fedayeen yang terlatih didalam golongan Hasashin , wajib bagi mereka untuk membuktikan sifat keberanian diri mereka untuk sentiasa siap siaga pada bila bila masa yang sanggup berkorban nyawa . Ini kerana seorang Fedayeen sudah semestinya melafazkan ikrar sumpah dan wajib menurut segala perintah untuk sentiasa berpegang kepada kepercayaan dan memberi kesetiaan tiada berbelah bahagi kepada Imam ,pemerintah Syiah Nizarriyah .

Konsep fahaman yang diberikan dan diamalkan oleh seorang Fedayeen tersebut kepada Imam (pemerintah Nizariyyah) dengan berkonsepkan kefahaman yang sangat menyesatkan dinamakan "Imam-ul-waqt Nizari" bermaksud ("Imam di masa itu") merupakan nur cahaya kepada sifat fizikal yang memancarkan nur cahaya dari penjelmaan Tuhan .


============================================

.
.

CONTOH KESESATAN TERHADAP FAHAMAN KESETIAAN YANG DIAMALKAN OLEH FEDAYEEN .

.

Di bawah pemerintahan Hassan-i Sabbah di Parsi dan Rashid ad-Din Sinan di Syria, Fedayeen sentiasa memberi tumpuan untuk mensasarkan kepada kuasa kuasa besar yang selama ini "berjiran" dengan kerajaan Nizariyyah yang terletak di Kubu Alamut .

Fedayeen adalah golongan yang dikelaskan sebagai Pembunuh yang telah dibayar untuk menjalankan misi sulit .sepanjang hidup seorang Fedayeen , mereka telah dilatih dengan pelbagai kaedah ilmu pertempuran jauh dan dekat ,menguasai djdalam seni pengintipan dan penyamaran . Namun mereka juga telah mahir untuk mempraktikkan ilmu ghoib mistik secara terang terangan melanggar syariat Agama Islam .

Kesungguhan mereka demi menguasai kefahaman mistikal dan Okkultisme purba ini supaya dapat melengkapkan diri mereka dari segi fizikal dan Batin (disebabkan inilah mereka digelarkan sebagai Batiniyyah) supaya menjadi sukar dijejaki oleh musuh tiap kali menjalankan misi sulit .

Kesetiaan yang diberikan oleh Fedayeen terhadap Dai dan Imam mereka ini secara bulat bulat sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka sendiri demi melindungi pemimpin mereka telah terbukti didalam kandungan pencerittan yang pernah diperincikan oleh salah seorang pemimpin pasukan Tentera Salib dahulu ,yang pernah tertulis didalam anekdot penulisan dari Count Henry of Champagne.

Setelah kembalinya seorang Baron pihak Salibis yang bernama Henry dari wilayah Armenia, Henry pernah melakukan satu pertemuan dengan seorang Hasashin yang bertaraf Grand Master , iaitu sudah pastinya dia merupakan Rashid ad-Din Sinan (dikenal di dunia Barat sebagai "Orang Tua Gunung") sewaktu perjumpaan diantara mereka berdua yang diadakan di Kubu al-Kahfi, Syria.

Sewaktu didalam pertemuan empat mata yang diadakan oleh dua pihak tersebut Henry secara megahnya telah membuktikan kekuasaannya kepada Sinan didalam pembarisan yang disertai oleh tentera tentera salib yang setia terhadapnya ,oleh kerana jumlah tentera Salib yang dimilikinya jauh lebih besar jumlahnya seandainya sekadar untuk dibandingkan daripada jumlah golongan Hasashin yang dimiliki oleh Sinan .

maka dengan megahnya lagi Henry berkata kepada Sinan yang harus memberikan penghormatan kepadanya untuk selama lamanya .jadi ,apakah sinan terpaksa akur dan menerima syarat yang diberikan oleh seorang Baron yang bernama Henry tersebut ??

Secara bersahaja Sinan telah menolak mentah mentah dengan permintaan Henry tersebut . didalam keadaan perasaan tenang oleh Sinan secara lembutnya berkata kepada henry , menegaskan bahawa jumlah kekuatan oleh Hasashin taat setia yang dimilikinya jauh lebih kuat sebenarnya dengan dilengkapi dengan semangat yang tinggi oleh Hasashin .

Setelah mendengar kata kata dari Sinan tersebut yang membuatkan Henry berasa seperti diperlekehkan dengan kata kata yang menolak pelawaannya tersebut .lalu Sinan telah memperlihatkan kepada Henry untuk menyokong kata katanya itu dengan mengajak Henry menyaksikan sejauh mana ketaatan dan semangat pengorbanan yang dimiliki oleh Fedayeen miliknya .

Lalu Sinan memberi isyarat kepada salah seorang pejuang Fedayeen miliknya tampil kehadapan dan mengarahkan Fedayeen miliknya itu untuk bersiap sedia untuk berdiri di atas sebuah tembok dihadapan kedua dua pemimpin tersebut .Fedayeen yang diarahkan tersebut sedang berdiri diatas tembok yang tinggi tersebut .

Secara bersahaja ,Sinan telah mengarahkan Fedayeen tersebut untuk melompat dari tembok kubu tersebut . Tanpa berfikir panjang demi membuktikan kesetiaan yang diberinya tidak berbelah bahagi demi Dainya ,Fedayeen tersebut telah melompat terjun dari atas tembok sambil menyeru perkataan terakhirnya ,"Tuhan Maha Besar" ucapan terakhirnya sewaktu melakukan terjunan itu telah membawanya kepada kematian yang nyata .Fedayeen tersebut jatuh kebawah gaung dari atas kawasan Kubu yang terletak diatas bukit tersebut .mayatnya telah mula dialih oleh rakan rakan Fedayeen yang lain terletak dibawah cerunam berbatu batu jaraknya dari atas tembok Kubu Al Kahf tersebut .

Tergamam seketika ,tidak tahu untuk berkata kata lagi akibat dari kesan penyaksiannya terhadap kelakuan oleh Fedayeen milik Sinan Tersebut ,Henry didalam kebingungan .
Henry kemudiannya bertanya kepada Sinan apa yang terjadi sebenarnya yang telah terjadi yang menjadi punca penyebab yang membawa kepada tragedi terjadinya perlakuan membunuh diri akibat tindakan dari Fedayeen yang terjun daripada atas tembok tersebut .

sekali lagi dilakukan demi menjelaskan makna disebalik perbuatan oleh Fedayeen yang mati dahulu ,sekadar bersahaja nadanya ,Sinan telah mengarahkan kepada seorang lagi Fedayeen untuk melakukan perbuatan sedemikian secara sekali . Seorang lagi Fedayeen menampilkan diri. Seperti yang memahami isyarat yang diberikan oleh Dai tertingginya itu , Fedayeen yang kedua juga melakukan perkara yang sama seperti mana Fedayeen yang pertama melakukannya .turut juga terjun dari tembok KubuAl Kahf jatuh kebawah dalamnya berbatu batu cerunam tersebut .

Dua kali berturut turut setelah melihat aksi yang membawa maut tersebut , sekali lagi Henry terperanjat penyaksian oleh perbuatan yang dilakukan oleh kedua-dua Fedayeen yang maut tersebut tidak membantah langsung arahan dari Sinan walaupun sanggup mengorbankan diri mereka demi Sinan . Akur dengan keputusan Sinan ,Henry terpaksa menerima syarat perdamaian yang diminta oleh Sinan .perjanjian damai tersebut membolehkan pihak Si sekali dengan pengecualian dari pihaknya tanpa perlu membayar upeti kepada pihak Tentera Salib .
Matlamat didalam perjanjian damai tersebut , Golongan Syiah Nizariyyah telah berjaya dapat menghindari pihak mereka terjerumus kedalam kancah situasi konflik perang dengan pihak Tentera Salib .

=============================================

SEJARAH KERJASAMA YANG PERNAH DIBUAT ANTARA PIHAK HASASHIN DENGAN PIHAK SALAHUDDIN AL-AYUBBIYAH .

Permulaan kepada kerjasama diantara dua pihak ini pernah terjadi apabila disuatu malam ketika seorang panglima tentera dari Pihak Mujahideen ketika Era Perang Salib ,iaitu ketika Salahuddin yang sedang tidur didalam khemahnya namun suatu peristiwa yang aneh apabila dia bersama dengan konvoi tenterannya tidak menyedari bahawa terdapat suatu penyusupan yang dilakukan oleh seorang Hasashin yang menyamar secar didalam diam telah membawa sepucuk surat khas dari pemimpinannya ,Sinan . Surat tersebut telah diletakkan ke bantal tidur Salahuddin bersama dengan sebilah belati khas dari bersama pesanan Pihak Sinan ,dengan secara rahsia Fedayeen tersebut yang menyamar sebagai salah seorang tentera Salahuddin pada sebelumnya menyusup masuk kedalam khemah Salahuddin ketika panglima tersebut sebelum tidor . Maka apakah pesanan dari Sinan didalam surat bersama belati tersebut ?

Isyarat dan kandungan pesanan didalam surat kepada Salahuddin daripada Sinan menjelaskan bahawa pihak Hasashin sedia menerima pakatan bersama untuk siap siaga dari Hasashin untuk membantu pihak Salahuddin didalam kempen peperangan besar untuk melawan Tentera Salib.

Isyarat yang jelas tersebut telah membuktikan keberkesanan hasil kesepakatan yang dicapai oleh pihak Salahuddin bersama Hasashin sewaktu didalam kempen perang pihak Salahuddin telah dibantu oleh Hasashin ketika didalam pertempuran mereka untuk menyekat kemaraan pihak tentera Salib Kristian Salib yang Ketiga telah diketuai oleh Raja Richard l ,the Lion Heart dari England .

Saling membalas satu sama lain pada Kemudiannya pula , ketika pihak Hasashin terpaksa menghadapi serangan dari pihak Frankishhostilities didalam perang Salib , pihak Hasashin telah mendapat bantuan pada tepat pada masanya iaitu bantuan ketenteraan dari pihak Salahuddin Al Ayyubid sewaktu pertempuran tersebut .

============================================

HASASHIN MELALUI PERINCIAN OLEH MARCO POLO .

Legenda-legenda mengenai fahaman yang dipegang oleh Hasashin ini kemudiannya telah diperkenalkan melalui Marco Polo, seorang penulis hikayat dari Venesia dari Dunia Barat . Walaupun Marco dapat menceritakan tentang Hasashin dengan terperinci ,pada hakikat sebenarnya, Marco tidak pernah bertemu dengan golongan Hasashin apatah lagi untuk menjumpai Sinan .

Didalam perinciannya mengenai Hasashin melalui versi penceritaannya ,Polo telah menegaskan didalamnya bahawa Sinan , yang dipopularkan melalui gelarannya iaitu Si pertapa tua dari Gunung itu telah mengamalkan konsep kesetiaan yang diberikan oleh para Fedayeennya dengan sentiasa mengutamakan menyediakan dengan penyalahgunaan oleh herba hashish kepada pengikutnya yang sentiasa mampu menjadi khayal dan obses didalam perjuangan mereka itu . Melalui penggunaan herba Harshish inilah golongan ini telah dilabelkan sebagai Hashishins (Assassins) .

Kisah "Orang Tua Gunung" ini pernah dikumpulkan oleh Marco Polo dan kemudiannya telah diwarisi seorang lagi seorang sejarawan Eropah ketika Era Victorian iaitu Joseph von Hammer-Purgstall, dari Austria abad ke-19 yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan legenda golongan Hasashin ini kepada dunia moden sekarang . Sewaktu tahun 1930-an, Hammer-Purgstall telah menuliskan semula fiksyen Hasashin yang pernah dihasilkan dahulu oleh Marco Polo .

Kemudiannya hasil usaha Joseph dari Austria tersebut diteruskan pula seorang Orientalis dari Rusia yang bernama Vladimir Alexeyevich Ivanov .dakwaan Vladimir ini yang dapat mengembangkan lagi perincian mengenai Hasashin ini kerana beliau pernah mendapat akses sumber sumber penulisannya melalui dari kesusasteraan Syiah Nizariyyah yang masih lagi tersimpan dari kawasan Asia Tengah, terutamanya dari Parsi, Afghanistan dan beberapa lagi di sekitarnya .menurut Vladimir sepanjang usaha penyelidikannya mengenai Hasashin dahulu yang menyatakan bahawa ,terdapat lagi 700 buah manuskrip manuskrip yang mengandungi tentang kesusasteraan mengenai Syiah Ismailiyyah ( terutamanya dari kerajaan Nizariyyah dan kerajaan Syiah Fatimiyyah ) yang sehingga kini masih lagi belum dapat dikesan sehingga sekarang.



Radz Von Koenigstraud Xiv
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1590898791993.jpg

Mongke Khan

Pada mulanya aku ingat si Khagan Keempat yang memerintah kerajaan Mongol dulu benar benar mati dibunuh oleh seorang Fedayeen yang Dihantar oleh pihak Hasasahin tapi dia mati bukan sebab kena bunuh.

Memang benar nama Mongke Khan ada tersenarai didalam list puak Hasasahin diantara individu perlu dibunuh pada tahun 1253 Masehi tapi Fedayeen yang berada didalam perjalanan untuk melaksanakan misi sulit tersebut telah mendapat arahan pembatalan misi dari Kubu Alamut iaitu perintah dari Syiah Nizariyyah, Imam Aladin Muhammad yang memerintah Nizari pada waktu tersebut.

Mungkin disebabkan pembatalan arahan tersebut, si Imam Nizariyyah menganggap dapt elak kesan bala malapetaka yang akan terjadi jikalau misi dilaksanakan dengan jaya hehehehe .

Sebenarnya kematian Khagan Mongke Khan ini banyak spekulasi, dia mati semasa mengetuai kempen tentera Mongol keatas Kubu Diaoyu (kini dikenali dengan nama Chongqing)salah satu saki baki yang masih setia kepada Dinasti Song dahulu akibat penyakit Kolera .Orentialis Barat pula mengatakan Mongke Khan mati akibat lemas disebabkan kapal yang dinaikinya karam Sewaktu Mongol cuba melakukan Penaklukan keatas Vietnam. Pihak China mengatakan dia mati dipanah oleh tentera Dinasti Song,ada juga mengatakan dia mati akibat terkena tembakan meriam dari tentera Song dan pihak Parsi pula cakap dia mati akibat jangkitan wabak Kolera .

Namun pihak Mongol tetapi melakukakan keatas Kubu Dioaoyu kerana Mongke Khan dah pesan didalam wasiat ,tak kira lagu camna pun ,dia tetap nakkan tempat orang Song tu tetap Dijarah .selama 17 Tahun pihak Mongol berusaha dengan tektik pengepungan dan Akhirnya berjaya ditawan dan dijarah oleh Mongol setelah anaknya mengambi alih mengetuai kempen tersebut .

Kesan dari Kematian Khagan Mongke Khan ini adalah petanda sangat jelas yang menyebabkan Empayar Mongol berpecah belah dengan meletusnya perang saudara Toluid selama 3-4 tahun .perang saudara ini diakhiri dengan perjanjian yang menyebabkan empayar Mongol terbahagi kepada dua pada tahun 1304 dimana bahagian Barat Mongol dengan kelahiran namanya Timurlane dibawah kekuasaan Temur Khan selepas Kublai Khan "padam" .

Berbalik semula kepada si Hasashin nie ,dengan pembatalan misi yang diarahkan pada tahun 1253 ,si Imam Syiah Nizariiyyah dapat elakkan bala malapetaka keatas golongan Nizariyyah tapi orang kata buku bertemu dengan ruas .pada tahun 1270 ,berenyut renyut tentera Mongol turun menjarah Kota Alamut ,depa tebas semua orang tak kiralah dari golongan Nizariyyah ke ,Ismailiyyah ke ,Dai ke,Fedayeen ke.....semua kena tebas sampai licin !


Radz Von Koenigstraud Xiv
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,917
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,917
Reaction score
26,823
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1590899241951.jpg

Doktrin "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"

.
.
.

'Benua mereka sedang mengalami situasi kucar kacir ,para Baron tanah yang seakan menggilai darah dengan menyerang pesaing mereka satu sama lain diatas pemilikan Tanah yang sentiasa merasakan tidak pernah mencukupi sekadar yang dimiliki ketika waktu itu"

Satu bangsa yang sedang menempuhi garis masa yang dinamakan "Dark Ages" ,kegelapan dari segi pencapaian ilmu pengetahuan ,kegelapan bakal mengalami kepupusan bangsa secara besar besaran akibat leka denga kebersihan diri akibat wabak yang telah menelan nyawa 1/3 populasi bangsanya ,kegelapan dari segi kerohanian dengan meruntuhkan tembok yang dahulunya membatasi sifat diri dan kepercayaan kepada agama .

Munculnya seorang ketua paderi yang berpangkat Paus setelah kejayaannya didalam persidangan Nicea meluluskan sebuah doktrin agama ,dimana doktrin yang ditulisnya mengaku bahawa amanat dari Tuhan untuk menghalalkan penaklukan tanah keatas suatu bangsa yang menetap di Timur Tengah .

Datangnya mereka dengan niat palsu mereka sebagai penziarah yang menyembunyikan niat sebenar demi melangsaikan syarat "matlamat menghalalkan cara" .

===============================================

Barulah aku perasan bahawa dua pihak samada dari pihak Templar dan pihak Parsi ini menggerakkan kempen penjarahan kuasa sebenarnya kedua dua pihak ni menggunakan alasan yang sama iaitu Doktrin agama mengenai Akhir Zaman .

Ismailliyah dengan dengan doktrin versinya yang diubah daripada asal iaitu Qiyamah .

Templar pula dengan doktrin versinya tentang Amargeddon ,kingdom of heaven dan the Meggido .

Demi matlamat yang menghalalkan cara .


Radz Von Koenigstraud Xiv
 
Sponsored Post

Top
Log in Register