BTC USD 85,223.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harus kencing beridiri!!

pajamada

Active+ Member
gem
Messages
2,978
Joined
Apr 19, 2011
Messages
2,978
Reaction score
1,318
Points
106
Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :

“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :

Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.

ustaznoramin

MHMN ingin berkongsi secebis ilmu...

ianya bukanlah harus... tetapi makruh... boleh tetapi kalau boleh, jangan amalkan kecuali dalam kes2 tertentu :)

Asas: Jika kencing ditempat terbuka yang mendedahkan aurat... boleh berdiri dan menghala ke tempat sembunyi (macam kita kencing diri tepi jalan, kalau cangkung nanti nampak aurat - bontot, peha dan macam2)

Asas: Kena pandai target, pastikan kencing itu (najis) tidak terkena pada anggota atau pakaian

Wallahu alam :)
 
Last edited:

kalau kat public toilet macam mana pulak.....especially yg kotor tuh?
 
eh... bukan ke kalau kita kencing berdiri kita akan menjadi doktor kepada syaitan?

menurut sumber yg telah ku terlupa, seekor syaitan yg cedera parah telah mengatakan , kecederaan yang di alaminya boleh di rawat dengan menggunakan air kencing yg di kencing secara berdiri.

saya tidak pasti samamada sumber ini benat?
sila betulkan jika saya silap.
 
cam merepek je.. tade dalil yg sahih
 
Salaam,..

Eden kencing berdiri kerana ada masalah tak lawas kencing...
Mak eden selalu tegur eden kecing berdiri,..
Berdosa katanya,..
Tp eden tak ikut la pesanan mak eden tu,..
Sebab takde dengar dalil,..

Bila tanya dalil, Mak eden cerita tentang seorg ahli kubur yg disiksa atas sebab tak suci najis(kencing)..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Back
Top
Log in Register