BTC USD 67,135.9 Gold USD 2,337.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harus hukum berbuka dengan bersetubuh tapi jangan abai adab di sisi Islam — Dr Zulkifli

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,798
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,798
Reaction score
6,228
Points
881
Awards
1
Harus hukum berbuka dengan bersetubuh tapi jangan abai adab di sisi Islam — Dr Zulkifli


Bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan termasuk dalam sesuatu perkara yang membatalkan puasa. — Gambar hiasan
BERPUASA di bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan ke atas setiap mukmin.

ALLAH SWT memerintahkan hamba-Nya supaya berpuasa dalam firman-Nya:

يا أيُها الذِين آمنُوا كُتِب عليكُمُ الصِيامُ كما كُتِب على الذِين مِن قبلِكُم لعلكُم تتقُون

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”

Ibadah ini bukan sahaja mengajar umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga tetapi juga keperluan mengawal nafsu.

Namun, mungkin segelintir pasangan sukar untuk mengawal nafsu apatah lagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Bercakap soal itu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa perbuatan bersetubuh semasa berpuasa adalah haram hukumnya meskipun tidak mengeluarkan air mani.

Memetik kata-kata oleh Syeikh Sulaiman al-Bujairimi:

"Melakukan persetubuhan di siang hari Ramadan adalah antara dosa-dosa besar yang juga diberatkan ke atas pelakunya dengan berpuasa dua bulan berturut" [Lihat Tuhfah al-Habib, 2/392].

Bahkan, perbuatan yang ke arah nafsu syahwat juga seperti berciuman, menyentuh dihukum makruh secara tanzih dan tidak berdosa. Namun sebaiknya ia dielakkan. [Lihat Busyra al-Karim, halaman 548]

BACA LAGI: Nur Izzah tak kisah tangan terluka, anggap pisau mahu jadi kawan di dapur

media_b9e33e2b628e1ff64ee3cafc5db0312c

Setiap pasangan suami isteri pasti mengidamkan masa untuk bersama walaupun semasa bulan Ramadan.

Bagaimanapun, hukum segera berbuka berpuasa dengan bersetubuh adalah harus.

"Ini kerana ia telah masuk waktu berbuka dan seseorang tidak dikenakan kafarah," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Begitupun, seseorang yang menyegerakan berbuka puasa dengan bersetubuh tidak mendapat pahala sunat berpuasa.

"Berdasarkan nas hadis dan sunah Nabi SAW menganjurkan kita berbuka dengan ruthob (kurma basah), tamar (kurma kering) atau air dan kemudian sunat kita berdoa kepada ALLAH SWT. Inilah sunahnya," katanya.

Dari segi adab, adalah disyorkan untuk memulakan berbuka dengan makanan dan minuman terlebih dahulu bagi memperoleh pahala sunat menyegerakan berbuka.

Dr. Zulkifli turut berkata, secara umumnya, perbuatan bermesraan sesama suami isteri adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga.

Dalam riwayat Aisyah R.Anha yang lain, beliau berkata:

كان رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُقبِلُ وهُو صائِم ويُباشِرُ وهُو صائِم ولكِنهُ كان أملك لإِربِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium (isterinya) dalam keadaan baginda sedang berpuasa. Baginda juga bermesra-mesraan (dengan isterinya) dalam keadaan baginda berpuasa, akan tetapi baginda ialah orang yang paling kuat menahan syahwatnya."


[Riwayat Abu Daud (2382)]

Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga mencium dan bermesraan dengan para isteri baginda. — Majoriti
 
Back
Top
Log in Register