BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harimau dahan kejutkan penduduk

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
HARIMAU-DAHAN-e1622633339889.jpg


LARUT – Penduduk di Kampung Bukit Bertam, Selama di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau dahan yang dikatakan berkeliaran berhampiran kediaman mereka hari ini.

Kehadiran harimau jantan spesies ‘clouded leopard’ berusia antara tujuh ke lapan tahun itu disedari penduduk kira-kira pukul 10.50 pagi.

Haiwan yang kelihatan kurus dan kelaparan itu dilihat berkeliaran di sekitar rumah penduduk kemungkinan bagi mencari makanan.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau dahan itu dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran untuk mencari makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatian anggota, tiada sebarang kecederaan pada haiwan itu, namun seolah-oleh tercekik seperti cuba memuntahkan sesuatu.

“Haiwan itu berjaya ditangkap pukul 11.24 pagi dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk rawatan.

“Pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh doktor veterinar termasuk ujian air kencing dan sampel darah bagi mengesan sama ada terdapat kecederaan atau masalah kesihatan lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


== kosmo online
 
badan dia dah macam bentuk pokok kayu..silap 2 hari bulan tak perasan
 
Gambar posing tak ganas langsung, macam kucing rumah tercekik tulang jer..
 
Dl kt kmpg aku pun ada harimau dahan nie
 
Cantik harimau dahan ni.
Harap2 hidupan liar kita boleh terus hidup aman dlm hutan simpan kita :)

Saya pernah tanya org jual kucing Bengal. Mcm mana depa dpt kucing yg corak mcm ni. Depa bagitau ..cros dgn harimau akar ni lah!
Kemudian dia siap offer Harimau akar kalau saya nak bela...huhu..trrkejut juga!

Dia kata harimau akar ni boleh je bela...tak bahaya pun.

Tapi..kalau polis/ perhilitan dapat tau...ke dalam :)
 
oh ni senang. tepuk2 la belakang tengkuk die
 

Harimau dahan mati terkena jangkitan

WhatsApp-Image-2021-06-05-at-5.11.12-PM-1-e1622884570747.jpeg


IPOH – Seekor harimau dahan yang ditangkap selepas berkeliaran di Kampung Bukit Bertam dekat Selama Rabu lalu disahkan mati ketika dalam rawatan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau spesis dilindungi dengan nama saintifik Neofelis Nebulosa itu mati pada pukul 12 tengah malam Khamis lalu.

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati, harimau itu dijangkiti Virus Canine Distemper (CDV).

“Kebiasaannya, haiwan yang dijangkiti CDV ini terpaksa ditidurkan kerana ia adalah penyakit berjangkit.

“Bagaimanapun, harimau dahan ini tidak sempat ditidurkan kerana telah disahkan mati oleh doktor veterinar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati haiwan berkenaan tidak tercekik tulang walaupun keadaannya ketika ditangkap seperti cuba memuntahkan sesuatu.

“Berdasarkan pihak veterinar, harimau itu dipercayai terkena jangkitan daripada bawaan binatang domestik seperti anjing dan kucing,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kehadiran harimau jantan berusia antara tujuh ke lapan tahun itu disedari penduduk kira-kira pukul 10.50 pagi.

Haiwan yang kelihatan kelaparan itu dilihat berkeliaran di sekitar rumah penduduk kemungkinan bagi mencari makanan dan dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau.


== Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register