BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ni Korang Baca/Tulis Ape?

Amerika perguna Anwar

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.
 
Abdullah harap harga minyak akan turun
23/09/2008 3:41pm

PUTRAJAYA 23 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam Kabinet.

“Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu.

“Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.- BERNAMA.
 
Baca thread ni. Banyak info.
 
dah macam2 yang aku tulis ngan aku baca.. hehhee
 
Ejen Mossad dalang serangan bom di Damsyik
28/09/2008 6:25pm

AMMAN 28 Sept. – Agensi perisikan Israel, Mossad didakwa terlibat dalam serangan bom berani mati menggunakan kereta di Damsyik yang meragut 17 nyawa, semalam.

Seorang penulis kolum dalam akhbar separa rasmi Jordan, Al-Dustur menulis yang insiden itu adalah satu konspirasi Israel yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Ia dilancarkan bagi mewujudkan kekacauan yang seterusnya membolehkan kelahiran pembangkang yang mendapat tajaan Israel dan AS.

“Mereka mahu menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad yang dilihat oleh AS dan Israel sebagai batu penghalang terhadap rancangan jahat mereka di rantau ini,” jelas kolumnis itu, Hashem al-Khaledi.

Tanpa sebarang dakwaan spesifik, akhbar rasmi Syria iaitu Ath Thawra hari ini menyifatkan insiden sebagai “keganasan yang dirancang di luar negara” dan dalangnya telah memasuki sempadan untuk melaksanakannya.

“Keselamatan Syria adalah ketat tetapi rantau ini penuh dengan pengganas.

“Kami perlu mempertahankan sempadan bagi mengelakkan pencerobohan pengganas, letupan dan cubaan sabotaj,” jelas akhbar itu lagi.

Akhbar Al-Watan yang berhubung rapat dengan kerajaan pula menyatakan bahawa senarai pihak yang enggan membenarkan Syria dalam keadaan selamat dan aman adalah panjang dimulai dengan Israel yang menyebarkan maklumat dan menubuhkan militia di beberapa negara jiran yang akhirnya menggambarkan agama Islam secara salah.

Dakwaan-dakwaan ini dibuat setelah akhbar-akhbar Israel membuat pelbagai tuduhan seperti “rejim yang membela ular keganasan kini diancam oleh racun ular tersebut.” – AFP
 
baca komik naruto,bleach,one piece,zetman, dan banyak lagi di onemanga
 
harini aku baca mesej awek aku.... :">
 
Heheh..saYer SuKe M'BaCa..

NuLis X BesH..MenaIp besh..

wakakaka..

 
Back
Top
Log in Register