BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Malaysia: 16 Sept Iltizam Yang Sentiasa Diperbaharui, Tiada Wilayah Terpinggir - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Hari Malaysia: 16 Sept Iltizam Yang Sentiasa Diperbaharui, Tiada Wilayah Terpinggir - PM Anwar​

21ee505451b80d152adef771df74aef26aaa5e9860776

kredit: FB Anwar Ibrahim

Hari Malaysia mengingatkan bahawa negara dibina atas suatu waad atau ikatan antara pemerintah dengan rakyat, antara wilayah dengan Persekutuan dan antara kesetiaan dengan keadilan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook bersempena dengan sambutan Hari Malaysia hari ini, beliau berkata 16 Sept adalah iltizam atau janji yang mesti sentiasa diperbaharui bahawa tiada wilayah dianggap terpinggir atau pinggiran, tiada kaum berasa terasing dan tiada rakyat tercicir daripada arus kemajuan.

Bagaimanapun, Anwar berkata harus diakui bahawa ada ketika perjalanan negara menyimpang, apabila soal kaum diperalat, jurang wilayah dibiarkan melebar dan perbezaan dijadikan tembok dan garis pemisah.

“Laut boleh memisahkan kita tapi tidak cita-cita dan harapan kenegaraan. Selamat Hari Malaysia!," kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register