TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
Hari ini 51 tahun yang lalu, panggilan pertama telefon bimbit dibuat.
Alat pertama yang membolehkan manusia berkomunikasi, dipanggil telefon, adalah diolah daripada telegram. Pada 10 Mac 1876, Alexander Graham Bell membuat panggilan telefon yang pertama.
Telefon menjadi alat pegun, kemudian terciptanya telefon kereta sekitar 1940-an. Dari itu, Bell Labs, syarikat penyelidikan & pembangunan di bawah AT&T mula meneroka kemungkinan untuk mencipta telefon yang boleh dibawa ke mana-mana oleh orang perseorangan.
Syarikat-syarikat lain menyusul dalam perlumbaan mencipta peranti sedemikian, antaranya sebuah syarikat kecil di Chicago bernama Motorola. Memasuki tahun 1973, Motorola berhasil membina prototaip pertama - DynaTAC (dynamic adaptive total area coverage) 8000X.
Mengumumkan kejayaan itu, Martin Cooper, seorang eksekutif & juga jurutera Motorola, membawa peranti berukuran 22.86sm x 12.7sm x 4.44sm & seberat 1.1kg itu ke kaki lima di 6th avenue di Manhattan, New York untuk temu bual bersama para wartawan.
Ketika sesi temu bual itu, Cooper membuat panggilan kepada ibu pejabat Bell Labs di New Jersey & ia disambung ke talian Joel S. Engel, ketua syarikat itu. “Joel, ini Martin. Saya menelefon anda dari telefon sel, telefon bimbit mudah alih pegangan tangan yang sebenar,” katanya. Dan Joel senyap tak menjawab.
Selepas panggilan pertama itu, isu pembuatan & regulasi kerajaan melengahkan usaha membawa teknologi itu kepada khalayak. Hanya sedekad kemudian, versi DynaTAC 8000X menghuni pasaran pada harga $3,900. Ia menawarkan 30 minit masa bercakap untuk 10 jam waktu pengecasan.
Sumber: Make Use Of, CNNWire, EDN
#PeristiwaHariIni