Hari Ini Dalam Sejarah-31/12

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERUBAHAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU-Tarikh Peristiwa pada 31-12-1932

Pada hari ini dalam tahun 1932, buat kali pertama waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah buat kali pertama dari jam 11.40 minit malam kepada jam 12.00 malam. Perubahan waktu ini menjadikan waktu Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal dari Waktu Greenwich. Namun pada 1 September 1941, sekali lagi waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah dengan dipercepatkan 10 minit bagi menyelaraskan waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Sewaktu pemerintahan Jepun, waktu Tanah Melayu ditukar lagi mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal. Waktu tersebut digunakan hingga tamatnya pemerintahan tentera Jepun pada tahun 1945. Waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehingga 31 Disember 1981 apabila kerajaan Malaysia dengan rasminya telah mempercepatkan waktu Malaysia sebanyak 30 minit. Langkah itu diambil untuk menyeragamkan waktu di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Berikutan perubahan itu, waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan waktu Malaysia kepada 8 jam awal dari waktu Greenwich. Sesungguhnya peristiwa perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 1990-Tarikh Peristiwa pada 31-12-1989

Pada hari ini dalam tahun 1989, Perdana Menteri Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990 bertempat di Dataran Merdeka serentak dengan perasmian Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dalam ucapannya Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan giat berusaha untuk memajukan industri pelancongan yang mempunyai potensi bagi mempercepatkan pembangunan negara serta bertujuan untuk mengurangkan pengangguran dan membantu para peniaga menambahkan pendapatan. Perdana Menteri juga, menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia melalui layanan yang terbaik, kerana semua rakyat Malaysia berperanan sebagai tuan rumah dan para pelancong sama ada dari luar atau dalam negeri adalah tetamu yang perlu dilayan sebagaimana kebiasaan orang-orang Malaysia melayan tetamu. Berikutan daripada kejayaan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 1990, kerajaan telah memutuskan agar program penggalakan pelancongan secara bersepadu diperingkat kebangsaan diteruskan. Lanjutan daripada itu, Tahun Melawat Malaysia 1994 dan Tahun Melawat Malaysia 2007 dianjurkan bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam usaha kerajaan meningkatkan industri pelancongan negara.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERATURAN TANAH YANG PERTAMA YANG DILULUSKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT NEGERI-Tarikh Peristiwa pada 31-12-1889

Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, telah membawa bersama-sama perubahan yang dijalankan di dalam pentadbiran. Salah satu perubahan yang dijalankan berkaitan dengan peraturan tanah. Sebaik sahaja menguasai negeri Pahang satu peraturan tanah yang pertama di negeri Pahang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember, 1889 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1890. Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pentadbiran tanah di Pahang di zaman tradisional dijalankan mengikut Kanun Pahang di mana di dalamnya tercatat siapa yang berkuasa terhadap tanah dan cara untuk menduduki sekeping tanah. Tanah menjadi milik Sultan dan untuk mentadbir tanah Sultan melantik pembesar-pembesar untuk menjalankan tugas tersebut. Peraturan yang dipekenalkan tersebut, dikenali dengan Peraturan Umum Tanah Pahang 1889, dengan ini juga telah timbul Konsep Tanah Persendirian.

Mengikut Undang-undang ini seseorang yang mahu membuka tanah harus membuat permohonan kepada Kerajaan terlebih dahulu, mengukur tanah dan membayar cukai tanah. Kemudian barulah geran tanah dikeluarkan, menandakan kesahihan pemilikan tanah tersebut. Sesiapa saja dibenarkan memohon tanah asalkan mereka mampu membayar yuran tanah yang telah ditetapkan. Dengan adanya pembaharuan yang dijalankan ini pentadbiran dapat berjalan dengan licin dan teratur. Ini bersesuaian dengan dasar Inggeris yang hendak membangunkan sektor pertanian. Bagi pelabur-pelabur mereka memerlukan bentuk pemilikan tanah yang dapat menjamin harta mereka.
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,501
Reaction score
43
Points
120
Mantap Fakta nie eboos !!! tq
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK TUJUH SEKOLAH AGAMA RAKYAT-Tarikh Peristiwa pada 31-12-1960

Pada hari ini 31.12.1960, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bantuan kepada tujuh buah Sekolah Agama Rakyat Cawangan Al-Ulum Batu 20, Telok Anson. Ketika menyampaikan berita tersebut, Ustaz Salleh Othman selaku Pegawai Perhubungan sekolah-sekolah Agama Rakyat Persekutuan menjelaskan bahawa bantuan tersebut diberikan bagi tujuan memajukan lagi sekolah-sekolah agama di Persekutuan. Beliau juga memberitahu bahawa 70% daripada bantuan itu adalah untuk membayar gaji guru-guru sementara 30% lagi adalah untuk kemajuan sekolah. Untuk memperolehi bantuan tersebut sekolah-sekolah berkenaan hendaklah mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Di antara syarat-syarat yang mesti dipatuhi ialah:

membuat peraturan sekolah seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan.

belajar 196 hari setahun

murid-murid dicampurkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru sekiranya murid di asingkan mengikut jantina.

guru dan ibubapa sanggup bekerjasama untuk kemajuan pelajaran dan sekolah.

Bantuan yang diberikan ini sesungguhnya menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan turut melaksanakan usaha ke arah memajukan lagi sekolah-sekolah Agama Rakyat.
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
adakah dengan mengubah waktu akan menyebabkan waktu siang lebih lama dari waktu malam...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register