BTC USD 84,053.8 Gold USD 4,293.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 30/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NGAH IBRAHIM DIBERI KUASA KE ATAS LARUT-Tarikh Peristiwa pada 30-11-1857

Pada hari ini dalam tahun 1857, Ngah Ibrahim telah diberi kuasa sepenuhnya ke atas Daerah Larut. Pengiktirafan tersebut dibuat berikutan kematian bapanya Long Ja’afar. Long Ja’afar adalah orang pertama yang meramalkan kepentingan Larut. Sebelum kedatangan beliau ke Taiping, tiada siapa menyangka daerah tersebut akan menjadi terkenal kerana sumber bijih timahnya. Menyedari akan kepentingan Larut, beliau membeli satu persatu kawasan bijih di Daerah Larut. Akhirnya pada tahun 1850, Ngah Ali memberikan hak milik daerah tersebut kepada Long Ja’afar. Hak milik ini akan diwarisi oleh anak-anak beliau. Oleh itu, apabila Long Ja’afar meninggal dunia pada tahun 1857, anaknya Ngah Ibrahim memohon pengiktirafan ke atas kawasan tersebut secara rasmi. Sultan Perak, Raja Muda dan Raja Bendahara telah memberikan pengiktirafan secara rasmi kepada permohonan Ngah Ibrahim. Pengiktirafan tersebut telah memberikan kuasa penuh kepada Ngah Ibrahim untuk berkuasa dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di Daerah Larut tanpa merujuk kepada Sultan, Raja Muda, Bendahara ataupun Kerajaan Inggeris. Sesungguhnya, Ngah Ibrahim merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam memajukan Daerah Larut dan beliau telah dianugerahkan gelaran ‘Orang Kaya Menteri’.
 
PEMBUKAAN RASMI EXPO PEMBANGUNAN ISLAM SEMPENA ABAD KE 15 HIJRAH-Tarikh Peristiwa pada 30-11-1980

Kedatangan tahun baru Hijrah sentiasa disambut oleh segenap lapisan masyarakat. Tahun Hijrah melambangkan kemenangan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam perjuangan menegakkan agama Islam. Tahun ini 1401 hijrah adalah tahun pertama dalam abad ke 15 Hijrah. Kemenangan yang telah dilalui selama 15 abad oleh umat Islam. Di negara kita sambutan abad ke 15 Hijrah telah disambut meriah dan satu Expo Pembangunan Islam telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, Timbalan Perdana Menteri di perkarangan Stadium Negara pada 30 November 1980. Expo Pembangunan Islam ini diadakan bagi mengenang kembali pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh umat Islam. Pencapaian tersebut yang meliputi berbagai bidang termasuklah pertanian, ternakan, pertukangan tenaga, perindustrian dan sebagainya. Expo ini juga diharapkan akan dapat menyedarkan umat Islam khasnya di negara kita bahawa pada suatu masa dahulu umat Islam telah mendahului orang lain dalam semua bidang pengetahuan dan kemajuan, tetapi keadaan itu sudah beransur hilang. YAB. Dato’ Seri Dr. Mahathir juga menyeru umat Islam supaya terus bangun dan memajukan diri masing-masing dan jangan tertinggal di belakang.

Abad ke 15 Hijrah ini perlu dijadikan titik mula ke arah mencapai kemajuan yang lebih baik dari masa lampau. Sebanyak 54 pertubuhan telah mengambil bahagian dalam Expo yang berlangsung selama 2 minggu itu. Pengerusi Expo Datuk Hj. Mohamad Nasir juga turut berucap di majlis ini dan mengingatkan umat Islam bahawa kejahilan adalah musuh Islam yang paling besar. Kedatangan abad baru Hijrah merupakan detik penting untuk umat Islam khasnya di negara kita untuk meneruskan usaha mencapai kembali kegemilangan umat Islam seperti di abad-abad yang lepas, supaya umat Islam dapat bergerak maju dengan umat-umat lain di dunia yang semakin mencabar ini.
 
PERJANJIAN INGGERIS-REMBAU-Tarikh Peristiwa pada 30-11-1831

Satu perjanjian Persahabatan dan Kerjasama telah dipersetujui di antara Kerajaan Inggeris dengan Penghulu Raja Ali dan Empat Suku yang memerintah Rembau dan Jajahan Takluknya telah dipersetujui pada hari ini 30.11.1831 Kerajaan Inggeris telah diwakili oleh Robert Ibbetson, Residen Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Jajahan Takluknya. Perjanjian ini melibatkan soal-soal kawasan penempatan, perniagaan dan pengiktirafan Inggeris terhadap Rembau sebagai sebuah negeri yang merdeka.

Di antara kandungan perjanjian Inggeris - Rembau ini:-

Kerajaan Inggeris mengakui bahawa Penghulu Raja Ali dan Empat Suku sebagai Ketua Pemerintah Rembau dan Jajahan Takluknya.

Orang-orang Inggeris dan Orang-orang Rembau menjalinkan persahabatan dengan ikhlas dan jujur dan kedua-dua pihak tidak akan menimbulkan sebarang permusuhan di antara satu sama lain.

Jika sesuatu pihak mempertikaikan sesuatu kawasan yang terletak di sempadan bersama, Ketua Pemerintah salah satu pihak hendaklah menghantar surat dan pegawai masing-masing menemui salah seorang Ketua Pemerintah daerah berkenaan untuk menyelesaikan masalah sempadan itu dengan cara persahabatan.

Kedua-dua pihak bersetuju tidak boleh memasuki untuk mengejar, menangkap dan membawa balik rakyat yang lari dari daerah masing-masing ke dalam daerah salah satu pihak tetapi hendaklah melapor dan minta pulangkan orang itu dengan cara yang baik. Pihak pemerintah yang menangkap orang yang lari itu bebas memutuskan sama ada hendak memulangkan atau tidak.

Dari segi perniagaan salah satu pihak dikehendaki melindungi sampan-sampan dan tongkang-tongkang pihak yang datang berniaga. Sebelum memasuki sesuatu daerah, peniaga-peniaga hendaklah mendapat kebenaran kastam daerah yang hendak dimasuki dan peniaga-peniaga terikat dengan undang-undang di dalam daerah-daerah yang dimasuki.

Kedua-dua pihak pula bersetuju untuk menentang lanun-lanun bagi mengekalkan keselamatan perniagaan dan pelayaran.

Perjanjian lapan perkara ini menjadi garis panduan kepada kedua-dua pihak bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
 
Back
Top
Log in Register