Hari Ini Dalam Sejarah-29/12

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KELAB GOLF NEGARA SUBANG-Tarikh Peristiwa pada 29-12-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Kelab Golf Negara Subang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Sejak penubuhannya, Kelab tersebut telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan seperti kemudahan padang golf, rumah kelab, kolam renang, tempat permainan bowling, pejabat, restoran, makmal, dapur, bilik rehat dan kedai untuk membeli alatan permainan golf. Ahli-ahli Kehormat Kelab tersebut terdiri daripada DYMM Yang di-Pertuan Agung, Sultan-sultan Negeri, putera-putera serta kerabat terdekat kepada baginda-baginda sultan, Yang Di Pertua Agung, Sultan-sultan Negeri, putera-putera serta kerabat terdekat. Objektif utama penubuhan Kelab tersebut adalah untuk meningkatkan lagi mutu permainan golf dan menarik minat orang ramai untuk bermain golf di dalam membantu meningkatkan aktiviti-aktiviti sukan di Negara ini. Kelab tersebut juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dan menjual alatan yang berkaitan dengan permainan golf. Sesungguhnya, penubuhan kelab tersebut telah mengwujudkan industri pembangunan kelab sukan golf secara lebih sistematik, saintifik menerusi pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkesan.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KEGAGALAN RUNDINGAN BALING -Tarikh Peristiwa pada 29-12-1955

Pada hari ini dalam tahun 1955, Rundingan Baling telah berakhir dengan tanpa mencapai kejayaan. Rundingan yang berlangsung di antara pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ini bertujuan untuk menamatkan darurat Pertemuan bersejarah ini telah berlangsung di dalam empat sesi selama dua hari, bertempat di sekolah Kerajaan Baling, Kedah. Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, Encik David Marshall serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. Manakala PKM diwakili oleh Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM, bersama dengan Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan pengampunan beramai-ramai dan pergolakan politik negara. Beliau meyakinkan PKM bahawa Persekutuan Tanah Melayu sedang menuju ke arah mencapai kemerdekaan dan menyeru PKM agar menghentikan keganasan. Sesungguhnya, Rundingan yang diadakan ini merupakan kemuncak usaha kerajaan dalam mengatasi pemberontakan bersenjata komunis. Kegagalan rundingan ini ialah kerana permohonan PKM agar mereka diberikan pengiktirafan serta dibenarkan mengamalkan ideologi Komunis ditolak dan tidak diterima sama sekali oleh kerajaan.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
UEM TANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN JKR UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA UTARA-SELATAN-Tarikh Peristiwa pada 29-12-1986

Menyediakan kemudahan prasarana di negara ini merupakan tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat. Bagi mempercepatkan proses penyediaan kemudahan ini pihak Kerajaan menjalankan dasar pengswastaan terutamanya yang melibatkan kos yang tinggi serta jangkaan keuntungan yang memakan jangka masa yang panjang. Salah satu syarikat awal yang terlibat dalam usaha-usaha pembinaan lebuhraya di Malaysia ialah United Engineers (M) Sdn. Bhd. syarikat yang bertanggungjawab membina lebuhraya Utara-Selatan daripada Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Johor Bharu, Johor. Bagi melaksanakan projek ini di peringkat kedua, satu perjanjian surat hasrat telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada 29.12.1986. Laluan di peringkat kedua ini melibatkan jarak sepanjang 504 km dengan kos sebanyak RM3400 juta dan dijangka siap pada tahun 1992. Pada majlis tersebut Kerajaan diwakili oleh Datuk Samy Vellu, manakala United Engineers diwakili oleh Naib Pengerusi Eksekutif Encik Halim Saad. Peringkat pertama lebuhraya ini yang bernilai RM2100 juta menghubungkan Changkat Jering ke Ipoh dan Senawang ke Air Keroh, Melaka siap pada Mei 1987 iaitu sepanjang 400 km. Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan telah berjaya mewujudkan lebuhraya yang terpanjang di Malaysia dan telah memberi kemudahan pengangkutan yang paling baik dan selesa kepada penduduk di negara ini.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KONGRES GURU-GURU SE MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 29-12-1966

Para pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan generasi akan datang. Peranan para pendidik untuk melahirkan generasi sudah terbukti sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Pada hari ini, 29.12.1966, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah merasmikan Kongres Guru-Guru Se Malaysia bertempat di Kuala Lumpur. Tujuan utama diadakan Kongres ini untuk membincangkan peranan pendidik dalam melaksanakan dasar-dasar pendidikan dan mengambil inisiatif membentuk masyarakat yang bersatu. Berucap semasa perasmian Tun berkata, harapan Kerajaan memperkukuhkan hubungan saling mengerti dan berbaik-baik antara rakyat berbilang bangsa untuk membantu bangsa yang bersatu dan di sini peranan sekolah dan para pendidik cukup penting sekali. Katanya lagi di bawah satu dasar pelajaran kebangsaan kanak-kanak dari semua kaum belajar mata pelajaran sama di bawah satu bumbung. Dengan itu dapatlah ditanam rasa setia kepada negara dan menjadi warganegara yang baik. Diharap dengan adanya Kongres ini akan dapat mencari cara-cara yang terbaik bagi para pendidik melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
HERR VON OVERBECK MENJADI MAHARAJA SABAH (BORNEO UTARA), GAYA DAN SANDAKAN-Tarikh Peristiwa pada 29-12-1877

Pada hari ini 29.12.1877, Herr Von Overbeck seorang bangsawan Australia secara rasmi telah dilantik menjadi Maharaja Sabah (Borneo Utara), Gaya dan Sandakan. Herr Von Overbeck adalah seorang Pengurus Syarikat Candu Dent Brothers dan juga seorang Konsul bagi Austria-Hungray di Hong Kong. Niatnya ke atas penyewaan tanah di Sabah, bermula dengan berita penganugerahan tanah kepada orang-orang Eropah dalam tahun 1870. Oleh kerana itu beliau dan seorang rakan kongsinya telah cuba berunding dengan Sultan. Usaha Overbeck itu gagal kerana Gabenor Labuan dan juga Pemangku Konsul-General Borneo, Hugh Low berpendapat bahawa rundingan penyewaan itu bertentangan dengan perjanjian antara British dengan Brunei yang telah ditandatangani dalam tahun 1847. Sudah menjadi dasar pada ketika itu, sebarang pemindahan kuasa tanah kepada orang-orang asing mestilah mendapat persetujuan dari kerajaan British. Walaubagaimanapun Overbeck tidak berputus asa. Tidak berapa lama selepas itu beliau telah mencuba sekali lagi. Akhirnya dengan bantuan seorang Lieutenant-Gabenor British di Labuan, beliau berjaya memujuk Sultan Brunei untuk mendapatkan Wilayah di Sabah. Persetujuan telah diambil dan kedua-kedua belah pihak menandatangani perjanjian pada 12 Disember 1877. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, Overbeck secara rasmi telah dilantik sebagai Maharaja Sabah (Borneo Utara), Gaya dan Sandakan.

Di samping itu, beliau juga telah diberi kuasa ke atas penduduk bumiputera, memiliki semua hasil negeri, berkuasa ke atas matawang, menggubal undang-undang, memungut cukai dan berkuasa dalam hal-hal lain kecuali ke atas tugas-tugas raja. Sebagai balasannya, sultan akan dibayar sejumlah $12,000 setahun. Manakala Pangiran Temenggong dibayar sebanyak $3,000 setahun. Kawasan di bawah pentadbiran Overbeck meliputi keseluruhan Borneo Utara iaitu dari Teluk Kimanis di sebelah barat sehingga Sungai Seboekoe di sebelah timur. Perlantikan Herr Von Overbeck menjadi Maharaja Sabah pada hari ini, sesungguhnya merupakan suatu lagi kegiatan pemecahan wilayah di Sabah oleh Kerajaan British di Borneo yang mana melemahkan lagi kuasa Sultan Brunei.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register