BTC USD 84,397.0 Gold USD 4,278.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-29/09

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERSIDANGAN RAJA-RAJA MELAYU MENGENAI RUNDINGAN PERLEMBAGAAN BAGI MALAYA MERDEKA-Tarikh Peristiwa pada 29-09-1955


Pada hari ini dalam tahun 1955, Raja-Raja Melayu telah mengadakan persidangan di Kuala Lumpur bagi membincangkan mengenai rombongan yang akan mengadakan rundingan berkaitan perubahan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang akan diadakan di London pada awal tahun 1956. Turut hadir adalah Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Kerajaan Perikatan. Persidangan ini telah memutuskan bahawa rombongan tersebut adalah terdiri daripada wakil Raja-Raja Melayu dan kerajaan Perikatan.

Rombongan ini yang dinamakan ‘Rombongan Malaya Merdeka’ telah belayar ke London pada 1 Januari 1956. Ia terdiri daripada YTM Tunku Abdul Rahman Putra; Dato’ Abdul Razak Hussein; Dr. Ismail Abd. Rahman dan Kol. H.S. Lee sebagai wakil kerajaan Perikatan. Manakala wakil Raja-Raja Melayu pula terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang; Dato’ Nik Ahmad Kamil; Encik Abd. Aziz Abd. Majid; Dato’ Mohd. Seth serta Encik T.H. Tan selaku setiausaha rombongan. Mereka akan mengadakan rundingan bersama wakil baginda Queen.
 
USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO DILULUSKAN SEBULAT SUARA-Tarikh Peristiwa pada 29-09-1985


Semenjak ditubuhkan pada tahun 1946 UMNO terus berkembang menjadi salah sebuah parti yang memperjuangkan hak orang Melayu. Sebagai salah sebuah parti politik yang matang, UMNO mempunyai peraturan dan Perlembagaan partinya sendiri sebagai landasan perjuangan mereka. Pada hari ini 29 September 1985 bersempena dengan perhimpunan agung UMNO yang ke 36 ahli-ahlinya telah mengusulkan sebanyak 12 pindaan ke atas perlembagaan parti tersebut. Antara usul-usul yang penting yang telah mendapat sokongan sebulat suara pindaannya termasuklah memberi kuasa tambahan kepada Majlis Tertinggi dan satu lagi untuk menghadkan penggunaan wang bagi kempen pemilihan. Selain dari itu usul mengenai peraturan persidangan dan mengemaskinikan peraturan mesyuarat di perhimpunan agung juga turut diluluskan. Y.A.B. Tun Ghafar Baba selaku pengerusi kepada pindaan perlembagaan tersebut menjelaskan usul-usul penting ini diluluskan sebagai langkah untuk memantapkan lagi UMNO sebagai parti yang menjadi teras pemerintahan negara. Di samping itu usul yang dipinda ini terutama mengenai tambahan kuasa Majlis Tertinggi ini adalah antara lain melibatkan soal membanteras gejala politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Kuasa-kuasa tambahan juga adalah untuk mendisiplinkan ahli bagi memperkemaskan jentera pentadbiran parti di semua peringkat. Usul yang diterima sebulat suara ini bertepatan dengan perhimpunan ke 36 yang pertama kalinya diadakan di Komplek UMNO yang baru di Jalan Tun Ismail. Terdahulu Y.A.B. Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmi Komplek UMNO pada 26 September 1985. Persidangan yang meluluskan sebulat suara beberapa usul pindaan perlembagaan telah berlangsung di kompleks baru UMNO ini. Dengan lulusnya pindaan-pindaan perlembagaan UMNO ini akan membolehkan parti itu menyusun strateginya dengan lebih mantap lagi di masa-masa hadapan.
 
PERASMIAN AKUARIUM TUNKU ABDUL RAHMAN PULAU PINANG-Tarikh Peristiwa pada 29-09-1968


Pada hari ini dalam tahun 1968, Akuarium Tunku Abdul Rahman di Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Tujuan dibina akuarium ini adalah untuk mengwujudkan satu pusat penyelidikan yang lengkap bagi aktiviti-aktiviti perusahaan perikanan di samping mempamerkan berbagai jenis ikan dan hidupan air serta segala barangan yang berkaitan dengan perusahaan perikanan. Akuarium Tunku Abdul Rahman ini mengandungi bahagian pameran, bahagian muzium dan bahagian penyelidikan yang diuruskan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Bahagian Perikanan, Kementerian Malaysia, Gelugor, Pulau Pinang. Di bahagian pameran terdapat 41 buah tangki untuk pertunjukan, iaitu 25 buah untuk ikan air masin dan 16 buah lagi untuk ikan air tawar. Terdapat 64 jenis ikan air tawar dan 34 jenis ikan air masin yang dipamerkan Pertanian. Di antara ikan-ikan air tawar yang dipamerkan ialah ikan Sebarau, jelawat, lampam, sungat, puyu dan lampam Jawa. Di antara ikan air masin yang dipamerkan ialah ikan janahak, kerapu dan siakap. Lain-lain jenis ikan yang dipamerkan dan diminati oleh orang ramai adalah seperti ikan belut, peranha dan lungfish dari benua Afrika.

Di bahagian muzium pula dipamerkan contoh-contoh dan rajah-rajah berkenaan kajihayat, perkembangan peringkat awal binatang-binatang air, plankton, alat-alat kaji laut, alat-alat menangkap ikan, hasil-hasil perikanan dan keterangan-keterangan mengenai perikanan. Di bahagian penyelidikan pula mengandungi makmal-makmal yang lengkap bagi menjalankan kajian dan penyiasatan penyelidikan kaji hayat perikanan, kaji laut dan limhology bagi kepentingan industri perikanan di negara ini. Dengan perasmian Akuarium Tunku Abdul Rahman di Pulau Pinang ini pada hari ini dalam tahun 1968 maka dapatlah dijalankan penyelidikan mengenai perusahaan perikanan di samping akan mempamer berbagai jenis ikan yang jarang-jarang dapat dilihat oleh orang ramai.
 
PENGUMUMAN PERJANJIAN MELONGGARKAN PENGGUNAAN VISA ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN LUXEMBURG-Tarikh Peristiwa pada 29-09-1960


Pada hari ini 29.9.1960, usaha menjalinkan hubungan diplomasi di antara negara Malaysia dan negara luar sentiasa diadakan bagi memperkuatkan perhubungan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Salah satu daripada usaha yang dijalankan di peringkat awal negara mencapai kemerdekaan ialah dengan Luxemburg. Pengumuman perjanjian melonggarkan penggunaan visa ini telah dibuat pada 29 September 1960. Perjanjian yang akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 1960 ini membawa faedah kepada kedua-dua negara antaranya berkaitan dengan kemasukkan rakyat kedua-dua negara tanpa perlu mempunyai visa terlebih dahulu.

Kebebasan ini cuma dihadkan untuk tiga bulan sahaja, jika rakyat mana-mana negara ingin tinggal lebih daripada 3 bulan perlu mendapatkan visa terlebih dahulu. Dalam pengumuman tersebut juga tidak mengecualikan warganegara Persekutuan Tanah Melayu dari Undang-undang Imigresen Negara Luxemburg berkenan dengan penempatan ataupun pekerjaan. Pengumuman ini sangat penting bagi mempermudahkan kemasukan rakyat di samping dapat mengekalkan hubungan antara kedua-dua negara.
 
Back
Top
Log in Register