BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-28/10

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PELANCARAN PUSPAKOM DI SHAH ALAM SELANGOR-Tarikh Peristiwa pada 28-10-1994

Pada hari ini dalam tahun 1994, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai PUSPAKOM telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam, Selangor. PUSPAKOM yang dimiliki oleh sebuah syarikat swasta iaitu Diversified Resources Berhad (DRB) berjaya mengambil alih perkhidmatan pemeriksaan kenderaan komersial yang sebelum ini dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pusat kenderaan ini merupakan salah satu perkhidmatan Kerajaan yang telah menjalani proses penswastaan.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan percaya dengan penswastaan perkhidmatan ini di mana pemeriksaan kenderaan komersial akan dapat dijalankan dengan lebih efisien dan pantas. PUSPAKOM menjalankan pemeriksaaan ke atas semua jenis kenderaan agar selamat digunakan di jalan raya. Berikutan pelancaran ini, kerajaan berharap imbangan pembangunan di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan dapat membantu membangunkan negara ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
 
PELANCARAN MARDI-Tarikh Peristiwa pada 28-10-1969


Pada hari ini dalam tahun 1969, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein telah merasmikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Ketika berucap pada majlis perasmian tersebut, Tun Abdul Razak menyatakan bahawa pembentukan MARDI, bertujuan untuk menyelaras penyelidikan berkaitan dengan sektor ekonomi pertanian bagi menjamin kemajuan dalam rancangan pertanian di Malaysia. MARDI telah ditubuhkan melalui Akta MARDI yang telah dikuatkuasakan pada 17 Februari 1969.

Antara asas utama penubuhan MARDI ini ialah untuk menyatukan tanggungjawab penyelidikan bagi semua bidang pertanian kecuali kelapa sawit dan getah. Disamping itu juga ia bertujuan untuk membangunkan penyelidikan yang lebih kreatif serta mempromosikan teknologi baru dan yang lebih baik dalam bidang pertanian. Selain itu MARDI juga menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat serta khidmat nasihat berkaitan dengan kajian saintifik, teknikal dan ekonomi secara menyeluruh dalam bidang pertanian. Sesungguhnya, bidang pembangunan pertanian diberi penekanan oleh kerajaan selepas kemerdekaan bertujuan untuk meningkatkan produktiviti serta memaksimumkan pendapatan sektor pertanian.
 
PERASMIAN BANGUNAN BARU DI NEGERI KELANTAN-Tarikh Peristiwa pada 28-10-

Selepas Perang Dunia Kedua keadaan kebun-kebun kecil getah telah menarik perhatian kerajaan untuk dimajukan. Kebanyakan kebun-kebun kecil getah yang terdapat di seluruh negara menghadapi masalah kehabisan kulit torehan. Tambahan pula benih-benih getah yang ditanam oleh pekebun-pekebun kecil terdiri daripada yang kurang bermutu. Menyedari perkara ini kerajaan telah menubuhkan Risda bagi melaksanakan tugas-tugas berhubung dengan semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil ini. Bagi memudahkan pentadbiran dan pengendalaian urusan dengan pekebun-pekebun kecil yang berselerak di seluruh negara. Pejabat-pejabat Wilayah telah diadakan di peringkat negeri. Pada hari ini 28 Oktober 1976 satu lagi pejabat wilayah telah dibuka di Batu 1½ Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.

Menteri Perusahaan Utama Dato’ Musa Hitam telah hadir untuk upacara perasmian tersebut. Beliau telah diberikan sambutan meriah oleh pekebun-pekebun kecil di Negeri Kelantan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Mohamed Nasir. Pejabat Risda Wilayah bertanggungjawab ke atas perancangan dan pengeluaran semua perlaksanaan rancangan dan projek-projek Risda peringkat Negeri, terutama berkaitan dengan pekebun-pekebun kecil. Sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan khas bagi mengendali dan memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada pekebun-pekebun kecil, Risda juga menjalankan usaha-usaha untuk memodenkan sektor pekebun kecil melalui penyelidikan, pembaharuan-pembaharuan, penanaman semula, membekalkan benih yang bermutu, baja, memproses dan memasarkan hasil-hasil getah pekebun kecil.

Menteri Besar Kelantan semasa berucap di majlis yang sama mengingatkan pekebun-pekebun kecil supaya memanfaatkan segala kemudahan dan bantuan yang disalorkan oleh Kerajaan dengan sebaik mungkin, supaya hasil yang akan diperolehi kelak akan lebih menguntungkan. Dengan perasmian bangunan baru ibu pejabat Wilayah Risda di Kelantan, ini akan dapat membantu meningkatkan lagi hasil keluaran getah oleh pekebun-pekebun kecil. Selain dari itu ini bersesuaian juga dengan matlamat dan objektif penubuhan Risda iaitu untuk tuut membangun dan meninggikan taraf sosio-ekoomi pekebun-pekebun kecil getah khasnya.
 
UPACARA METERAI SEMPADAN DI ANTARA SABAH DAN SARAWAK-Tarikh Peristiwa pada 28-10-1983

Pada hari ini 28.10.1983, satu upacara menandatangani perjanjian bersama mengenai sempadan di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah diadakan di Bandar Sempadan-Sindumin. Bandar ini terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Labuan, Sabah. Upacara perjanjian ini telah diwakili oleh Ketua Menteri Datuk Haris Salleh bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah manakala negeri Sarawak diwakili oleh Datuk Patinggi Haji Taib Mahmud. Turut hadir untuk menyaksikan upacara tersebut ialah Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan orang-orang kenamaan kedua-kedua negeri.

Sempena dengan perjanjian tersebut YAB Perdana Menteri mengadakan lawatan ke beberapa buah tempat di Sabah dan Sarawak serta diberi taklimat mengenai projek-projek khas di Labuan, Sabah serta di Lawas dan Limbang di Sarawak. Beliau telah diiringi oleh Datuk Seri Datin Paduka Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Perjanjian sempadan antara kedua buah negeri yang ditandatangani ini adalah untuk membolehkan kedua negeri menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti hospital dan sekolah untuk penduduk-penduduk di sekitar sempadan tersebut. Melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan ini adalah diharapkan semua penduduk Malaysia dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan negara yang telah dicapai selama ini.
 
Back
Top
Log in Register