BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 26/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERJANJIAN PERSAHABATAN JOHOR-RIAU-BELANDA-Tarikh Peristiwa pada 26-11-1818

Pada hari ini dalam tahun 1818, Perjanjian Persahabatan telah ditandatangani antara Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang Sultan Abdul Rahman, Yamtuan Muda Raja Jaafar dan Laksamana Wolterback bagi pihak pemerintah Belanda di Melaka. Perjanjian tersebut bertujuan untuk mewujudkan semula perhubungan persahabatan di antara kedua-dua kerajaan sebelum Melaka diserahkan kembali oleh Inggeris kepada Belanda. Melalui perjanjian tersebut, kerajaan Belanda mengakui bahawa Sultan Abdul Rahman adalah Sultan bagi kerajaan Johor-Riau-Lingga dan Pahang. Perjanjian persahabatan tersebut dibuat setelah Inggeris, melalui wakilnya William Farquhar yang memberitahu Sultan Abdul Rahman bahawa Belanda akan datang menyerang dan seterusnya telah memujuk Raja Jaafar supaya membuat perjanjian dengan Inggeris.

Walau bagaimanapun, Inggeris telah menyerahkan semula Melaka kepada Belanda. Pemerintah Belanda di Melaka juga telah menolak semua tuntutan Inggeris. Yamtuan Muda Raja Jaafar telah menyatakan rasa kesalnya kerana menandatangani perjanjian dengan Inggeris itu lalu mencadangkan supaya satu perjanjian baru dibuat antara kerajaan Riau-Lingga dengan Belanda. Tujuan perjanjian tersebut adalah untuk menjamin keselamatan Riau-Lingga. Sesungguhnya, perjanjian Johor-Riau dan Belanda yang ditandatangani telah dapat menghapuskan rasa curiga di antara kedua-dua belah pihak.
 
KURSUS PEMAKANAN PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 26-11-1956

Pada hari ini dalam tahun 1956, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah merasmikan Kursus Pemakanan yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur. Turut sama pada majlis tersebut ialah Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Encik Leong Yew Koh. Dalam ucapan perasmiannya Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa taraf kesihatan rakyat dalam negara amat dititikberatkan oleh kerajaan di saat-saat menjelang kemerdekaan. Tunku juga menegaskan peri pentingnya mempunyai rakyat yang sihat, agar dapat membantu membangunkan negara yang bakal mencapai kemerdekaan. Kursus yang berlangsung selama lima hari ini telah dihadiri oleh pegawai –pegawai tempatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman mendalam berkaitan dengan masalah kekurangan zat makanan yang dihadapi oleh negara pada ketika itu. Selain daripada itu kursus ini juga diharapkan akan dapat mewujudkan kerjasama antara Jabatan Kerajaan dan badan-badan sukarela bagi memajukan bidang ini. Sesungguhnya kursus yang pertama kali diadakan ini telah membuka laluan kepada anggota masyarakat dan penjawat awam untuk memanfaatkan ilmu kesihatan.
 
PERASMIAN CERAMAH MENGENAI PENGURUSAN KUALITI DI KUALA LUMPUR-Tarikh Peristiwa pada 26-11-1987

Pembangunan negara akan dapat berjalan dengan lancar, jika kita mempunyai pasukan pengurusan yang cekap dan berkualiti. Sebagai usaha menghasilkan sistem pengurusan yang berkualiti bagi memberi kepuasan kepada pelanggan usaha-usaha dijalankan oleh pihak Kerajaan dan swasta menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan dengan pengurusan. Sehubungan dengan itu satu Ceramah Pengurusan Kualiti yang disampaikan oleh Dr. Thomas Barry telah diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 26 November 1987.

Berucap semasa perasmian Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, menjelaskan negara Malaysia yang memasuki pasaran antarabangsa, pesaingan menjadi begitu sengit sekali seperti pengeluaran barang mestilah barangan yang berkualiti. Bagi menembusi pasaran antarabangsa beliau menambah penggubalan dan penyemaian budaya kerja berkualiti tidaklah boleh ditamatkan apabila tiba pada satu matlamat ia adalah sesuatu proses yang berterusan. Hari ini ditambah persaingan dan pasaran global yang semakin membesar kita berhadapan dengan persaingan yang sejagat maka kita perlu menonjolkan yang terbaik di dalam pelbagai perkara, dan yang menjadi asas kejayaan adalah faktor pengurusan yang baik dan berkualiti.
 
Back
Top
Log in Register