eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEMINAR PEMBANGUNAN KEBANGSAAN YANG PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 26-10-1966
Pada hari ini dalam tahun 1966, Seminar Pembangunan Kebangsaan yang pertama telah berlangsung di Kuala Lumpur. Perasmian pembukaan seminar ini telah dilakukan oleh Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Jamil Rais. Seminar yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai jabatan ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan dengan Rancangan Malaysia pertama bagi memantapkan pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas masing-masing agar selari dengan objektif ekonomi negara. Ketika berucap pada majlis tersebut, Tan Sri Jamil menengaskan akan kepentingan jentera kerajaan disusun semula bagi mempercepatkan perubahan dalam bidang sosial dan ekonomi negara agar bersesuaian dengan kehendak rancangan pembangunan dan perlaksanaan Rancangan Malaysia pertama bagi tahun 1966-1970
Antara matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah serta meninggikan taraf ekonomi dan sosial dikalangan rakyat. Sesungguhnya, aspek pembangunan negara merupakan bidang yang diberi keutamaan oleh kerajaan dalam mengisi kemerdekaan yang diperolehi oleh negara.