eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
ORKESTRA SIMFONI KEM MUZIK KEBANGSAAN PERTAMA MALAYSIA 1977-Tarikh Peristiwa pada 23-12-1977
Pada hari ini dalam tahun 1977, Orkestra Simfoni Kem Muzik Kebangsaan Pertama Malaysia telah diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kem Muzik Kebangsaan tersebut diadakan hasil daripada inspirasi beberapa orang pencinta muzik yang berkaliber bagi menggalak dan mengembangkan seni muzik terutama di kalangan belia-belia. Datuk Haji Abdul Samad Idris, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam ucapannya telah menyatakan bahawa projek seumpama ini merupakan satu usaha yang baik untuk mengembangkan bakat dan minat pencinta seni muzik orkestra di Malaysia. Lantaran daripada kesedaran inilah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan Kem Muzik tersebut dengan tujuan memupuk membina dan mengukuhkan satu tradisi muzik yang dapat dibanggakan sebagai muzik kebangsaan. Menurut Pengarah Kem Muzik, Encik Abdul Fatah Karim, muzik adalah satu unsur komunikasi yang berupa satu bahasa tanpa kata yang membawa pengertian mendalam kepada pencinta muzik. Sesungguhnya, usaha Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan mengadakan kem muzik seperti ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pencinta muzik yang berbakat untuk menyertai orkestra ini.