BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 23/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
TUANKU ANTAH DIAKUI YAMTUAN SRI MENANTI-Tarikh Peristiwa pada 23-11-1876

Pada hari ini dalam tahun 1876, satu perjanjian telah ditandatangani antara Tuanku Antah dengan Penghulu-penghulu Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir. Dalam perjanjian tersebut Penghulu-penghulu Luak telah menyatakan ikrar taat setia serta memperakukan kedudukan Tuanku Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti adalah sah. Apabila Yamtuan Imam iaitu Yamtuan Sri Menanti mangkat pada tahun 1869, telah berlaku perebutan kuasa di kalangan anak-anak Raja untuk menaiki takhta. Yamtuan Imam meninggalkan seorang putera, Tengku Ahmad Tunggal yang seharusnya mewarisi takhta tersebut. Disebabkan perangainya kurang disenangi, Dato-dato Penghulu Luak dan Orang Empat Istana enggan melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yamtuan. Sebaliknya, mereka telah melantik Tuanku Antah menjadi Yamtuan Sri Menanti.

Walau bagaimanapun, satu peperangan sengit yang dikenali sebagai 'Perang Bukit Putus' telah berlaku. Yamtuan Antah telah dikalahkan dan melarikan diri ke Johor. Melalui perjanjian tersebut, mereka mengakui dan mengesahkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti. Sesungguhnya, perjanjian tersebut telah menamatkan perang saudara di Negeri Sembilan dan penjajah Inggeris berjaya selangkah lagi dalam usahanya menjalankan dasar pecah dan perintah ke atas negeri-negeri Melayu.
 
PROTON TANDATANGANI PERJANJIAN EDAR PROTON DI UNITED KINGDOM-Tarikh Peristiwa pada 23-11-1987

Proton Saga merupakan kereta nasional yang pertama dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 1985. Semenjak mula diperkenalkan sehingga sekarang, ianya telah menjadi kenderaan yang digemari oleh semua golongan masyarakat Malaysia. Untuk meluaskan lagi pasaran kereta proton ke peringkat antarabangsa maka pada hari ini 23 November 1987, Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional Tan Sri Jamil Jan dan Pengerusi Proton Cars (UK) Ltd., Encik David Alan Brown telah menandatangani perjanjian pengedaran kereta Nasional Proton Saga ke United Kingdom, Eire, The Isle of Man dan The Channel Islands. Pada pelancaran awal Proton Saga ke United Kingdom yang dijangka pada bulan Januari 1989, Proton Cars (UK) Ltd akan mengimport 5000 unit saga setahun dan bilangan ini akan ditambah kepada 14000 unit pada akhir tahun kelima. Dalam ucapannya selepas menandatangani perjanjian tersebut Tan Sri Jamil Jan telah berkata bahawa usaha-usaha yang dibuat ini adalah merupakan satu peluang untuk Malaysia memajukan industri yang berasaskan kejuruteraan.

Katanya lagi, selain dari memberikan lebih banyak peluang kepada industri tempatan mengeluarkan komponen bagi kegunaan saga, ia juga akan dapat menawarkan peluang pekerjaan selain dari meluaskan industri kejuruteraan tempatan. Kereta Proton Saga yang akan dieksport ke United Kingdom ialah dalam dua bentuk model dan enam variasi (Sedan dan Sport Sedan). Kereta-kereta tersebut akan diubahsuai untuk mematuhi piawaian keselamatan dan kawalan gas buangan selain dari pemasangan tali keledar di bahagian belakang, reka bentuk lampu dan komponen `trim’ serta sistem kawalan enjen. Sesungguhnya perjanjian pada hari ini akan memberi laluan kepada Malaysia untuk meluaskan lagi perdagangan antarabangsanya. Di samping itu diharapkan program eksport Proton Saga ke U.K. yang menguntungkan ini, akan mendapat sokongan, kerjasama dan dedikasi semua pihak yang terlibat supaya kejayaan akan terhasil dengan jayanya.
 
SYARIKAT MELAYU BELI SYARIKAT BAS INGGERIS YANG BESAR-Tarikh Peristiwa pada 23-11-1959

Usaha untuk mengembangkan perniagaan dan perubahan di kalangan orang-orang Melayu adalah salah satu usaha yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini. Selain daripada itu usaha ini juga untuk mengurangkan pergantungan hidup semata-mata dalam bidang pertanian yang dipusakai dari turun temurun. Pada hari ini 23 Nov. 1959 sebuah syarikat bas Melayu di ibu kota Sri Jaya Transport Company Limited telah membeli dan mengambilalih sebuah syarikat pengangkutan Inggeris `General Transport Company’.

Syarikat General Transport adalah sebuah syarikat yang besar dan telah beroperasi selama 24 tahun di ibu kota. Sementara Syarikat Sri Jaya Transport pula sebuah syarikat yang baru ditubuhkan kira-kira 22 bulan yang lalu. Pembelian syarikat ini mendapat sokongan kerajaan iaitu di bawah Kementerian Pengangkutan. Ini kerana galakkan sentiasa diberikan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat Melayu untuk menceburkan diri dalam bidang pengangkutan. Pembelian ini telah diumumkan serentak oleh Kementerian Pengangkutan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sri Jaya Company, Raja Haji Sahar Shah.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya mengenai pembelian ini menyatakan bahawa ini adalah langkah tegas ke arah perlaksanaan dasar Kerajaan untuk membuka peluang yang lebih luas kepada orang-orang Melayu memasuki lapangan perusahaan pengangkutan jalan raya. Memandangkan Sri Jaya Company adalah syarikat yang seratus peratus dimiliki oleh orang Melayu langkah ini membawa erti yang besar di mana syarikat ini akan menguasai satu perusahaan yang besar. Dengan pembelian ini Syarikat Sri Jaya Company telah menambahkan modalnya daripada RM500,000 kepada RM5 juta dalam bulan Jun tahun ini. Pekerja-pekerjanya juga turut bertambah kepada 750 orang. Syarikat ini juga akan menjual saham-saham syarikatnya kepada orang-orang Melayu yang menjadi rakyat persekutuan tidak lama lagi. Dengan pembelian Syarikat Pengangkutan Inggeris ini Sri Jaya Company telah menjadi syarikat pengangkutan Melayu yang terbesar di persekutuan ketika itu.
 
Hehehe.. ingat lagi bab Bas Sri Jaya nie... warna biru... kompeni nie kat Sentul... bapak aku kerja situ awal penubuhan lagi... tiap kali naik bas free jer... selalu aku g nengok bapak aku kerja susun duit kat opis dia.. kalau g makan pegi kat kedai minang kat simpang depan depoh bas tu, dari aku blum skolah sampai ari nie aku makan kat kedai minang tu.. lauk daging cincang dia mmg kelas A punya...
 
Back
Top
Log in Register