BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 23/09

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SULTAN MELAKA DAN ROMBONGANNYA MENGUNJUNGI MAHARAJA CHINA-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1419

Pada hari ini dalam tahun 1419, rombongan Sultan Melaka iaitu Megat Iskandar Shah atau Parameswara telah mengunjungi Maharaja China di Peking. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memaklumkan Maharaja China tentang pencerobohan dan ancaman Siam ke atas Melaka dengan harapan China dapat memerintahkan Siam memberhentikan tindakan tersebut. Hubungan erat di antara China dan Melaka bermula apabila Parameswara menyambut baik kunjungan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403. Sebagai tanda persahabatan, Parameswara telah menghantar utusannya ke China. Sebagai tanda rasmi persahabatan tersebut, Maharaja China telah mengurniakan sebuah cop mohor, pakaian sutera dan sekaki payung kuning kepada Parameswara. Parameswara telah berangkat ke Melaka pertama kalinya pada 1411. Dengan jaminan daripada kerajaan China, Parameswara telah mula menumpukan usaha untuk memajukan Melaka. Namun, dengan perkembangan yang pesat ini, Siam kembali mengancam Melaka. Berikutan itu Parameswara berkunjung sekali lagi pada tahun 1419. Hasil dari lawatan tersebut, China telah mengeluarkan perintahnya dan Siam tidak lagi menceroboh Melaka. Semenjak daripada itu, Melaka semakin berkembang pesat dan menjadi pusat perdagangan yang penting di era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
 
ingatkan sejarah eboss nak wat puasanam td:eek:
 
bagus tul la eboss nie...anyway good info...
 
PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN WORLD HEALTH ORGANISATION (WHO) MENGENAI PENUBUHAN SEKRETARIAT PUSAT LATIHAN MALARIA DI PERINGKAT ASIA-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1981


Pengawalan penyakit Malaria di negara kita bukanlah satu perkara baru. Kerajaan telah memulakan program ini seawal-awal tahun 1960an lagi dengan bantuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada hari ini pada 23 September 1981 satu lagi Perjanjian telah ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan WHO. Perjanjian kali ini adalah mengenai penubuhan sebuah sekretariat untuk mengendalikan program latihan mengenai Malaria bagi rantau Asia. Kepercayaan yang diberikan oleh WHO kepada Malaysia untuk menjadi sekretariat amat dihargai. Ini kerana Malaysia telah menjalankan usaha-usaha pembasmian Malaria sejak tahun 1960 apabila satu projek permulaan yang dinamakan `Malaria Eradication Pilot Project' (1960-1964) dengan kerjasama WHO telah dimulakan di negara ini. Projek ini telah berjaya dilaksanakan dan diteruskan dengan Malaria Pre-Eradication Programme (1964-1966)’. Berikutan dengan itu satu Bahagian mengenai Malaria telah ditubuhkan di Kementerian Kesihatan bagi mempastikan rancangan-rancangan pembasmian Malaria dapat diteruskan dan mencapai matlamatnya.

Perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan WHO pada hari ini adalah sebahagian daripada rancangan-rancangan bantuan WHO untuk Malaysia dan negara-negara dunia ketiga dikawasan Asia ini dalam menangani masalah Malaria. Perjanjian terdahulu yang ditandatangani pada 20 November 1960 dengan pindaan pada 4 September 1964 telah menggariskan asas-asas hubungan kerjasama di antara Kerajaan dan WHO mengenai masalah Malaria.

Perjanjian yang ditandatangani pada hari ini pula adalah untuk mengukuhkan hubungan-hubungan yang sedia ada, terutama di bidang kepakaran dan teknikal. Selain dari itu soal-soal menyediakan tenaga pakar, menyedarkan penduduk dan membantu mereka mengatasi masalah penyakit ini juga diberikan perhatian utama. Sekretariat yang akan ditubuhkan melalui perjanjian pada hari ini akan bertanggungjawab untuk; menilai program-program latihan dan rancangan-racangan pembasmian Malaria oleh institusi-institusi atau agensi yang terlibat; menyediakan rancangan latihan lima tahun untuk rantau ini berdasarkan keperluan negara-negara tersebut; menentukan mekanisma-mekanisma latihan dan penyelidikan yang sesuai.

Perjanjian ini juga menyentuh mengenai aktiviti, pentadbiran serta komitmen WHO dan Kerajaan Malaysia dalam penubuhan sekretariat ini. Perjanjian yang ditandatangani oleh wakil WHO bagi Asia, Hiroshi Nakajima dan Datuk Wong Yoke Meng, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, pada hari ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam Rancangan Pembasmian Malaria bagi Malaysia dan negara-negara serantau.
 
ROMBONGAN SULTAN MELAKA MENGUNJUNGI MAHARAJA CHINA-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1419

Pada hari ini dalam tahun 1419, rombongan Sultan Melaka telah mengunjungi Maharaja China di Peking. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua bagi Megat Iskandar Shah atau Parameswara ke negeri tersebut. Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk memberitahu Maharaja China tentang pencerobohan dan ancaman Siam ke atas Melaka. Di samping meminta supaya negeri China memerintahkan Siam memberhentikan pencerobohan tersebut. Sebenarnya sejak sebelum pembukaan Melaka lagi Siam dan Majapahit sama-sama mendakwa menguasai Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu Siam lebih ketara mengancam keselamatan Melaka sejak pembukaannya.

Oleh itu apabila Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dalam tahun 1403 kunjungan tersebut disambut baik oleh Parameswara. Kunjungan ini juga merupakan detik permulaan hubungan antara negeri China dengan Melaka. Hubungan ini dieratkan lagi dengan kunjungan utusan Parameswara ke negeri China dalam tahun 1405. Dalam kunjungan ini negeri China mengakui secara rasmi bersahabat dengan Melaka. Di samping itu, Maharaja China mengurniakan sebuah cap mohor, pakaian dari sutera dan sekaki payung kuning kepada Parameswara.

Buat pertama kalinya, dalam tahun 1411, Parameswara bersama kerabat dan pembesarnya telah berangkat ke negeri China. Lawatan ini juga merupakan sebagai amaran kepada Siam. Dengan jaminan ini, Parameswara mula menumpukan usaha memajukan Melaka untuk menjadikannya sebuah pusat perdagangan. Usaha ini menampakkan hasil kerana kedudukan Melaka yang strategik dari segi ilmu alam. Memandangkan Melaka berkembang dengan pesatnya Siam kembali mengancam semula. Oleh itu pada hari ini dalam tahun 1419, Parameswara sekali lagi berangkat ke negeri China dengan memakai gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam. Hasil dari lawatan tersebut China telah mengeluarkan perintahnya dan Siam tidak lagi menceroboh Melaka.

Semenjak dari itu Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang penting dan mencatatkan sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
 
PEMBUKAAN PENGKALAN FERI DI PULAU PINANG-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1959


Pada hari ini 23.9.1959, dua buah Pengkalan Feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth. Perkhidmatan Feri merupakan projek pertama yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memandangkan betapa pentingnya perhubungan, terutamanya perdagangan ditingkatkan di antara Pulau itu dengan tanah besar.

Pada tahun 1957 perkhidmatan feri 'Pulau Pinang' mula dilancarkan iaitu feri penumpang dan pembawa kenderaan jenis besar di samping feri-feri lama. Namun begitu perkhidmatan ketika itu masih lagi tidak dapat menampung keperluan orang ramai untuk perjalanan ulang-alik dari Pulau Pinang ke Butterworth dan sebaliknya. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mula menjalankan usaha memperbaiki perkhidmatan feri untuk memberi kemudahan kepada penumpang-penumpang dan kenderaan. Untuk tujuan tersebut pada awal tahun 1959 empat buah feri iaitu feri-feri Pulau Aman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman telah memulakan perkhidmatannya.

Dan pada hari ini dalam tahun 1959 dua buah pengkalan feri iaitu Pengkalan Raja Tun Uda dan Pengkalan Sultan Abdul Halim telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan sempurna. Kedua-dua pengkalan tersebut memulakan perkhidmatannya pada 1 Oktober 1959. Dalam ucapan perasmiannya YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memaklumkan bahawa beliau menamakan pengkalan baru Pulau Pinang dengan nama Raja Tun Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah untuk menghormati dan menghargai perkhidmatan beliau yang cemerlang di Pulau Pinang, manakala pengkalan baru di Butterworth dinamakan Pengkalan Sultan Abdul Halim adalah sempena mengambil nama Baginda Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah. Dari segi sejarah, Pulau Pinang dan Seberang Perai pada asalnya, sebelum dirampas oleh penjajah Inggeris adalah hak dan jajahan Negeri Kedah dan dengan itu adalah kena pada haknya dinamakan pengkalan itu kepada nama Baginda Sultan.

Sesungguhnya dengan pembukaan dua buah pengkalan tersebut pada hari ini dalam tahun 1959, diharap akan dapat meningkatkan lagi ekonomi dan perdagangan kedua-dua pengkalan tersebut di samping memberi kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan sempurna kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya.
 
PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN KELAB GOLF NEGARA

Pada hari ini 23.09.1971, telah berlangsung satu upacara pembukaan rasmi Bangunan Kelab Golf Negara Subang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah. Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dalam perutusannya sempena perasmian kelab tersebut menyatakan bahawa para peminat golf negara sungguh bertuah kerana berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan di kelab itu. Beliau yakin kemudahan yang diberikan akan meluaskan lagi minat di samping meningkatkan taraf permainan para peminat golf negara sehingga mencapai taraf antarabangsa. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Yang Di Pertua Kelab Golf Negara Subang dalam perutusan sempena majlis ini pula menyatakan bahawa pembukaan kelab ini dapat menyediakan dua kemudahan iaitu:

mengadakan ‘Green Lung’ bagi penduduk Petaling Jaya dan sekitarnya kerana kelab ini terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Batu Tiga.
Ia dapat menggalakkan perkembangan sukan golf di kalangan masyarakat golongan menengah.
 
pada hari ini 23/9 jam 5:07am genap 27 tahun 4 bulan aku hidup didunia ini.jap g je. :p
 
PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN WORLD HEALTH ORGANISATION (WHO) MENGENAI PENUBUHAN SEKRETARIAT PUSAT LATIHAN MALARIA DI PERINGKAT ASIA-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1981


Pengawalan penyakit Malaria di negara kita bukanlah satu perkara baru. Kerajaan telah memulakan program ini seawal-awal tahun 1960an lagi dengan bantuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada hari ini pada 23 September 1981 satu lagi Perjanjian telah ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan WHO. Perjanjian kali ini adalah mengenai penubuhan sebuah sekretariat untuk mengendalikan program latihan mengenai Malaria bagi rantau Asia. Kepercayaan yang diberikan oleh WHO kepada Malaysia untuk menjadi sekretariat amat dihargai. Ini kerana Malaysia telah menjalankan usaha-usaha pembasmian Malaria sejak tahun 1960 apabila satu projek permulaan yang dinamakan `Malaria Eradication Pilot Project' (1960-1964) dengan kerjasama WHO telah dimulakan di negara ini. Projek ini telah berjaya dilaksanakan dan diteruskan dengan Malaria Pre-Eradication Programme (1964-1966)’. Berikutan dengan itu satu Bahagian mengenai Malaria telah ditubuhkan di Kementerian Kesihatan bagi mempastikan rancangan-rancangan pembasmian Malaria dapat diteruskan dan mencapai matlamatnya.

Perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan WHO pada hari ini adalah sebahagian daripada rancangan-rancangan bantuan WHO untuk Malaysia dan negara-negara dunia ketiga dikawasan Asia ini dalam menangani masalah Malaria. Perjanjian terdahulu yang ditandatangani pada 20 November 1960 dengan pindaan pada 4 September 1964 telah menggariskan asas-asas hubungan kerjasama di antara Kerajaan dan WHO mengenai masalah Malaria.

Perjanjian yang ditandatangani pada hari ini pula adalah untuk mengukuhkan hubungan-hubungan yang sedia ada, terutama di bidang kepakaran dan teknikal. Selain dari itu soal-soal menyediakan tenaga pakar, menyedarkan penduduk dan membantu mereka mengatasi masalah penyakit ini juga diberikan perhatian utama. Sekretariat yang akan ditubuhkan melalui perjanjian pada hari ini akan bertanggungjawab untuk; menilai program-program latihan dan rancangan-racangan pembasmian Malaria oleh institusi-institusi atau agensi yang terlibat; menyediakan rancangan latihan lima tahun untuk rantau ini berdasarkan keperluan negara-negara tersebut; menentukan mekanisma-mekanisma latihan dan penyelidikan yang sesuai.

Perjanjian ini juga menyentuh mengenai aktiviti, pentadbiran serta komitmen WHO dan Kerajaan Malaysia dalam penubuhan sekretariat ini. Perjanjian yang ditandatangani oleh wakil WHO bagi Asia, Hiroshi Nakajima dan Datuk Wong Yoke Meng, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, pada hari ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam Rancangan Pembasmian Malaria bagi Malaysia dan negara-negara serantau.

perjanjian malaria.... ooo.....
 
Back
Top
Log in Register