eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
NORDIN TERIMA ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA-Tarikh Peristiwa pada 19-12-1993
Pada hari ini dalam tahun 1993, Penulis dan Pengarah drama teater, Nordin Hassan, telah menerima Anugerah Sastera Negara. Anugerah yang berupa wang tunai RM30 000, sijil penghargaan dan sepasang persalinan lengkap baju Melayu kain songket itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong di Bangunan Parlimen. Beliau juga telah diberi kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan dan dan juga kemudahan yang lain. Penganugerahan Nordin telah memecahkan monopoli kumpulan penulis novel, cerpen dan puisi yang selama ini menguasai anugerah tersebut. Enam penerima sebelum ini iaitu Kris Mas, Usman Awang, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arenawati dan Muhammad Salleh adalah daripada kumpulan tersebut. Nordin yang pernah memenangi SEA Write Award daripada kerajaan Thailand pada tahun 1987, turut bergiat dalam bidang teater sejak 1953. Antara dramanya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah Tiang Seri Tegak Berlima, Anak Tanjung, Jangan Bunuh Rama-rama dan Cindai. Sesungguhnya, penganugerahan sasterawan negara kepada Nordin Hasssan telah menjadi sumber inspirasi kepada sasterawan-sasterawan yang lain untuk lebih bersemangat menyumbang bakti kepada negara.