eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KERAJAAN TERENGGANU MEWARTAKAN PASIR PETASIH DAN TEMIR DI MUKIM TEMANGGUL, HULU TERENGGANU SEBAGAI KAWASAN PELINDUNGAN BAGI TUNTUNG-Tarikh Peristiwa pada 18-12-1987
Pada hari ini dalam tahun 1987, Kerajaan Terengganu telah menguatkuasakan Enakmen Penyu 1951 bagi melindungi tuntung dan telur-telurnya. Kawasan yang diwartakan itu meliputi kawasan Pasir Petasih dan Temir di dalam Mukim Jenagor dan Pasir Lubuk Kawah di Mukim Temanggul, Hulu Terengganu. Bagi menguatkuasakan undang-undang ini, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Haiwan telah melantik beberapa kakitangan sebagai Pegawai Pelesenan yang akan menguatkuasa peruntukan-peruntukan di bawah enakmen tersebut. Terengganu merupakan negeri kedua selepas Perak yang menjalankan kerja-kerja pemeliharaan tuntung. Sebanyak 36 biji telur tuntung untuk kumpulan pertama telah dieram secara tiruan pada tahun 1976. Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi menambah jumlah populasi ini ialah penentasan tiruan, pemeliharaan anak tuntung hingga ke umur setahun, pemeliharaan tuntung dewasa dalam kurungan dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan serta meluaskan kerja pemeliharaan ke sungai-sungai lain.. Sesungguhnya, langkah-langkah yang dijalankan tersebut telah mendapat kerjasama daripada pihak Kerajaan dan penduduk setempat dalam usaha mengawal spesis yang semakin berkurangan di negara ini.