BTC USD 57,195.8 Gold USD 1,778.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-17/12

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KERAJAAN TERENGGANU MEWARTAKAN PASIR PETASIH DAN TEMIR DI MUKIM TEMANGGUL, HULU TERENGGANU SEBAGAI KAWASAN PELINDUNGAN BAGI TUNTUNG-Tarikh Peristiwa pada 18-12-1987

Pada hari ini dalam tahun 1987, Kerajaan Terengganu telah menguatkuasakan Enakmen Penyu 1951 bagi melindungi tuntung dan telur-telurnya. Kawasan yang diwartakan itu meliputi kawasan Pasir Petasih dan Temir di dalam Mukim Jenagor dan Pasir Lubuk Kawah di Mukim Temanggul, Hulu Terengganu. Bagi menguatkuasakan undang-undang ini, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Haiwan telah melantik beberapa kakitangan sebagai Pegawai Pelesenan yang akan menguatkuasa peruntukan-peruntukan di bawah enakmen tersebut. Terengganu merupakan negeri kedua selepas Perak yang menjalankan kerja-kerja pemeliharaan tuntung. Sebanyak 36 biji telur tuntung untuk kumpulan pertama telah dieram secara tiruan pada tahun 1976. Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi menambah jumlah populasi ini ialah penentasan tiruan, pemeliharaan anak tuntung hingga ke umur setahun, pemeliharaan tuntung dewasa dalam kurungan dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan serta meluaskan kerja pemeliharaan ke sungai-sungai lain.. Sesungguhnya, langkah-langkah yang dijalankan tersebut telah mendapat kerjasama daripada pihak Kerajaan dan penduduk setempat dalam usaha mengawal spesis yang semakin berkurangan di negara ini.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PERASMIAN PERTEMUAN DUNIA MELAYU 1982 -Tarikh Peristiwa pada 18-12-1982

Pada hari ini dalam tahun 1982, Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Pertemuan Dunia Melayu 1982 bertempat di Maktab Perguruan Melayu, Melaka. Pertemuan ini merupakan anjuran secara bersama oleh Kerajaan Negeri Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengingatkan umat Melayu supaya jangan memporakperandakan suasana politik dengan mengapi-apikan nasionalisme Melayu sempit untuk mewujudkan 'Dunia Melayu' sebagaimana dalam sejarah dahulu kala. Beliau juga menyeru supaya orang-orang Melayu untuk mengubah nasib serta memikul tanggungjawab untuk memelihara warisan Melayu sebagai warisan peradaban masyarakat dunia yang progresif. Pertemuan bersejarah ini disertai oleh lebih 500 orang para sarjana, penulis dan budayawan Dunia Melayu termasuklah dari Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei dan Sri Lanka. Lanjutan daripada itu, pada 3 April 1987 sebuah buku ‘Pertemuan Dunia Melayu 1982’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang merupakan kumpulan kertas kerja pertemuan tersebut telah dilancar oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Makan Malam GAPENA-ESSO.
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN KETIGA-Tarikh Peristiwa pada 18-12-1990

Pada hari ini 18.12.1990 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Abdul Hamid bin Othman telah merasmikan Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan yang Ketiga, bertempat di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Seminar tersebut telah dihadiri oleh tokoh-tokoh pengajian Islam tempatan dan luar negara. Matlamat utama Seminar itu diadakan ialah untuk membincangkan peranan dan sumbangan imam Al-Nawawi kepada perkembangan dan pembangunan ilmu dan pemikiran Islam di seluruh dunia. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan di seminar tersebut. Di antaranya ialah Kertas Kerja yang disediakan oleh Profesor Madya Abdul Hayei Abd. Syukur mengenai kitab syarh muslim.

Kertas kerja itu membentangkan metod Imam AlNawawi dan menyarankan supaya kitab berkenaan dijadikan bahan rujukan utama untuk pelajar-pelajar di peringkat tinggi, di mana akan membolehkan mereka lebih arif dengan sumber-sumber yang dapat memberikan maklumat dan ilmu Islam yang ringkas, tepat dan betul. Dalam ucapannya Dato' Dr. Abdul Hamid berkata bahawa cendekiawan- cendekiawan Islam di negara ini perlu meningkatkan usaha untuk membetulkan salah faham mengenai pendidikan Islam dan sekular di kalangan umat Islam. Kedua-dua sistem itu perlu didekatkan untuk kebaikan semua umat Islam. Sesungguhnya seminar pemikiran Islam peringkat kebangsaan yang diadakan pada hari ini, diharap akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan umat Islam di negara ini.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register