BTC USD 84,702.2 Gold USD 4,303.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 17/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERASMIAN SALURAN DUA DAN BANGUNAN TELEVISYEN MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 17-11-1969

Pada hari ini dalam tahun 1969, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan saluran kedua dan Bangunan Televisyen Malaysia, Angkasapuri. Bangunan yang terletak di atas kawasan seluas 33 ekar ini telah dibina dengan kos sebanyak $ 14.5 juta. Ketika berucap pada majlis perasmian tersebut, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa Bahasa Malaysia akan digunakan secara luas dalam rancangan-rancangan televisyen. Beliau juga menyatakan harapan agar dengan adanya saluran kedua ini, Televisyen Malaysia akan dapat memajukan program-program yang boleh membangkitkan perasaan nasional, bersemangat dan muhibbah di antara penduduk Malaysia. Menteri Penerangan dan penyiaran, Encik Hamzah bin Dato Abu Samah pula menegaskan bahawa projek Sebaran Am iaitu Radio dan Televisyen yang telah menelan perbelanjaan kerajaan yang paling tinggi ini sebenarnya memberi faedah yang besar kepada negara.

Beliau juga menyatakan bahawa saluran kedua akan membuat lebih banyak siaran bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan serta langkah-langkah sedang di ambil untuk meluaskan siaran Televisyen Malaysia ke kawasan-kawasan yang masih belum menikmati siaran Televisyen dengan seberapa segera. Sesungguhnya Televisyen Malaysia memikul tanggungjawab yang besar dalam usaha kerajaan mewujudkan perpaduan negara.
 
PERAYAAN 100 TAHUN BANDAR TAIPING, PERAK-Tarikh Peristiwa pada 17-11-1974

Sempena dengan sambutan Perayaan 100 Tahun Bandar Taiping pelbagai program telah diadakan. Di antara program yang telah diatur semasa perayaan ini ialah peletakan Batu Asas Dewan Bandaran Taiping oleh Tun Abdul Razak. Perletakan Batu Asas gelanggang Roller Skating di Taman Tasik oleh Menteri Besar, Perak, Tan Sri Mohamed Ghazali b. Haji Jawi. Bandar ini diisytiharkan dengan nama Taiping dalam bulan April 1874 sebaik sahaja selesai sidang damai yang mengakhiri Perang Larut yang telah diadakan di Pulau Pangkor. Sebelum ini ia dikenali dengan nama Klian Pauh.

Majlis Pelancaran sambutan ini diadakan dari 18-21 November telah dirasmikan oleh Sultan Perak di Padang Explanade pada 17 November 1974. Turut hadir di Majlis ini Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Toh Puan Hajah Rahah, dan Menteri Besar Perak, Tan Sri Haji Mohamed Ghazali Jawi. Perkembangan sejarah awal Taiping ini dikaitkan dengan perlombongan bijih timah di Daerah Larut oleh seorang Pembesar yang bernama Long Jaafar. Dari sini bermula perkembangan bandar Klian Pauh sehingga hari ini perkembangan semakin pesat. Pembangunan di Taiping hari ini semakin pesat kesan daripada perkembangan awal Taiping lebih daripada 100 tahun lalu.
 
MUZIUM NEGARA TERIMA MERIAM BESI DARI MMC (MALAYSIA MINING CORPORATION BERHAD)-Tarikh Peristiwa pada 17-11-1983

Muzium Negara merupakan Jabatan Kerajaan yang menyebarkan pengetahuan kepada orang ramai mengenai sejarah, kebudayaan dan kehidupan alam semulajadi negara melalui pameran dan penerbitan. Pelbagai pameran tetap di pamerkan di balai pameran muzium termasuk pameran sementara dan bergerak. Selaras dengan objektifnya iaitu untuk mencari dan mendapatkan bahan-bahan bersejarah negara maka pada hari ini 17.11.1983 Jabatan Muzium Negara dengan rasminya telah menerima sepucuk meriam besi berusia hampir seratus tahun yang dijumpai oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat perlombongan di Selangor.

Upacara penyerahan meriam tersebut telah dilakukan oleh Pengarah Eksekutif Malaysia Mining Corporation (MMC), Encik Mohd. Desa Pachi kepada Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Shahrum Yub, bertempat di kawasan berhampiran pintu masuk menghala ke jalan raya baru Muzium Negara, Kuala Lumpur. Meriam besi berukuran 76 sentimeter itu telah dijumpai pada tahun 1970, terletak di Sungai Selangor kira-kira 72 kilometer dari Kuala Selangor berhampiran Pekan Rasa oleh pekerja-pekerja lombong Syarikat Southern Kinta Consolidated Ltd. Meriam itu kemudiannya di bawa ke pejabat Berjuntai Tin Mine dan diletakkan di hadapan Bangunan Pejabat Lombong itu sebelum diserahkan oleh pihak MMC kepada Muzium Negara.

Adalah dipercayai meriam tersebut telah digunakan ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad (1859-1898), di mana baginda memerintahkan anaknya Raja Musa, mengawal Daerah Lembah Sungai Selangor, yang terdapat banyak kawasan lombong bijih timah. Kemungkinan meriam itu juga digunakan untuk mempertahankan serangan musuh dari mencerobohi kawasan lombong bijih timah ataupun digunakan di dalam kapal ketika mengangkat bijih timah ke Kuala Selangor.

Dalam ucapan penyerahan tersebut Datuk Shahrum Yub berkata bahawa pihaknya mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang menyerahkan sebarang jenis hasil purba jumpaan mereka untuk dipamerkan kepada pelawat-pelawat muzium itu. Sesungguhnya dengan penyerahan meriam besi kepada pihak muzium, diharap generasi hari ini akan dapat bersama-sama menyaksikan keunikan bahan purba tersebut di samping dapat menimbulkan rasa kesedaran tentang betapa pentingnya bahan-bahan sejarah tanah air di pelihara dan dihargai bersama.
 
PENAMAAN BANDAR SATELIT DI KOTA KINABALU, SEBAGAI 'LEKAS JAYA'-Tarikh Peristiwa pada 17-11-1981

Pada hari ini 17.11.1981, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menamakan sebuah bandar satelit di Kota Kinabalu dengan nama 'Lekas Jaya'. Bandar satelit 'Lekas Jaya' terletak di kawasan Likas dan bersempena dengan nama Likas itulah bandar satelit ini telah dinamakan bandar 'Lekas Jaya'. Perdana Menteri berharap projek pembinaan bandar satelit Lekas Jaya akan berjaya dengan secepat munkin pembinaannya dan akan membuka peluang pekerjaan, urusan perniagaan dan juga tempat kediaman bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga rakyat seluruhnya. Adalah menjadi harapan semua supaya pembinaan bandar satelit Lekas Jaya berjalan mengikut perancangannya dan akan menjadi sebuah bandar termoden walaupun tidak diseluruh dunia sekurang-kurangnya di negara kita Malaysia.
 
hari ni dalam sejarah jugak....ulang tahun pernikahan aku...hheheheh (rasa cam baru nikah jer....
 
Back
Top
Log in Register