BTC USD 54,409.9 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-15/12

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI, PULAU PINANG-Tarikh Peristiwa pada 15-12-1976

Pada hari ini dalam tahun 1976, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan Bil. 717 tahun 1976. Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah cantuman daripada tiga buah Majlis Daerah di Seberang Perai iaitu Majlis Daerah, Daerah Tengah, Daerah Utara dan Daerah Selatan. Majlis tersebut ditadbirkan oleh Yang Di Pertua dan 24 orang Ahli Majlis yang kesemuanya dilantik oleh Pihak berkuasa Negeri. Objektif penubuhan Majlis adalah untuk memelihara alam sekitar dan ekologi serta memastikan pembangunan yang rasional melalui perancangan dan pembangunan. Selain daripada itu, objektif penubuhan majlis tersebut adalah termasuk menyediakan kemudahan kesihatan awam yang perlu melalui penguatkuasaan berbagai undang-undang kecil, memberi perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam dengan cara menyediakan perkhidmatan bas dan membantu di dalam penyediaan rumah-rumah untuk rakyat. Majlis Perbadanan Seberang Perai terdiri daripada sembilan Jabatan iaitu Jabatan Urusetia, Undang-undang, Perbendaharaan, Kesihatan, Haiwan, Bangunan, Jabatan Perancang Bandar, Taksiran dan Jabatan Kejuruteraan. Sesungguhnya, penubuhan Majlis Perbadanan Seberang Perai telah memberi kemudahan untuk pembangunan masyarakat dalam mencapai objektif negara.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
TUNKU ABDUL RAHMAN MERASMIKAN KONGRES KERJASAMA -Tarikh Peristiwa pada 15-12-1966

Pada hari ini dalam tahun 1966, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah merasmikan Kongres Kerjasama yang telah berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ketika berucap pada upacara perasmian tersebut Tunku menyatakan bahawa pendekatan terbaik untuk menggalakkan penyertaan dan kemajuan kaum Bumiputera dalam bidang ekonomi ialah melalui Syarikat-Syarikat Kerjasama yang diwujudkan. Ini kerana melalui Syarikat-Syarikat Kerjasama kontrak-kontrak besar dapat diagih-agihkan kepada mereka. Kongres yang diadakan ini telah membangkitkan beberapa perkara penting berkaitan dengan cadangan penubuhan Persatuan Kerjasama Kebangsaan yang akan mengabungkan lebih daripada 3000 buah Syarikat Kerjasama yang terdapat di bandar dan luar bandar. Kongres ini juga telah mencadangkan kepada penubuhan sebuah Bank Kerjasama. Sesungguhnya, Kongres Kerjasama yang diadakan ini telah dapat membantu meningkatkan lagi tahap ekonomi bumiputera dan menggalakkan penyertaan lebih ramai lagi kaum Bumiputera mencebur diri dalam syarikat-syarikat kerjasama.
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
SEMINAR PEMBANTU KHIDMAT PELADANG DI SERDANG, SELANGOR-Tarikh Peristiwa pada 15-12-1982

Pada hari ini 15.12.1982 Timbalan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Haji Ahmad Arshad telah merasmikan Seminar Pembantu Khidmat Peladang bertempat di Serdang, Selangor.
Seminar tersebut telah dihadiri oleh 60 orang peserta dari LPP seluruh negara. Di antara beberapa matlamat utama Seminar Pembantu Khidmat Peladang adalah seperti berikut:-

Menggalakan kaum tani menjadi ahli mana-mana Pertubuhan Peladang Tempatan

Untuk memajukan ekonomi masyarakat peladang

Untuk meninggikan pengeluaran dan pendapatan mereka

Untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki taraf hidup mereka
Menggalakan kerjasama antara peladang

Dalam Seminar tersebut Datuk Haji Ahmad Arshad telah membuat kenyataan bahawa LPP telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan untuk mengatur rancangan jangka pendek termasuk kempen-kempen bagi menarik lebih ramai ahli memasuki pertubuhan itu. Di antara anggota -anggota jawatankuasa itu terdiri daripada orang-orang yang berpengaruh termasuk ahli Exco Pertanian dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Seterusnya beliau berkata, setakat ini hanya 45 peratus kalangan petani di seluruh negara yang menyertai persatuan-persatuan peladang dan hanya 10 peratus dari mereka sahaja yang terlibat secara aktif. Para petani yang menyertai mana-mana persatuan peladang adalah lebih tinggi dari segi pencapaian sosial dan ekonomi mereka. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh LPP di antaranya mencari satu teknik pendekatan baru, sumber ilham yang baru, motivasi dan lain-lain untuk meningkatkan taraf hidup petani-petani khususnya ahli-ahli persatuan peladang. Seminar yang diadakan pada hari ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada para petani supaya menjadi ahli persatuan peladang yang berwawasan demi untuk mengurangkan jurang perbezaan hidup di kalangan petani.
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA BELANDA DENGAN SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH DITANDATANGANI-Tarikh Peristiwa pada 15-12-1653

Pada hari ini 15.12.1653, satu Perjanjian Perdagangan di antara Belanda yang diwakili oleh Joan Trujiman dengan Sultan Perak, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah ditandatangani. Perjanjian Perdagangan seperti ini pernah dibuat di antara Belanda dengan Sultan Perak sebelumnya. Almarhum Sultan Muzaffar Shah II dalam tahun 1650. Perjanjian ini dibuat ketika negeri Perak masih lagi diawasi oleh pihak Belanda. Pihak Belanda telah menuntut gantirugi daripada Sultan Mahmud Iskandar Shah kerana dalam tahun 1651, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II, orang-orang Perak telah membinasakan loji-loji Belanda di Kuala Perak. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hanya pihak Belanda sahaja dibenarkan membeli bijih timah di Perak. Walaubagaimanapun orang-orang Perak tidak pernah menepati perjanjian tersebut. Mereka masih menjual bijih timah kepada saudagar-saudagar bangsa lain dengan mendapat harga yang lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan perniagaan Belanda terganggu dan merosot. Pihak Belanda terpaksa meninggalkan loji-loji perniagaan mereka di Kuala Perak dan seterusnya telah menyekat dan mengepung Kuala-kuala sungai dan perairan laut di sepanjang pantai Perak dengan tujuan untuk menyekat saudagar-saudagar bangsa lain datang membeli bijih timah di Perak. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga orang-orang Belanda telah menduduki Pulau Pangkor dan membina sebuah kota di Teluk Gedung bertentangan dengan pantai Teluk Muruk.

Pihak Belanda berharap dengan adanya kota yang kuat mereka akan dapat mengawal urusan perniagaan di perairan Perak. Tetapi dalam tahun 1690 orang-orang Perak dengan diketahui oleh Panglima Kulub telah menyerang kota Belanda di Teluk Gedung dan berjaya mengusir orang-orang Belanda dari kota tersebut. Perjanjian demi perjanjian diadakan di antara Belanda dengan negeri Perak, tetapi orang-orang Perak masih enggan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Begitu juga dengan perjanjian perdagangan di antara Belanda dengan Sultan Mahmud Shah yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1653, telah tidak mendatangkan apa-apa kesan faedah.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register