Hari Ini Dalam Sejarah-15/01

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN IBU PEJABAT LUTH-Tarikh Peristiwa pada 15-01-1982

Pada hari ini dalam tahun 1982, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, telah meletakkan batu asas bangunan Ibu Pejabat Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Di dalam ucapannya YAB Perdana Menteri, menyatakan bahawa dengan pembinaan bangunan ini, menandakan satu kemajuan yang telah dicapai oleh LUTH sejak penubuhannya pada awal tahun 60-an serta menjadi lambang kepada ketelitian dan kededikasian pengurusan LUTH sehingga dapat membawa institusi ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Bangunan yang mendapat sentuhan arkitek terkenal Hijaz Kasturi ini telah dibina di kawasan seluas 600 000 kaki persegi dengan konsep binaan bangunan yang bulat tinggi dan tirus di bahagian tengah serta berbentuk kembang ke bawah. Binaan ini bertujuan mendapatkan ruang yang lebih untuk melicinkan pergerakan kenderaan, sementara binaan kembang di bahagian atas pula adalah untuk mengimbangi seluruh bentuk bangunan di samping menimbulkan kehebatan binaannya. Bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya pada 19 September 1985 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI) PERKENALKAN PENEMUAN BARU KACANG TANAH JENIS MKT1-Tarikh Peristiwa pada 15-01-1991

Pada hari ini dalam tahun 1991, Timbalan Ketua Pengarah MARDI Bahagian Komoditi, Dr. Saharan Haji Awang telah mengisytiharkan satu penemuan baru kacang tanah yang diberi nama `MARDI Kacang Tanah Satu’ (MKT1) bertempat di Stesen MARDI Serdang Selangor. Penemuan kacang tanah jenis MKT1 itu adalah hasil penyelidikan 3 orang Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kacang Tanah Sedunia, di India. Pegawai-pegawai penyelidikan tersebut ialah Dr. Halim bin Ahmad, Dr. Lee Choo Kiang dan Puan Siti Zainab bte Ramanas. Penyelidikan tersebut mula dijalankan pada tahun 1979, bermula di Stesen MARDI, Jeram Pasu Kelantan, kemudian bertukar ke Stesen MARDI Seberang Perai dan Stesen MARDI Gajah Mati, Pokok Sena Kedah. MKT1 dihasilkan melalui proses kacukan antara kacang tanah jenis `Early Bunch’ yang berasal dari Amerika Syarikat dan `Matjam’ kacang tanah jenis Sepanyol. Saiznya lebih besar daripada saiz kacang tanah biasa dan lebih lazat. Kacang jenis itu juga mempunyai kelebihan 10 peratus hasil pengeluarannya bagi setiap hektar, iaitu 3.2. tan berbanding hanya 2.9 tan bagi kacang jenis `Matjam’. Sesungguhnya dengan penanaman kacang tanah jenis MKT1 diharap dapat meningkatkan lagi pendapatan petani negara ini.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PUTEH MARIAH IBRAHIM RASHID WANITA PERTAMA DILANTIK JADI J.P. DI PERAK-Tarikh Peristiwa pada 15-01-1950

Pada hari ini dalam tahun 1950, Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid, seorang wanita yang banyak berjasa kepada wanita negeri Perak dan negara telah dilantik menjadi J.P. bagi negeri Perak. Pelantikan ini adalah julung-julung kali diberikan kepada seorang wanita. Pelantikan tersebut dibuat bersempena dengan ulang tahun ke-60 Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil. Di hari yang sama seramai 4 orang ahli telah dilantik sebagai J.P. negeri Perak mereka ialah:-

1. Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid - Ipoh
2. Tuan Harry Howard - Taiping
3. Sheikh Abdul Razak - Telok Intan
4. Baba Chen Yuk Sing - Kuala Kangsar

Datin Puteh Mariah adalah satu-satunya wanita yang menerima tauliah tersebut. Datin Puteh Mariah juga seorang tokoh politik wanita yang berjuang untuk kemerdekaan. Beliau mula menceburkan diri dalam politik dengan menjadi ahli dalam Perikatan Melayu Perak dan mewakili Pertubuhan tersebut ke Kongres Melayu Pertama yang membawa kepada penubuhan UMNO di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur pada tahun 1946. Pelantikan beliau sebagai J.P. adalah berdasarkan kegiatan beliau ketika itu di negeri Perak termasuklah sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Undangan Negeri Perak dan juga peringkat Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kolej Perempuan Melayu, Ahli Jawatankuasa Girl Guide, Ahli Jawatankuasa Pusat Kebajikan Am, Ahli Jawatankuasa Penasihat Siaran Radio Malaya, Ahli Jawatankuasa Pasukan Polis Khas dan beberapa jawatankuasa yang lainnya.

Beliau telah dilantik oleh Perikatan Melayu Perak sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal wanita atau kaum ibu. Selepas UMNO ditubuhkan beliau telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja Perlembagaan pada tahun 1947. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan tanah Melayu. Pada tahun 1948 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kaum Ibu UMNO yang pertama. Datin Puteh Mariah adalah seorang yang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dengan menganggotai pertubuhan-pertubuhan sukarela. Sebahagian besar masanya dicurahkan kepada masyarakat terutama kaum wanita. Pelantikan sebagai J.P. Wanita Pertama di Perak adalah salah satu pengiktirafan ke atas jasa-jasa yang dicurahkan kepada negeri Perak.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PENSWASTAAN TAMAN NEGARA KUALA PAHANG-Tarikh Peristiwa pada 15-01-1987

Negara kita yang beriklim khatulistiwa telah menjadikan Malaysia antara negara yang bertuah di dunia ini. Malaysia memiliki hutan hujan yang subur dan indah untuk dinikmati oleh para pencinta alam. Kita juga beruntung kerana secara tidak langsung hutan hujan di negara kita turut menyumbangkan pendapatan kepada penduduk negara kita khasnya dan juga kepada negara. Salah satu kawasan hutan tersebut ialah Taman Negara Kuala Tahan. Pada hari ini 15 Januari 1987 Taman Negara Kuala Tahan telah diswastakan. Taman Negara Kuala Tahan adalah salah sebuah taman negara yang terkenal di dalam dan luar negara. Taman ini menjadi tumpuan pelancong yang berhasrat untuk menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan ini. Projek penswastaan Taman Negara Kuala Tahan telah diberikan kepada sebuah syarikat iaitu `River Park Sdn. Bhd'. Syarikat ini telah berjaya dan dipilih untuk menguruskan Taman Negara Kuala Tahan. Tujuan penswastaan Taman Negara ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan Kerajaan bagi menguruskan. Melalui projek penswastaan ini diharapkan mutu perkhidmatan kepada para pelancong akan dapat dipertingkatkan. Projek penswastaan Taman Negara bukanlah secara keseluruhan di mana syarikat hanya akan terlibat dari segi perkhidmatan membuat tempahan, perkhidmatan bot, rumah rehat dan pengurusan restoran. Kerja-kerja pengurusan Taman Negara secara keseluruhan masih lagi di bawah tanggungjawab Jabatan Perhilitan.

Jabatan Perhilitan yang ditubuhkan pada tahun 1937 dengan nama Jabatan Margastua ini telah beroperasi selama 50 tahun menguruskan soal-soal menswasta penjagaan hidupan liar dan alam semulajadi negara. Pada hari ini 15 Januari 1987 sebahagian daripada tanggungjawab ini telah diserahkan kepada syarikat swasta untuk mengendalikannya dan untuk menjadikan taman negara lebih selesa apabila dikunjungi oleh pelancong-pelancong. Dengan projek penswastaan ini beberapa perkhidmatan telah dapat dilepaskan oleh Jabatan Perhilitan dan membolehkan Jabatan menumpukan tugas mereka kepada soal-soal yang lebih penting terutama dalam menjaga keindahan taman negara agar dapat kekal bertahan sebagai sebuah taman semulajadi untuk jangkamasa yang lebih panjang.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register