BTC USD 84,064.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 14/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KEM TAHANAN PERLINDUNGAN, TAIPING, PERAK-Tarikh Peristiwa pada 14-11-1973

Pada hari ini dalam tahun 1973, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak telah ditubuhkan. Tempat Tahanan atau Kem Tahanan tersebut ditubuhkan dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan ruang yang berlaku di Tempat Tahanan Perlindungan, Muar. Tempat ini telah digazetkan sebagai Tempat Tahanan pada tahun 1960. Akta yang telah mewujudkan Tempat Tahanan Perlindungan Taiping ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Akta ini berkuatkuasa pada 1 Jun 1960 dan terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri. Pejabat Tempat Tahanan Perlindungan Taiping diketuai oleh Penguasa Kanan Penjara. Konsep penahanan orang tahanan adalah berkisar kepada tiga perkara utama iaitu tahanan, pemulihan dan nasihat kepada pihak berkuasa mengenai perakuan untuk pembebasan orang tahanan. Pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengendali dan melaksanakan ketiga-tiga konsep tersebut ialah Jabatan Penjara Malaysia (Tempat Tahanan Perlindungan Taiping) bagi tahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi pemulihan dan Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri bagi nasihat.
 
PERATURAN-PERATURAN BARU PERDAGANGAN MALAYSIA- INDONESIA-Tarikh Peristiwa pada 14-11-1967

Pada hari ini dalam tahun 1967, satu peraturan baru mengenai perdagangan diumumkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Indonesia. Pengumuman peraturan baru itu dibuat secara bersama dalam sidang akhbar di Wisma Putra. Wakil Kedua-dua pihak ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Malaysia dan Lt. Col. Moerdani, Kuasa Usaha Indonesia ke Malaysia. Pengumuman peraturan baru itu bertujuan memesatkan lagi dagangan di antara kedua-dua buah negara.

Peraturan baru tersebut adalah lanjutan dari Perjanjian Perdagangan yang telah ditandatangani pada 15 Mei 1967. Wakil kerajaan Indonesia dalam perjanjian itu ialah Tuan Dr. Ariffin Harahap pemimpin delegasi Indonesia. Perjanjian perdagangan tersebut meliputi bidang-bidang kerjasama perdagangan, kerjasama ekonomi dan teknik dalam semua bidang perkapalan, perikanan, perusahaan membina kapal dan pengeluaran bahan-bahan mentah terutamanya getah dan bijih timah.

Antara peraturan-peraturan penting yang diumumkan ialah pedagang-pedagang di Malaysia yang hendak mengimport dari Indonesia atau mengeksport ke sana mestilah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Wakil Kerajaan Indonesia di negara ini. Sesungguhnya, peraturan dagangan baru yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1967, dapat mengatasi masalah penyeludupan selain dapat meningkatkan hubungan dagangan serta mengeratkan lagi hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia.
 
HARI PERTAMA PENDAFTARAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN-Tarikh Peristiwa pada 14-11-1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Pendaftaran Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu yang baru saja mencapai kemerdekaan telah dimulakan. Permohonan serta pendaftaran kerakyatan ini telah dijalankan di pejabat-pejabat daerah dan pendaftaran di seluruh negara. Antara syarat untuk mendapatkan kerakyatan Persekutuan ialah pemohon mestilah dilahirkan di Persekutuan, berumur 13 tahun ke atas dan telah tinggal di Persekutuan selama 5 tahun daripada jumlah 7 tahun sebelum membuat permohonan; Bagi pemohon yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak dilahirkan di Persekutuan tetapi berada di negara ini di hari merdeka, mereka hanya layak memohon jika mereka telah tinggal selama 8 tahun diri jumlah 12 tahun sebelum membuat permohonan.

Pemohon juga mestilah berkelakuan baik serta bertujuan untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tempat tinggal mereka yang tetap. Selain itu, mereka juga mestilah mempunyai pengetahuan bahasa kebangsaan; Pemohon yang berjaya mendapat kerakyatan dengan cara pendaftaran ini mestilah mengangkat sumpah taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Persekutuan Tanah Melayu. Warganegara yang mempunyai kerakyatan negara lain mestilah membatalkan taraf kerakyatan dan taat setia mereka terhadap negara tersebut untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Sesungguhnya, dengan pelancaran pendaftaran kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini dalam tahun 1957, telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi warganegara atau rakyat di negara ini.
 
UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS PROJEK DAYABUMI-Tarikh Peristiwa pada 14-11-1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, telah berlangsung upacara perletakan batu asas projek Bangunan Dayabumi. Upacara tersebut telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Projek Bangunan Dayabumi merupakan pusat segala kegiatan kebudayaan, sosio dan ekonomi negara. Ketika berucap pada upacara tersebut, beliau menyatakan bahawa projek bangunan tersebut bukan sahaja untuk menempatkan ruang-ruang pejabat atau firma-firma perniagaan, tetapi juga sebagai lambang yang boleh mencerminkan unsur-unsur kebudayaan nasional yang dapat menyemai bibit-bibit kemegahan sesuatu bangsa. Selain itu ia juga berperanan sebagai pemangkin untuk mencapai matlamat Dasar ekonomi Baru. Bangunan Kompleks Dayabumi setinggi 35 tingkat bercirikan unsur-unsur kebudayaan negara dalam jenis bangunan moden ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 5 Mei 1984. Projek Dayabumi telah membuka lembaran baru dalam sejarah pembinaan bangunan di Malaysia serta menjadi mercu tanda bagi bandaraya Kuala Lumpur.
 
TUN ABDUL RAZAK MERASMIKAN PERSIDANGAN KELAPA SAWIT MALAYSIA KE 2-Tarikh Peristiwa pada 14-11-1968

Masalah ekonomi di kalangan penduduk sentiasa diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan. Usaha-usaha sentiasa dijalankan untuk mencari penyelesaian ke atas pemasalahan ini. Pada peringkat negeri, usaha-usaha telah dijalankan bagi memperbaiki keadaan ekonomi rakyat yang miskin, usaha ini dijalankan dengan pelbagai cara, bagi Kerajaan Pahang. Pada 15 November 1969, telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang. Tujuan utama lembaga ini ialah untuk menjalankan usaha-usaha pembangunan tanah dan perusahaan-perusahaan lain yang berkaitan dengan pertanian yang sesuai mengikut kehendak dan kemahuan Kerajaan Negeri.

Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh lembaga ini melaksanakan rancangan tanah pinggir, rancangan pembangunan ladang kecil, Rancangan Tanah Pemuda dan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan. Lembaga juga bertanggungjawab pengurusan Rancangan Tanah Kelompok yang merupakan usaha memberi hak milik secara berperancangan di samping menampung pelupusan tanah yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pembangunan tanah Kerajaan. Diharap dengan penubuhan lembaga ini akan dapat memperbaiki keadaan ekonomi rakyat yang miskin serta mampu menyumbang kepada usaha menghapus kemiskinan di kalangan rakyat di negara ini.
 
Back
Top
Log in Register