Hari Ini Dalam Sejarah-13/01

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MAJLIS PERBARISAN HARI RELA SEMPENA ULANGTAHUN KE-18 -Tarikh Peristiwa pada 13-01-1990

Pada hari ini dalam tahun 1990, telah berlangsung Majlis Perbarisan Hari Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perayaan HARI RELA ini julung kali diadakan semenjak penubuhannya pada tahun 1972, adalah bersempena dengan ulang tahun ke-18 penubuhan RELA. Tujuan penubuhan RELA ialah untuk memberi kesempatan kepada rakyat yang taat setia untuk tampil menganggotai sebuah agensi keselamatan Kerajaan bagi membantu memelihara dan mempertahankan keselamatan serta keamanan negara. Ini selaras dengan falsafah dan keyakinan bahawa tanggungjawab mempertahankan negara terletak di tangan rakyat Malaysia sendiri. Dalam ucapannya, Perdana Menteri telah mengesyorkan Kerajaan-kerajaan Negeri serta agensi-agensi Kerajaan agar menggunakan khidmat serta tenaga anggota-anggota RELA untuk menjayakan kegiatan-kegiatan pembangunan, terutamanya program pembasmian kemiskinan luar bandar. Sesungguhnya, sejak penubuhannya anggota-anggota RELA telah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan negara.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT HAL EHWAL PELAJARAN AGAMA ISLAM YANG PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 13-01-1975

Majlis Penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam telah mengadakan Mesyuarat buat pertama kalinya pada 13.1.1975 bertempat di Kuala Lumpur.
Majlis Penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam telah ditubuhkan pada Oktober 1974 bertujuan:

Mengkaji dan memberi pandangan mengenai Kurikulum Pelajaran Agama Islam dan cara-cara pelaksanaannya di sekolah-sekolah yang di bawah Kementerian Pendidikan.
Memberi nasihat mengenai cara-cara pelaksanaan Pelajaran Agama Islam dengan cara yang lebih berkesan mengikut dasar pelajaran kebangsaan seperti yang ada dalam Akta 1961.
Membuat syor-syor dan cadangan praktikal kepada Y.B. Menteri Pelajaran untuk perkembangan Pelajaran Agama di Sekolah-sekolah dan Yayasan Pelajaran yang dibawah kuasa Menteri Pelajaran.

Antara perkara-perkara utama yang telah dibincangkan oleh Majlis ini ialah:-

Pelaksanaan Pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah bantuan Kerajaan.

Kelayakan tenaga pengajar pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah bantuan Kerajaan.

Kedudukan Institusi Agama Islam dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan.

Mesyuarat Majlis yang mengandungi 14 orang ahli telah dipengerusikan oleh YB. Tan Sri Hj. Mohamed Jamil. Dengan adanya majlis ini akan dapat memperbaiki pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERLEMBAGAAN NEGERI KEDAH 1848 DIPINDAH-Tarikh Peristiwa pada 13-01-1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meminda perlembagaan negeri Kedah tahun 1848. Pindaan ini antara lainnya menghapus jawatan penasihat British yang diwujudkan di negeri Kedah melalui perjanjian Bangkok 1909. Perjanjian Bangkok ini meletakkan negeri Kedah di bawah kekuasaan Inggeris. Upacara meminda perlembagaan 1848 Kedah ini dijalankan di Istana Chegar, Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Turut hadir pada majlis ini Raja Muda, Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah. Proses perubahan yang dijalankan sesuai dengan keadaan semasa negara, di mana Kemerdekaan Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
 

kalam79

Active Member
Joined
May 27, 2008
Messages
1,550
Reaction score
5
Points
25
sejarah x mgkn berulang:)):))
gurau jer jgn mrh..:)
 

serai

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
6,019
Reaction score
12
Points
65
ramai yg x tahu pasal sejarah2 ni..adakah sejarah mungkin berulang..(newbooy)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register