Hari Ini Dalam Sejarah-12/01

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
FRANK SWETTENHAM MENAMATKAN TUGASNYA SEBAGAI RESIDEN GENERAL NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU-Tarikh Peristiwa pada 12-12-1901

Pada hari ini dalam tahun 1901, Frank Swettenham telah menamatkan tugasnya sebagai residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. Beliau telah memulakan perkhidmatan pada 1 Januari 1901 sebagai Residen General pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1896. Sebelum beliau dilantik sebagai Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beliau juga pernah memangku dan memegang jawatan Residen Selangor dari 2 Oktober 1882 sehingga 31 Mei 1889. Beliau turut memangku jawatan Residan Perak pada masa yang sama juga iaitu dari 22 Mac 1884 sehingga Januari 1886. Manakala dari 1 Jun 1889 hingga 30 Jun, Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Perak. Beliau kemudiannya telah digantikan oleh W.H. Treacher yang mula bertugas pada 13 Disember 1901. Sesungguhnya, penamatan tugas Frank Swettenham sebagai residen general telah membolehkan beliau bekerja dengan lebih baik setelah memegang satu jawatan sahaja dan menumpukan sepenuh perhatian pada tugas yang baru sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LEMBAGA PENTADBIR KAMPUNG BAHARU KUALA LUMPUR-Tarikh Peristiwa pada 12-01-1900

Pada hari ini dalam tahun 1900, Warta Kerajaan Negeri Selangor Bil. 20 mengenai ‘The Malay Agricultural Settlement’ dibawah Seksyen 6, Land Enactment 1897 telah diterbitkan. Malay Agricultural Settlement (M.A.S) atau Kampung Baharu ini merupakan Penempatan Perkampungan Rezab Melayu yang telah diwujudkan pada tahun 1897 dengan tujuan menggalakkan pertanian, kesenian dan pertukangan tangan dikalangan orang Melayu. Berikutan dengan penerbitan warta ini satu Lembaga Pentadbiran telah dibentuk dengan Raja Muda di lantik sebagai Pengerusi dan D.G. Campbell sebagai Naib Pengerusinya. Manakala ahli-ahli Lembaga yang lain pula ialah J.H.M. Robinson, A. Hale dan Tamby Abdullah. Pelantikan Lembaga Pentadbiran ini telah dibuat oleh Pemangku Residen British H. Conway Belfield. Lembaga Pentadbiran (M.A.S) telah diberi kuasa penuh untuk meluluskan pemberian lot-lot kediaman yang tidak melebihi 0.8 hektar bagi setiap permohonan. Antara lain tugas Lembaga Pentadbir Kampung ialah mengarahkan penduduk Kampung Baharu agar mengerjakan tanah mereka serta menjaganya terutamanya dari segi kawalan kebersihan. Selain daripada itu Lembaga ini juga menyimpan rekod-rekod pendaftaran penduduk yang telah diluluskan serta permohonan termasuk butir-butir mengenai pertukaran dan pindah milik secara syariah.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERSIDANGAN PERTAMA KADI-KADI PERAK-Tarikh Peristiwa pada 12-01-1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, satu Persidangan Kadi-kadi Seluruh Negeri Perak yang pertama telah diadakan. Persidangan yang pertama itu telah dirasmikan oleh ahli Exco kerajaan negeri, Tuan Haji Saidin Haji Mat Piah sebagai wakil kepada Menteri Besar Negeri Perak, Dato Sri Haji Wan Mohamad Haji Wan Teh, bertempat di Bilik Gerakan Pembangunan Negeri, Ipoh, Perak. Persidangan ini telah dihadiri oleh semua kadi negeri Perak. Semasa berucap, beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah menyediakan peruntukan berjumlah $1.6 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perak dalam rancangan Malaysia Keempat. Dari sejumlah itu $1 juta adalah sebagai pinjaman pendahuluan Kerajaan kepada Majlis bagi pembinaan Kompleks Islam yang akan dibina di Jalan Bukit Gantang, sementara bakinya $300,000 adalah untuk pelajaran agama dan $200,000 untuk projek dakwah dan $100,000 lagi untuk projek kemajuan tanah wakaf. Jelas beliau, apabila Kompleks Islam siap dibina, ia akan disewa kepada Jabatan-jabatan Kerajaan serta pihak-pihak swasta, yang mana langkah-langkah itu akan menjadi sumber kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan umat Islam dalam negeri amnya. Persidangan yang diadakan pada hari ini diharap akan dapat mendekatkan lagi perhubungan kadi-kadi dengan masyarakat Islam di daerah masing-masing dan dengan yang demikian sebarang penyelewengan terhadap perkembangan dan ketinggian syiar Islam dapat dibendung bersama.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERADUAN MENAMAKAN KERETA NASIONAL YANG PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 12-01-1984

Pada hari ini dalam tahun 1984, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Perindustrian Berat Malaysia (HICOM) Encik Mohd. Saufi Hj. Abdullah telah mengumumkan peraduan `Menamakan Kereta Nasional Kita Yang Pertama'. Encik Saufi menjelaskan peraduan tersebut akan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menamakan model pertama yang akan dikeluarkan pada September 1985. Hadiah berupa sebuah kereta 1300 c.c. akan diberikan kepada peserta yang berjaya. Sambutan daripada rakyat Malaysia dari berbagai latar belakang amat menggalakkan. Pada 1 September 1985 Staf Sarjan Ismail Jaafar yang ketika itu bertugas di Markas Tentera Dua Division di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi peserta-peserta lain. Perkataan `Saga' yang dipilih beliau telah menarik perhatian para juri serta penerangan-penerangan yang diberikan telah menyakinkan juri untuk memilih beliau sebagai pemenang menamakan kereta Nasional yang pertama itu. Namun `proton saga' telah diberikan kepada kereta Nasional Malaysia yang pertama itu. Sebagai langkah memperkenalkan kereta Nasional yang pertama itu satu program `Sagarama' selama 20 hari menjelajah ke seluruh negara telah diadakan. Harga-harga yang ditawarkan bersesuaian dengan kemampuan rakyat telah menarik perhatian ramai. Pada 1 September 1985 juga, YAB Perdana Menteri telah melancarkan pemasaran Proton Saga yang pertama. Menurut beliau kereta Nasional adalah satu lagi langkah ke arah menegakkan maruah bangsa, langkahnya tidak besar tetapi besar ertinya kerana semua yang diusahakan oleh manusia bermula dengan satu titik permulaan. Ternyata pada hari ini titik permulaan yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri telah menjadi kenyataan. Kereta-kereta proton telah meningkat jualannya dan dijual bukan sahaja di dalam negeri malah dieksport ke beberapa negara lain juga.
 

GPK1

Active+ Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
4,220
Reaction score
87
Points
40
Stamford Raffles mendarat di Singapura pada 12 januari 1819.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register