BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 09/12

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PENGUMUMAN RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 09-12-1980

Pada hari ini dalam tahun 1980, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah mengumumkan satu rancangan pembangunan negara iaitu Rancangan Malaysia Pertama di Kuala Lumpur. Usul mengenai rancangan tersebut telah dibentangkan di Parlimen pada 15 Disember 1980. Rancangan lima tahun tersebut adalah untuk tempoh dari tahun 1966 hingga tahun 1970. Ia mempunyai empat matlamat utama. Matlamat pertama adalah untuk mempereratkan integrasi di kalangan rakyat seluruh negara. Matlamat kedua pula adalah untuk meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber bagi seluruh rakyat yang berpendapatan rendah. Matlamat ketiga adalah untuk memberi peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang boleh menghasilkan jenis kerja yang produktif bagi tenaga buruh dan mengurangkan kadar pengganguran. Matlamat terakhir adalah untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di sektor perindustrian dan pertanian. Sesungguhnya, Rancangan Malaysia Pertama telah membawa kemajuan pesat terutama kepada kawasan bandar dan juga memberi kepentingan khusus kepada penduduk luar bandar untuk meninggikan taraf hidup dalam bidang ekonomi dan sosial.
 
SELURUH BANDAR KOTA BHARU TELAH DITAWAN JEPUN-Tarikh Peristiwa pada 09-12-1941

Pada hari ini dalam tahun 1941, Seluruh bandar Kota Bharu, Kelantan telah ditawan oleh tentera Jepun. Pertempuran sengit telah berlaku di antara tentera Inggeris dan tentera Jepun, akibat daripada tekanan dan kemaraan serangan tentera Jepun yang begitu kuat dan cepat ditambah pula dengan serangan pesawat-pesawat perjuang Jepun ke atas kubu-kubu pihak Inggeris di Bandar Kota Bharu dan Jalan Padang Garong telah memaksa tentera-tentera Inggeris untuk mengundur diri. Tentera-tentera Jepun juga telah mara ke Machang setelah berjaya menawan Lapangan Terbang Lalang Luas dekat Labok. Dari situ mereka terus mara ke Pasir Putih dan lapangan terbang Gong Kedak. Manakala segerombolan tentera-tentera Jepun yang lain pula mara sepanjang jalanraya menuju ke Kuala Kerai. Berikutan itu tentera Inggeris telah mengundur daripada Bandar Kuala Kerai dengan menggunakan keretapi menuju ke Kuala Lipis, Pahang keadaan ini telah membolehkan Kuala Kerai ditawan oleh tentera-tentera Jepun. Akhirnya pada akhir bulan Disember 1941, seluruh negeri Kelantan telah jatuh ke tangan pihak Jepun.
 
PENGUMUMAN RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 09-12-1980

Apabila negara mencapai kemerdekaan, kerajaan mula merancang dan melaksanakan usaha rancangan pembangunan negara untuk mengatasi berbagai masalah sosial ekonomi dan politik, hasil peninggalan dasar-dasar pembangunan yang telah diamalkan oleh penjajah. Tanggungjawab utama kerajaan selepas sahaja kemerdekaan dicapai ialah mengadakan satu usaha pembangunan negara yang menjamin penikmatan hasil-hasilnya oleh seluruh rakyat jelata. Perancangan pembangunan yang serius bermula pada tahun 1954 apabila satu misi Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan mengenai pembangunan negara. Ini telah menghasilkan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-1965). Pada hari ini 9.12.1980 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah mengumumkan satu lagi rancangan pembangunan negara iaitu Rancangan Malaysia Pertama dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur. Usul mengenai rancangan tersebut telah dibentangkan di Parlimen pada 15 Disember 1980.

Rancangan lima tahun itu, untuk tempoh 1966-1970 mempunyai empat matlamat utama iaitu:-

Untuk mempereratkan lagi integrasi di kalangan rakyat dan seluruh negara dengan cara melaksanakan satu rancangan pembangunan yang tegas khusus bagi kebajikan semua golongan.

Untuk meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber bagi seluruh rakyat dan mereka yang berpendapatan rendah.

Untuk memberi peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang boleh menghasilkan jenis kerja yang produktif bagi tenaga buruh dan mengurangkan kadar penganguran.

Untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di kedua-dua sektor iaitu sektor perindustrian dan sektor pertanian supaya dengan itu pergantungan negara terhadap bijih dan getah dapat dikurangkan.

Arah baru kegiatan ekonomi yang disarankan oleh Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk memajukan eksport khususnya kelapa sawit dan balak. Kedua-dua hasil tersebut mempunyai masa depan yang cerah di segi pasaran. Mengenai masalah pengangguran pula rancangan itu mengharapkan dapat memberikan 460 ribu peluang pekerjaan di seluruh negara. Maka dengan itu dijangkakan kadar pengangguran dapat dikurangkan dari enam peratus kepada lima peratus apabila tempoh itu berakhir pada tahun 1970. Sesungguhnya Rancangan Malaysia Pertama telah banyak membawa kemajuan pesat terutamanya amat ketara di kawasan bandar. Di samping itu ianya juga memberi kepentingan khusus kepada penduduk luar bandar dengan tumpuan kepada usaha-usaha meninggikan taraf hidup mereka terutama di bidang ekonomi dan sosial.
 
SULTAN AZLAN SHAH DITABALKAN SEBAGAI SULTAN PERAK-Tarikh Peristiwa pada 09-12-1985

Pada hari ini 9.12.1985, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum sultan Yusof Izuddin Ghafarullalu-lah Shah, 55 tahun ditabal sebagai Sultan Perak yang ke-34. Istiadat gilang-gemilang mengikut adat istiadat keluarga Di Raja Perak ini dilangsungkan di Balai Rong Seri Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Dalam majlis ini juga Tuanku Bainun bte Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Permaisuri Perak. Istiadat pertabalan pada hari ini yang dinamakan Tabal Adat adalah salah satu daripada 6 istiadat dalam upacara pertabalan Sultan mengikut adat istiadat kesultanan Perak. Dalam upacara ini Baginda Sultan menerima Pedang Cura Si Manjakini dari Raja Chik Muda Pawang DiRaja. Pedang ini melambangkan kekuasaan baginda. Toh Seri Nara Diraja kemudiannya mempersembahkan Mastika Embun dan menyunting Cap Halilintar ke telinga kanan baginda sambil membisikkan "Ra-sia Nasab Sultan" kemudiannya orang kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan membancakan pemasyhuran pertabalan Sultan mengikut pasal 6 perkara 2 dalam undang-undang Kerajaan Negeri diikuti oleh daulat Tuanku sebanyak tiga kali, paluan Nobat dan tembakan meriam 21 Das. Istiadat pertabalan adat diakhiri dengan titah ucapan baginda Sultan dan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Perak. Antara para pembesar yang hadir di upacara pertabalan ini ialah kerabat-kerabat Diraja, wakil-wakil Sultan Negeri-Negeri di Malaysia, Wakil Sultan Brunei, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Perak serta para pembesar Negeri. Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Azlan Muhibuddin Shah diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris di Batu Gajah sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

Baginda lulus undang-undang dari Universiti Notthingham England. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh baginda sekembalinya ke tanah air ialah Penolong Setiausaha Kewangan Negeri Perak, Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Peguam Persekutuan, Penasihat undang-undang, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Besar Malaya dan pada tahun 1982 dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Baginda berkahwin dengan Tuanku Bainun binti Mohd Ali dan baginda berdua dikurniakan dengan dua orang putera dan tiga orang puteri. Sesungguhnya pertabalan baginda sebagai Sultan Perak sahaja kena pada tempatnya memandangkan ketokohan baginda yang telah terbukti tetapi telah juga menempah sejarah di mana seorang Ketua Hakim Negara telah menaiki takhta sebagai Sultan Perak yang ke-34.
 
Back
Top
Log in Register