eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PERHIMPUNAN KEMAS SELANGOR PERTAMA KALI DIADAKAN-Tarikh Peristiwa pada 09-11-1984
Pada hari ini dalam tahun 1984, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor telah mengadakan perhimpunan pertamanya di Stadium Jugra. Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Haji Ahmad Razali Ali. Pengarah KEMAS Negeri Selangor, Encik Ibrahim Narek menegaskan bahawa perhimpunan tersebut yang bertemakan “Perpaduan Teras Kemajuan Masyarakat” diadakan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan di kalangan anggota KEMAS. Encik Ibrahim turut menyatakan bahawa program dan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk menguji dan mencungkil bakat-bakat yang ada di kalangan anggota KEMAS.
Selain daripada itu, perhimpunan tersebut memberi kesempatan kepada anggota KEMAS untuk bertukar-tukar fikiran dan berbincang menyusun strategi gerak kerja KEMAS ke arah mewujudkan pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar. Pameran yang melibatkan beberapa agensi kerajaan turut diadakan semasa perhimpunan tersebut. Ia bertujuan untuk mempamerkan usaha kegiatan dan kemajuan masyarakat luar bandar. Sesungguhnya, perhimpunan KEMAS yang julung kali diadakan itu telah dapat mengeratkan perpaduan di kalangan anggota KEMAS.