eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SURAT SUNGAI YANG PERTAMA DIKELUARKAN -Tarikh Peristiwa pada 09-10-1844
Pada hari ini dalam tahun 1844, Temenggong Ibrahim, Raja Pemerintahan Kerajaan Johor telah mengeluarkan sepucuk Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina bernama Lau Ling Keng. Berikutan itu, bermulalah penghijrahan orang-orang Cina daripada Singapura ke Johor dan penanaman gambir dan lada hitam secara komersil di Tanah Melayu. Surat tersebut menyatakan bahawa 'Ungku Temenggong Seri Maharaja' memberi surat tanda keterangan kepada orang Cina yang hendak berkebun di dalam tanah Johor. Surat Sungai tersebut turut menyatakan bahawa Tuan Sungai mesti membayar cukai kepada Ungku Temenggong.
Kegagalan untuk membayar selama tiga tahun menyebabkan Tuan Sungai tersebut akan menerima denda yang lebih berat. Bermula daripada tahun 1844 hingga 1860-an, penanaman gambir dan lada hitam telah berkembang dengan pesat. Johor telah menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang terkemuka di Nusantara. Pengeluaran Surat Sungai merupakan sejarah penting negara berhubung penghijrahan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Ini membuktikan bahawa mereka bukan hanya tertumpu ke lombong bijih timah di utara tetapi juga ke kawasan tanaman seperti di Johor.