eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PERJANJIAN KASTAM-Tarikh Peristiwa pada 06-11-1922
Pada hari ini dalam tahun 1922, Perjanjian Kastam telah ditandatangani oleh Putera Purachatra, Ketua Pesuruhjaya Keretapi Negeri Siam yang mewakili kerajaan Baginda Raja Siam dan Sir Lawrence Nunns Guillemard, pesuruhjaya Tinggi Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu yang tidak Bersekutu. Perjanjian tersebut telah memudahkan segala kerja berkaitan dengan soal pengangkutan keretapi antara kedua-dua buah kerajaan.
Antara perkara-perkara yang telah di persetujui dalam perjanjian tersebut ialah perlaksanan undang-undang kastam secara serentak di kedua-dua Negara dan sempadan-sempadan kawasan ditetapkan dengan mengadakan pagar-pagar dan pintu pagar bagi urusan keluar masuk. Berikutan perjanjian tersebut, kedua-dua pihak kerajaan telah bersetuju untuk menepati perjanjian yang ditetapkan dan ia berkuatkuasa selama sepuluh tahun bermula daripada tarikh perjanjian. Selepas tempoh itu, perjanjian tersebut hanya sah dari setahun ke setahun sehinggalah salah satu pihak bercadang membatalkannya.