eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD-Tarikh Peristiwa pada 06-10-1894
Pada hari ini dalam tahun 1894, upacara perletakan batu asas bangunan Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor yang kemudiannya dikenali dengan nama Bangunan Sultan Abdul Samad telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles B.H. Mitchell. Nama bangunan ini adalah bersempena dengan nama DYMM Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu. Ia telah didirikan di atas tapak seluas 1.034 hektar dan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Arkitek Inggeris di Jabatan Kerja Raya, A.C. Norman telah diminta untuk menyiapkan pelan bangunan tersebut. Ia dibina dengan harga $152 ribu dan pembinaannya mengambil masa hampir tiga tahun.
Bangunan Sultan Abdul Samad banyak dipengaruhi oleh rekabentuk senibina Islam. Ia dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-General dan Pejabat Pos Besar. Selepas merdeka, ia dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Kini, ia dijadikan bangunan kehakiman yang menempatkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung. Sesungguhnya, banyak peristiwa penting negara tercatat di bangunan ini terutama saat-saat meraikan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.