Hari Ini Dalam Sejarah-05/01

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
DARURAT BANJIR DIISYTIHARKAN DI SELURUH NEGARA-Tarikh Peristiwa pada 05-01-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan. Pengisyitiharan ini dibuat sebagai langkah mengawal keadaan banjir yang telah menenggelamkan hampir seluruh negara. Banjir yang disifatkan yang terburuk ini telah mengakibatkan seramai 95,000 orang mangsa banjir yang dipindahkan. Jumlah mangsa banjir yang paling tinggi dipindahkan ialah di negeri Pahang iaitu seramai 40,000 orang, negeri Johor 17,000 orang dan di negeri Selangor seramai 14,000 orang. Tun Abdul Razak juga telah mengumumkan pelantikan dua buah jawatankuasa kabinet iaitu Jawatankuasa Bantuan dan Pemulihan Banjir yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan sebuah Jawatankuasa untuk menaksir kerosakan dan untuk mengkaji serta menyarankan langkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial. Selain daripada itu sebagai langkah memantau keadaan banjir kerajaan telah menubuhkan Markas Darurat Banjir yang bertempat di Bangunan Banjir. Tun Abdul Razak juga telah mengambil perhatian dan daya usaha dengan melawat kesemua kawasan yang dilanda banjir serta mengarahkan bantuan makanan dan perubatan disalurkan dengan segera.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PENGANUGERAHAN BERET HIJAU KEHORMAT KEPADA Y.A.B DATO’ SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD-Tarikh Peristiwa pada 05-05-2001

Pada hari ini dalam tahun 2001, Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dikurniakan anugerah Beret Hijau Kehormat oleh Rejimen Gerak Khas. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Md. Hashim Hussein pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Gerak Khas 2001 yang julung kali diadakan di Markas 21 grup Gerak Khas di Kem Sungai Udang, Melaka. Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan, Y.B Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak; Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Wira Mohd. Ali Rustam; dan Timbalan Menteri Pertahanan, Y.B Datuk Shafie Apdal. Beret Hijau merupakan satu anugerah tertinggi yang melambangkan keagungan, keperwiraan dan mutu keberanian yang tertinggi kepada setiap pemakainya. Penganugerahan ini diberikan kepada Perdana Menteri sebagai tanda menghargai ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sepanjang memimpin negara dengan memiliki semangat waja dan kecekalan diri yang tidak pernah menyerah kalah. Pada majlis itu juga, Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menganugerahkan Sijil Penghargaan Kerajaan Malaysia kepada 17 anggota Gerak Khas.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
RADIO MALAYSIA SANDAKAN (RMS) DILANCARKAN-Tarikh Peristiwa pada 05-01-1992

Pada hari ini dalam tahun 1992, Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Tuan Haji Abdul Aziz Abas telah melancarkan Radio Malaysia Sandakan (RMS). Radio Malaysia Sandakan telah dilancarkan pada pukul 6 pagi melalui gelombang sederhana 783 kiloherz. Siaran RMS itu dapat diikuti dalam lingkungan 70 batu dari Pusat bandar Sandakan iaitu menerusi siaran AM. Siaran RMS merupakan siaran radio daerah yang ketiga di Sabah selepas siaran radio daerah Tawau dan Labuan. RMS ke udara setiap hari selama 5 jam iaitu bermula jam 6 pagi hingga 9 pagi dan jam 4 petang hingga 6 petang. Pelancaran RMS mempunyai beberapa matlamat penting, di antaranya ialah:

memberi peluang kepada masyarakat kawasan tersebut untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat.

menggalakkan semua pihak mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi interaksi yang lebih padu ke arah kejayaan bersama.

menggalakkan Jabatan-jabatan Kerajaan mengambil kesempatan untuk meningkatkan penyebaran maklumat mereka menerusi radio.

meningkatkan hubungan di antara Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan masyarakat setempat.

menyalurkan segala maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai.

Dengan pelancaran RMS pada hari ini diharap masyarakat setempat akan sentiasa memberi sambutan yang menggalakkan demi untuk kebaikan dan kejayaan bersama.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register