BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-03/01

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEMINAR PEGAWAI PENGURUSAN TINGGI PERKHIDMATAN AWAM-Tarikh Peristiwa pada 03-01-1987

Pada hari ini dalam tahun 1987, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Seminar Pegawai Pengurusan Tinggi Perkhidmatan Awam yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Salahuddin Mohamad. Tema yang dipilih pada perjumpaan julung-julung kali diadakan yang melibatkan semua Ketua-ketua Jabatan ini ialah “Ke Arah Peningkatan Keupayaan Pengurusan di Negara Ini”. Berucap pada perasmian majlis tersebut Dato’ Seri Dr. Mahathir menuntut agar sifat-sifat amanah, kebersihan dan kecekapan menjadi pegangan dalam menentukan kejayaan sesuatu pengurusan. Menurut beliau lagi, kecekapan pengurusan, kerajinan, kesetiaan, disiplin dan kepintaran berkomunikasi juga merupakan sifat-sifat terpenting untuk membantu keberkesanan sistem pengurusan. Perdana Menteri juga menegaskan bahawa dalam pengurusan kerajaan, sifat amanah amat diperlukan kerana pihak pengurusan merupakan pemegang amanah kepada harta milik orang awam. Berikutan itu katanya, sistem yang terbaik sekalipun tidak akan mendatangkan hasil sekiranya individu- individu yang melaksanakannya tidak berkebolehan dan mempunyai akhlak yang terpuji.
 
PEMBUKAAN RASMI SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN HELIKOPTER TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 03-01-1975

Usaha-usaha bagi memberi latihan merupakan salah satu program yang sentiasa diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan dan swasta. Bagi Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia telah membina Sekolah Latihan Penerbangan Helikopter bertempat di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sekolah Latihan ini buat permulaan akan melatih 24 orang pemandu setiap tahun. Antara kursus yang ditawarkan di pusat ini berkaitan dengan latihan penerbangan asas dan kursus-kursus penerbangan lanjutan. Ke arah melengkapkan pusat ini dengan peralatan yang sesuai kerajaan telah membeli enam buah helikopter latihan jenis Bell 47 yang berharga RM 1.2 juta dan empat buah helikopter jenis Aloutte yang bernilai sebanyak RM 3.3. juta. Upacara pembukaan rasmi telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak pada 3 Januari 1975. Berucap semasa merasmikan pusat tersebut beliau berharap pembinaan pusat ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang sebelum ini terpaksa menghantar ke United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk melatih pemandu-pemandu. Selain daripada tidak lagi bergantung kepada kemudahan latihan daripada luar. Sejajar dengan usaha-usaha membangunkan sistem latihan tempatan, langkah yang dijalankan oleh pihak Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia merupakan langkah yang bijak untuk perancangan di masa depan selain dapat menjimatkan kos penghantaran pelatih ke luar negara.
 
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN (ANGKASA) DAN LITYAN SYSTEMS (M) BHD. METERAI PERJANJIAN PENYEWAAN KOMPUTER-Tarikh Peristiwa pada 03-01-1992

Komputer memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi kerana ianya memberi kemudahan dan mempercepatkan sesuatu proses kerja. Pada hari ini 3.1.1992 Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) dan Lityan System (M) Berhad telah memeterai perjanjian penyewaan komputer bernilai RM1.4 juta. ANGKASA diwakili oleh Yang di-Pertua Angkasa, Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid dan Lityan Systems (M) Bhd. Diwakili oleh Pengarah Urusannya, Encik Rahmat Harun.

Perjanjian penyewaan komputer tersebut adalah bermatlamat untuk:-

memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan effisyen untuk ahli dan koperasi di bawah ANGKASA.

untuk membesarkan sistem komputer Biro Perkhidmatan Angkasa yang menguruskan sistem potongan gaji ahli-ahli koperasi dan institusi-institusi yang berlangan dengannya.

untuk menampung beban kerja semakin bertambah di Biro Perkhidmatan ANGKASA.

Menurut Profesor Di Raja Ungku Aziz, ANGKASA kini mengendalikan pemotongan gaji ahli-ahli koperasi dan pemotongan dari institusi-institusi termasuk badan-badan amal yang bernilai RM63 juta sebulan atau kira-kira RM750 juta setahun. Buat masa ini terdapat 1,333 koperasi bergabung di bawah ANGKASA dengan keanggotananya seramai 2.5 juta orang. Seterusnya beliau berkata, mulai 1 Januari 1992 ANGKASA telah menurunkan kadar kos perkhidmatan potongan gaji ahli-ahli dan koperasi yang bergabung di bawahnya daripada 8 peratus kepada 6 peratus. Berikutan penurunan kadar kos perkhidmatan ini ANGKASA telah kerugian RM1.5 juta setahun. Katanya lagi, bagi menampung kerugian itu, ANGKASA akan memperluaskan lagi kegiatannya dalam pelbagai lapangan di samping meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan kerja pada kakitangan. Dengan termeterainya perjanjian itu pada hari ini diharap akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ANGKASA dari semasa ke semasa.
 
PEMBUKAAN RASMI SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN HELIKOPTER, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 03-01-1981

Latihan ketenteraan penting kepada pertahanan negara. Program latihan yang lengkap akan mempastikan pertahanan negara dan anggota pasukan keselamatan berada dalam keadaan bersedia di sepanjang masa. Pada hari ini dalam tahun 1975, sebuah sekolah latihan penerbangan helikopter, Tentera Udara Di Raja Malaysia telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussain, bertempat di Pengkalan Tentera Udara di Raja Malaysia, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Dengan perasmian sekolah ini Tentera Udara Di Raja Malaysia telah maju selangkah lagi di dalam bidang latihan penerbangan khasnya. Di dalam ucapan perasmiannya, Tun Abdul Razak telah menyatakan bahawa dengan terdirinya sekolah ini, perbelanjaan untuk latihan penerbangan telah dapat dijimatkan dan disamping itu pengalaman di dalam bidang memberi latihan kepada bakal-bakal pemandu diperolehi. Negara kita juga tidak lagi bergantung sepenuhnya bagi kemudahan latihan dari negara luar. Tun Abdul Razak juga berharap anggota-anggota tentera sentiasa menumpukan perhatian dan menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dedikasi. Sekolah latihan penerbangan Helikopter ini akan dapat melatih seramai 24 orang pemandu helikopter setiap tahun. Selain dari menjalankan latihan penerbangan asas, sekolah ini juga akan menjalankan kursus-kursus penerbangan lanjutan.

Dan bagi membolehkan sekolah ini menjalankan kursus-kursus penerbangan ini, kerajaan telahpun membeli enam buah helikopter latihan jenis Bell 37 yang berharga $1.2 juta dan empat buah helikopter jenis aloutte yang bernilai sebanyak $8.3 juta. Tentera Udara Diraja Malaysia mula dilengkapkan dengan helikopter dalam tahun 1965 dan semua pemandu- pemandunya mendapat latihan di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Selari dengan perkembangan dan pembesaran angkatan tentera, keperluan dan tugas-tugas Tentera Udara Di Raja Malaysia juga telah bertambah. Tugas Tentera Udara Di Raja Malaysia tidak lagi hanya setakat memberi sokongan dan bantuan kepada unit-unit tentera darat dan laut tetapi sudah meluas meliputi banyak bidang di dalam menjamin keamanan, ketenteraman dan kebahagian rakyat. Penubuhan sekolah latihan penerbangan helikopter yang dibuka dengan rasminya pada hari ini merupakan satu daripada langkah-langkah untuk menampung kehendak-kehendak tersebut.
 
Back
Top
Log in Register