BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-02/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN-Tarikh Peristiwa pada 02-11-1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah merasmikan pembukaan bangunan Parlimen. Bangunan tersebut menjadi lambang demokrasi di Malaysia. Kompleks setinggi 18 tingkat ini berharga RM 16 juta. Rekabentuk bangunan tersebut dibuat oleh seorang Arkitek daripada Jabatan Kerja Raya. Bangunan Parlimen tersebut mempunyai dua buah Dewan penting iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Semasa perasmian bangunan Parlimen tersebut, upacara penerimaan kerusi speaker yang dihadiahkan oleh Parlimen British turut diadakan. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra menyifatkan kerusi tersebut sebagai simbol hubungan erat antara Parlimen Malaysia dengan British khususnya dalam menegakkan demokrasi. Sistem demokrasi berparlimen telah berakar umbi di negara ini sejak sekian lama. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah perasmiannya menegaskan bahawa bangunan tersebut berperanan sebagai sebuah bangunan yang menjadi bukti dan warisan pegangan demokrasi yang diamalkan dan dipertahankan di negara ini. Sesungguhnya bangunan parlimen ini telah menjadi salah satu kebanggaan rakyat.
 
AKHBAR SUARA BARU DITERBITKAN DI MELAKA-Tarikh Peristiwa pada 02-11-1932

Akhbar memainkan peranan yang penting menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Keupayaan menyampaikan maklumat yang tepat dan ringkas serta kos yang murah menjadikan ia bahan penyampai maklumat yang digemari oleh rakyat. Di negara ini pelbagai akhbar telah diterbitkan, pada hari ini 2 November 1932 akhbar Suara Benar telah diterbitkan di Melaka oleh Melaka Latifah Press.

Akhbar ini dengan prinsip `Berani Kerana Benar, Takut Kerana Onar’ telah diterbitkan di Bandar Hilir Melaka. Ia ditulis dalam Bahasa Melayu dengan huruf jawi dan dicetak oleh Melaka Latifah Press. Akhbar Suara Benar melaporkan berita-berita dan peristiwa-peristiwa penting terutama peristiwa-peristiwa yang berlaku di Melaka dan sekitar dan juga peristiwa luar negeri. Ruangan Pengarah banyak memberi pandangan, kesedaran dan buah fikiran yang bernas berkaitan mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, moral dan masalah sosial bangsa Melayu ketika itu. Akhbar ini berhenti penerbitannya pada awal 1934, tetapi peranan cukup besar dalam menyampaikan maklumat kepada penduduk terutama di sekitar negeri Melaka dan juga dunia persuratkhabaran Melayu di negara ini.
 
BANK NEGARA MALAYSIA MELANCARKAN KEMUDAHAN `PEMBIAYAAN SEMULA KREDIT EKSPORT' (ECR) KE 2-Tarikh Peristiwa pada 02-11-1989

Pada hari ini 2.11.1989 Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaffar Hussein telah melancarkan kemudahan `Pembiayaan Semula Kredit Ekspot (ECR) Ke 2, bertempat di Bank Negara, Kuala Lumpur. Di bawah skim itu pembiayaan pra-hantaran dibahagikan kepada empat jenis iaitu pinjaman nilai tambahan (VAL), pinjaman bahan mentah tempatan (DIL), pinjaman barang siap tempatan (DOL) dan pinjaman bahan mentah asing (FIL). Pembahagian skim itu kepada empat jenis pinjaman dengan kaedah pengeluar terkawal bertujuan memastikan bantuan yang diberikan itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan eksport.

Pelancaran skim tersebut dibuat setelah jawatankuasa khas Bank Negara menilai skim percubaan ECR II yang telah diuji sejak tahun 1986 lalu. Melalui skim ECR II, hanya pinjaman nilai tambahan (VAL) dikeluarkan terus kepada pengeksport manakala pinjaman bahan mentah tempatan (DIL), pinjaman barang siap tempatan (DOL) dan pinjaman bahan mentah asing (FIL) akan dikeluarkan terus kepada pembekal- pembekal bahan mentah apabila dokumen yang mengesahkan pembelian dan penghantaran barangan dikemukakan. Pinjaman nilai tambahan (VAL) adalah bertujuan untuk membantu pembiayaan kos operasi pengeksport dan ianya tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah pinjaman yang layak diterima.

Di bawah skim baru itu juga, had pembiayaan bagi setiap pengeksport sebanyak RM 3 juta telah dinaikkan kepada RM5 juta, manakala had pembiayaan maksimum RM 10 juta yang dikenakan sebelum ini dimansuhkan. Bank-bank perdagangan diberi hak menentukan had maksimum pembiayaan tersebut. Walau bagaimanapun pinjaman mereka tetap tertakluk kepada keperluan nisbah modal hutang 60:40 yang ditetapkan oleh Bank Negara. Sesungguhnya dengan terlancarnya kemudahan `Pembiayaan Semula Kredit Eksport' ke 2 pada hari ini diharap ianya akan dapat membantu Bank Negara mengemaskini cara pembiayaannya bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi tujuan eksport.
 
PERJANJIAN SEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA DITANDATANGANI-Tarikh Peristiwa pada 02-11-1968


Pada hari ini 2.11.1968, Malaysia dan Indonesia telah menandatangani perjanjian sempadan antara kedua-kedua negara. Sebelum perjanjian tersebut ditandatangani, kedua-dua perwakilan telah berunding selama dua hari di Wisma Putra.Upacara menandatangani perjanjian itu dilakukan oleh Pengawal Imigresen Negara, Encik Ibrahim Ali yang mengetahui perwakilan Malaysia dan Konsul Indonesia di Kuala Lumpur, Left. Kol. Benny Moerdani, Ketua perwakilan Indonesia. Dalam perjanjian itu, kedua-kedua pihak bersetuju memansuhkan peraturan-peraturan keluar masuk yang lama dan digantikan dengan yang baru. Antara kandungan persetujuan itu ialah:-

Rakyat dari kedua-kedua negara yang hendak menyeberangi sempadan perlu mendapatkan pas khusus untuk tujuan tersebut. Pas tersebut boleh digunakan dalam tempoh setahun dan boleh dipakai pada bila-bila masa asalkan tempoh tiap-tiap lawatan tidak melebihi 30 hari.

Pas menyemberangi sempadan tidak boleh digunakan untuk mencari kerja. Pas-pas dikeluarkan oleh pegawai-pegawai Imigresen Malaysia. Manakala bagi rakyat Indonesia ia boleh didapati dari Otorita daerah perbatasan mereka.

Bagi memudahkan perlaksanaan peraturan ini, kedua-kedua negara bersetuju menubuhkan pusat-pusat kawalan khas. Dengan perjanjian ini dapat memudahkan perjalanan bagi rakyat kedua-kedua negara terutama yang tinggal di kawasan sempadan.
 
Back
Top
Log in Register