Hari Ini Dalam Sejarah-02/01

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PEMBUKAAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR-Tarikh Peristiwa pada 02-01-1905

Pada hari ini dalam tahun 1905, sebuah Sekolah Melayu berasrama penuh telah ditubuhkan di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak. Sekolah ini dikenali sebagai Malay Residential School ditubuhkan sebagai sekolah percubaan. William Hargreaves, guru besar Penang Free School telah dilantik sebagai guru besarnya yang pertama dengan dibantu oleh dua orang guru iaitu F. A Vanrennan dan C.W Rowlands. Pada peringkat permulaannya, murid-muridnya adalah seramai lapan orang dan bertambah kepada 63 orang menjelang bulan Mac. Sehingga penghujung tahun 1905 terdapat seramai 79 orang murid di sekolah tersebut. Tujuan asal penubuhan sekolah khas ini ialah bagi melatih anak-anak kerabat diraja dan pembesar-pembesar Melayu serta memberi pelajaran dan latihan bagi mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan British di Tanah Melayu. Bangunan tambahan sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1909 dengan peruntukan sebanyak $ 30, 000.00 dan telah dirasmikan sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Berikutan daripada itu MCKK telah dijalankan sepenuhnya sebagai English Public School. Sehingga kini, MCKK yang dikhaskan kepada murid-murid lelaki sahaja telah melahirkan ramai cendekiawan Melayu.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PENGAMBILAN PERTAMA WANITA UNTUK MENUBUHKAN KOR WANITA DALAM ANGKATAN TENTERA-Tarikh Peristiwa pada 02-01-1973

Pada hari ini dalam tahun 1973, seramai 33 orang wanita telah diambil berkhidmat dalam pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia. Pengambilan anggota wanita yang pertama ini telah dijalankan di Pulau Pinang. Para anggota pasukan wanita ini menjalani kurikulum latihan yang sama dengan anggota lelaki dan telah berjaya menunjukkan kemampuan melaksanakan latihan yang telah diberi. Kejayaan yang ditunjukkan anggota-anggota di peringkat awal ini telah mendorong pihak Tentera Laut Diraja Malaysia menambah pengambilan anggota wanita yang mana pengambilan kedua di KD SRI KLANG pada 11 Januari 1973 seramai 50 orang anggota wanita telah diambil. Di atas kebolehan yang ditunjukkan pada 1 Januari 1974, seramai 20 orang anggota wanita simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia telah diserap untuk berkhidmat sepenuh masa di dalam TLDM selama tempoh tiga tahun. Kesemua mereka bertugas di Cawangan Komunikasi sebagai Radio Operator dan Teleprinter Operator. Jelas kepada kita peranan wanita di negara ini telah lama melibatkan diri dalam pelbagai bidang, sesuai dengan usaha-usaha Kerajaan menggalakkan guna tenaga penuh rakyat negara ini dalam pelbagai lapangan pekerjaan.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
AKTA TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM DIPINDA-Tarikh Peristiwa pada 02-01-1992

Kajian semula dan pindaan tertentu kepada sesuatu Akta, undang-undang dan sebagainya perlu dilakukan untuk penyesuaian dengan keadaan semasa. Sehubungan dengan itu, pada hari ini 2.1.1992 Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmud Taib telah memaklumkan bahawan Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 akan dipinda bagi mengendalikan sebarang anomali berbangkit daripada pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) yang berkuatkuasa mulai 1 Jan 1992. Di samping itu pindaan tersebut juga dibuat adalah untuk membolehkan kakitangan Kerajaan yang tidak berpuashati dengan urusan pemindahan skim masing-masing kepada SSB, mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan. Pindaan Akta tersebut telah dinyatakan dalam Surat pekeliling Perkhidmatan Bil.9/91 mengandungi 1364 muka surat yang mana memberi butiran lengkap mengenai pelaksanaan SSB termasuk skim-skim perkhidmatan dan struktur gaji, elaun, surat tawaran pilihan dan cara-cara pemindahan gaji. Di bawah peruntukan Akta yang ada sekarang, sebarang anomali perlu dikemukakan dahulu kepada Bahagian Perundingan Jabatan Perkhidmatan Awam, dan bahagian tersebut pula akan membawanya ke Tribunal itu.

Walau bagaimanapun bahagian perundingan telah berhenti menerima sebarang tuntutan sejak Mei 1988 dan Tribunal hanya menyelesaikan kes-kes tertangguh sahaja. Adalah dipastikan apabila Akta Tribunal Perkhidmatan Awam yang dipinda telah berkuatkuasa, maka sebarang tuntutan bolehlah dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tanpa melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuntutan itu tidak dapat diselesaikan, maka anggota berkenaan boleh membuat tuntutan yang sama kepada Tribunal Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan keputusan muktamad. Pekeliling Perkhidmatan Bil.9/91 juga menerangkan hanya kakitangan yang bertaraf tetap akan diberi pilihan untuk memasuki SSB. Sesungguhnya dengan adanya pindaan terhadap Akta Tribunal Perkhidmatan Awam diharap jentera pentadbiran Kerajaan akan bertambah kukuh, sistematik dan berwawasan setanding dengan negara-negara luar.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register