BTC USD 84,082.6 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-01/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PENUBUHAN PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)-Tarikh Peristiwa pada 01-11-1981

Pada hari ini dalam tahun 1981, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai sebuah badan berkanun. FINAS ditubuhkan atas kehendak para karyawan industri perfileman agar kerajaan dapat membantu dalam meningkatkan dan mendorong usaha memajukan industri perfileman. Tugas pertama yang telah dilaksanakan oleh FINAS adalah mengumpulkan maklumat dan menyiapkan laporan tentang tiga kegiatan perfileman yang merangkumi pengeluaran, pengedaran dan pameran. FINAS juga berperanan mengasaskan hubungan berkaitan pertu

mbuhan perfileman di dalam dan luar negara. Ketua Pengarah FINAS yang pertama ialah Ismail Zain. Di antara tugas dan objektif FINAS adalah seperti membuat syor-syor kepada menteri tentang dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalakkan dan mengembangkan industri perfileman. Selain daripada itu, FINAS juga berfungsi untuk menyelaras kegiatan seseorang atau kumpulan yang bersangkutan dengan perfileman industri. Sesungguhnya, penubuhan FINAS telah membantu pengusaha industri perfileman yang sedia ada, malah turut melatih anak muda yang berminat dalam bidang perfileman.
 
PERASMIAN LEBUHRAYA BARU LEMBAH KELANG-Tarikh Peristiwa pada 01-11-1993

Pada hari ini dalam tahun 1993, Perdana Menteri Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Lebuhraya Baru Lembah Klang (LBLK) bertempat di Plaza Tol Jalan Duta Kuala Lumpur. Turut serta pada majlis perasmian tersebut ialah Menteri Kerja Raya, Y.B Dato’ Leo Moggie dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan. LBLK bernilai RM 400 juta ini, panjangnya ialah 34 KM bermula dari Kawasan Perindustrian Bukit Raja di Klang dan berakhir di Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan merentasi 24 buah jambatan termasuklah sebuah daripadanya sepanjang 360 Meter dan setinggi 47 Meter.

Lebuhraya dua hala yang mempunyai tiga lorong bagi setiap hala ini, telah mula dibina sejak November 1988 dan telah disiapkan serta dibuka secara berperingkat-peringkat. Ketika berucap pada majlis tersebut Perdana Menteri menyatakan, bahawa pembukaan LBLK ini merupakan satu peristiwa penting dalam perkembangan penswastaan lebuhraya di negera ini serta mencerminkan sebahagian daripada hasrat kerajaan untuk menyediakan rangkaian jalanraya yang baik kepada pengguna-pengguna jalan raya di negara ini. Sesungguhnya, rangkaian lebuhraya yang baik adalah faktor penting yang akan membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau ini.
 
PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)-Tarikh Peristiwa pada 01-11-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah diisytiharkan penubuhannya di bawah Akta 49, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, 1971. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Y.B Tan Sri Haji Mohd Ghazali bin Haji Jawi, Menteri Pertanian dan Tanah yang juga merupakan pengerusinya yang pertama. LKIM ditubuhkan dengan matlamat untuk memperbaiki kedudukan sosio ekonomi nelayan dengan memberi penumpuan kepada peningkatan pendapatan serta memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara. Antara tanggungjawab LKIM yang diperuntukan di dalam Akta 49 ialah menggalakkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan-perusahaan perikanan dan pemasaran ikan.

Sejajar dengan matlamat tersebut, LKIM telah menggalakkan penubuhan Persatuan-Persatuan Nelayan dengan tujuan untuk memajukkan kepentingan-kepentingan ekonomi dan sosial ahli-ahlinya. Antara program-program yang telah dijalankan oleh LKIM ialah Pembangunan Institusi Nelayan, Kemudahan Infrastuktur, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Industri Perikanan. Di bawah Program Sokongan Infrastruktur, LKIM telah menyediakan sebanyak 27 buah Kompleks Pendaratan Ikan diseluruh Malaysia. Sesungguhnya melalui LKIM usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup nelayan mampu direalisasikan.
 
PELANCARAN PENUBUHAN MAJLIS PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN SAINS NEGARA-Tarikh Peristiwa pada 01-11-1975

Sejak negara mencapai kemerdekaan, segala usaha telah dirancang bagi mewujudkan pembangunan kepada rakyat. Di antara bidang tumpuan yang dapat mempercepatkan pembangunan ialah sains dan teknologi. Pada hari ini 1 November 1975 Bapa Pembangunan Negara, Tun Abdul Razak telah melancarkan penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara bertempat di Bilik Gerakan Perdana Menteri, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Di antara lain Majlis ini bertanggungjawab kepada polisi sains negara, mengenalpasti penyelidikan dan pembangunan di bidang sains, mengawalselia penyelidikan di bidang sains, menjadi orang tengah di antara pihak kerajaan swasta dalam penyelidikan sains serta lain-lain yang ada kaitan dengan bidang sains yang dapat membantu mempecepatkan pembangunan dan kemajuan negara.

Berucap semasa perasmian Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara, Tun Abdul Razak berharap penubuhan Majlis ini akan dapat meninggikan mutu dan taraf penyelidikan sains di negara ini, dan ini juga merupakan langkah permulaan yang positif ke arah kemajuan negara dalam zaman sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat sekarang ini. Pada Majlis ini turut hadir Y.A.B. Datuk Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri dan Y.B. Datuk Muhamed Yaacob Menteri Tenaga Teknologi dan Penyelidikan.
 
aku ingatkan ko buat hari rabu jer hari ini dalam sejarah
 
Back
Top
Log in Register