Hari Ini Dalam Sejarah-01/01

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERASMIAN KERETAPI BUKIT BENDERA-Tarikh Peristiwa pada 01-01-1924

Pada hari ini dalam tahun 1924, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Lawrence Nums Guillemard. Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera telah dimulakan perkhidmatannya pada 21 Oktober 1923 dan merupakan bukit yang pertama mempunyai stesen keretapi dengan ketinggian 830 meter dari aras laut. Keretapi Bukit Bendera telah diwartakan pada tahun 1950 di bawah Penang Hill Railway Ordinance No. 42/1950. Sejak memulakan perkhidmatannya, keretapi Bukit Bendera merupakan satu badan yang tersendiri di bawah Kerajaan Negeri dan pentadbiran penyeliaan operasinya diletakkan di bawah Jabatan Lektrik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan telah diambil alih oleh Lembaga Lektrik Negara pada 1 Januari 1976. Mulai daripada 1 Februari 1977, kerja-kerja pengurusan operasi Keretapi Bukit Bendera telah diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudiaanya di tadbir oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1 Januari 1982, manakala urusan penyelenggaraan masih dibawah Jabatan Kerja Raya. Sesungguhnya, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera merupakan salah satu daya tarikan utama pelancong ke Pulau Pinang.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PERATURAN UMUM TANAH PAHANG 1889 YANG PERTAMA DIKUATKUASAKAN-Tarikh Peristiwa pada 01-01-1889

Pada hari ini dalam tahun 1889, satu peraturan umum berkaitan tanah telah dikuatkuasakan. Tujuan utama Undang-undang ini dikuatkuasakan adalah untuk membangunkan sektor pertanian, di mana pelabur-pelabur memerlukan tanah yang bentuk pemilikan adalah untuk menjamin keselamatan harta mereka. Akibat daripada pengenalan peraturan ini dapat dilihat dengan pembukaan ladang getah secara besar-besaran di Pahang. Contohnya pada tahun 1900 seluas 245 ekar getah telah ditanam di Pahang. Dari segi estet di Pahang pada tahun 1910 terdapat 190 estet telah dibuka berbanding 157 pada tahun 1909. Perubahan ini cukup mendadak apabila pada tahun 1990, 113,114 ekar telah di tanam dengan getah. Kedatangan Inggeris juga telah membawa perubahan yang baik, terutama berkaitan dengan peraturan-peraturan yang memudahkan serta menggalakkan kedatangan pelabur-pelabur ke Tanah Melayu pada waktu tersebut.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PENUBUHAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)-Tarikh Peristiwa pada 01-01-1985

Institut Penilaian Negara atau INSPEN adalah sebahagian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia. Tanggungjawab pada keseluruhannya mengenai urusan pentadbiran dan kawalan institut ini adalah ditanggung oleh Pengarah INSPEN selaku Ketua Pegawai Pengurusan yang bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. INSPEN telah ditubuhkan pada hari ini 1.1.1985 dan pembukaan rasminya telah dilakukan tujuh bulan kemudian oleh Y.B. Datuk Paduka Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Malaysia.

Di antara objektif penubuhannya adalah seperti berikut:-


memperbaiki, mempertingkat dan memperkemaskan pengetahuan semua peringkat kakitangan.

mengubah sikap kurang sihat kepada sikap yang sihat, baik dan lebih dinamik.

meninggikan mutu kemahiran kakitangan bagi menghadapi cabaran semasa.

memberikan kefahaman secukupnya kepada kakitangan agensi lain yang ada hubungan dengan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
menghasilkan kerja-kerja penyelidikan mengenai aspek-aspek penilaian dan pengurusan harta untuk kepentingan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan harta dan profesion penilaian amnya.
menerbitkan Laporan-laporan Pasaran Harta dalam tempoh yang ditetapkan.

mengelolakan Peperiksaan Jabatan Penilaian seperti dijadualkan.

menguruskan harta-harta alih dan tak alih di INSPEN secara profesional

Pada tahun 1987 imej dan Prestasi INSPEN telah mendapat pengiktiran negara-negara ASEAN apabila ianya telah berjaya menganjurkan kursus-kursus Sijil Penilaian Harta bagi Pegawai-pegawai Kementerian Kewangan Republik Indonesia dan kursus-kursus untuk pegawai-pegawai dari Negara Brunei Darussalam. Sesungguhnya prestasi INSPEN dalam semua bidang seperti latihan, penyelidikan, laporan pasaran harta, perpustakaan, penerbitan dan peperiksaan, telah meningkat dari tahun ke tahun dan ini menampakkan kematangan dan kemajuan Institut ini.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
UNDANG-UNDANG TANAH TELAH DILULUSKAN OLEH MAJLIS NEGERI KELANTAN-Tarikh Peristiwa pada 01-01-1939

Pada hari ini dalam tahun 1939, Undang-undang Tanah tahun 1938 yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri mula dikuatkuasakan. Undang-undang tanah 1938 ini dibentuk untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi Undang-undang Tanah Tahun 1926. Undang-undang Tanah 1938 ini mengandungi 22 bahagian yang berkaitan dengan hak-hak yang tersimpan oleh Kerajaan. Pendaftaran undang-undang sewaan tanah yang diberi milik dan pengutipan hasil tanah. Beberapa perubahan yang dijalankan ini, memberi suatu sistem yang tersusun kepada dasar-dasar pemilikan dan penggunaan tanah sama ada kepada orang-orang Melayu atau orang-orang asing yang mula memasuki negeri Kelantan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register