akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Harga ubat naik, pesakit kurangkan jalani rawatan
IzwanFebruary 10, 2025
SHAH ALAM: Kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai mengurangkan perbelanjaan perubatan mereka, sekali gus kebergantungan terhadap ubat-ubatan demi kerana untuk berjimat-cermat.
- Advertisement -
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Mohd Shafie Ngah berkata, kenaikan harga ubat turut menyebabkan kos perubatan di klinik dan hospital swasta meningkat secara drastik menyebabkan orang ramai beralih ke klinik serta hospital kerajaan.
“Betul agaknya kata arwah dulu, kenaikan harga barang, termasuk harga ubat-ubatan menyebabkan pesakit mengurangkan belanja perubatan. Sebelum harga ubat naik, tiap-tiap hari pesakit makan ubat. Ikut jadual.
“Selepas harga ubat naik, ada yang ambil keputusan mengurangkan makan ubat tujuannya untuk berjimat. Bila harga ubat-ubatan naik, kos perubatan di klinik-klinik dan hospital swasta secara drastik menaik.
“Akibatnya orang ramai beralih ke klinik-klinik dan hospital kerajaan,(sedar tak sedar kadar premium insurans kesihatan pun menaik),” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Menurut shafie, kenaikan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan di klinik dan hospital kerajaan.
“Kesesakan yang berlaku secara langsung akan menjejaskan perkhidmatan di klinik-klinik dan hospital kerajaan seperti masa menunggu sebelum dapat mendapat rawatan dan sebelum dimasukkan ke wad.
“Konsikuennya, berlaku jumlah kakitangan yang tidak mencukupi serta tekanan kerja (work pressure) berlebihan. Tekanan kerja berlebihan pastinya akan menjejaskan prestasi kakitangan.
“Bila prestasi kakitangan kesihatan dan perubatan terjejas teruk maka menaiklah rungutan orang ramai.Orang ramai (baca: pesakit dan pendamping mereka) akan lebih tertekan dan terus tertekan.
“Bak kata arwah dulu, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga barang meningkat. Peningkatan harga barang akan menyebabkan rakyat berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Kerajaan wajib bertanggungjawab,”katanya.
Terdahulu media melaporkan kos perubatan di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12.6 peratus berbanding purata 5.6 peratus inflasi global pada tahun lalu.
Peningkatan ini didorong oleh pertambahan 600,000 rakyat dewasa yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam tempoh empat tahun sejak 2019. – HARAKAHDAILY 10/2/2025