BTC USD 42,834.8 Gold USD 1,750.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga telur naik mendadak

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,673
Reaction score
21,646
Points
1,671
40537867_2103596313005567_3505790132219281408_n.jpg

Gambar hiasan, diambil pada September.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat sama ada kewujudan aktiviti kartel menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas.

Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata aktiviti kartel seperti penetapan harga secara pakatan, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran bersama-sama antara pengeluar dan pemborong telur, boleh diambil tindakan di bawah Akta Persaingan 2010.

Menurutnya, dalam kes sebelum ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pernah mengambil tindakan terhadap pengusaha ais di Selangor yang berpakat naikkan harga sehingga RM1.50.

Saifuddin berkata KPDNHEP menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga telur terutamanya sejak pertengahan November antaranya di Pulau Pinang, Sarawak dan Putrajaya.

"Pada minggu pertama November, harga telur gred A di Putrajaya naik daripada RM3.98 (10 biji) kepada RM5.11. Minggu ketiga turun pula kepada RM4.04. Lepas naik mendadak, boleh pula turun. Harganya selepas itu kekal kira-kira RM4," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini pada Isnin.

Menurutnya, antara alasan yang diberikan pihak pengeluar dan pemborong termasuk keadaan cuaca, perbezaan nilai Ringgit, kos makanan ayam mahal dan peningkatan kos utiliti penternak ayam.

Saifuddin berkata KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan di peringkat pengeluaran, pengedaran dan pemborong di seluruh negara sejak Jumaat lepas bagi mengesan punca peningkatan tersebut berlaku.

"Jika didapati peniaga sengaja menaikkan harga telur bagi tujuan mengambil keuntungan yang tidak munasabah, pihak kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Beliau berkata KPDNHEP juga akan mengadakan perbincangan dengan MyCC dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memastikan tindakan efektif bagi menangani kenaikan harga tersebut termasuk faktor cuaca dan penyakit.

KPDNHEP juga katanya sedang mengkaji cadangan untuk menghadkan atau menghentikan pengeksportan telur ke luar negara bagi memastikan bekalan di pasaran domestik mencukupi.


http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1673796

image.jpg

Mohd Fairuz menunjukkan baki telur yang ada di kedai runcitnya selepas mendapat bekalan daripada pemborong hari ini.

MARANG - Peniaga runcit di daerah ini mengeluh apabila gagal mendapatkan bekalan telur malah terpaksa menghadapi kenaikan harga telur gred A sebanyak RM3 bagi setiap 100 biji hari ini.

Seorang peniaga di Padang Tanjung, Mohd Fairuz Mohd Harun, 33, berkata, harga borong telur gred A seminggu lalu hanya RM42 bagi setiap 100 biji namun naik kepada RM45 bermula pada pagi ini.

Menurutnya, kenaikan itu pastinya akan membebankan pengguna pada musim tengkujuh kerana sumber protein utama lain seperti ikan misalnya sudah pasti harganya melonjak kerana faktor cuaca.

"Orang ramai mula mencari telur di kedai kedai runcit di dalam kampung kerana mereka mendakwa pasaraya tiada bekalan. Bahan mentah itu mendapat permintaan tinggi dan orang ramai mula merungut.

“Bekalan makin berkurangan, sebelum ini saya dapat jual 300 biji telur seminggu tetapi hanya peroleh dua papan telur (sepapan 30 biji) sahaja daripada pemborong di Sena Rendang hari ini,” katanya.

Seorang pengguna, Mohamad Jusoh, 48, pula berkata, harga telur ketika ini tidak menentu dan berbeza di kedai-kedai runcit manakala di pasaraya pula bekalan telur terhad malah mulai berkurang.

Dalam pada itu, pengguna lain khususnya peniaga kuih juga mendakwa terkesan dengan kenaikan harga telur kerana ia menyebabkan margin keuntungan diperoleh mereka menjadi semakin mengecil.

Sehubungan itu, pengguna menyarankan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan penguatkuasaan memantau perkara itu.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/bekalan-telur-tak-cukup-mana-pergi-1.913432

Harga minggu lepas berdasarkan apps Hargapedia

DuCsdIKU0AAQKL7.jpg
 
Telur barang kawalan tapi harga tak menentu

210271.jpg

Harga telur di sebuah pasaraya.( Gambr kecil: Suresh menunjukkan gred telur yang dijual di kedainya.)

JOHOR BAHRU – Harga telur tidak menentu meskipun ia merupakan barangan kawalan. Rata-rata kedai mahupun pasar raya menjualnya dengan harga berbeza yang ada kalanya mempunyai kenaikkan dan penurunan harga ketara mengikut gred telur.

Pemilik kedai runcit, C Suresh, 35 memberitahu, kedainya hanya menjual telur gred B sahaja yang mana kebiasaannya harga jualan bergantung kepada pihak pembekal.

“Macam minggu lepas saya ambil harga telur gred B tinggi dan kami jual 45 sen sebiji. Bagaimanapun, berbeza pada hari ini apabila turun kepada 40 sen sebiji.

“Sudah lama juga harga telur tidak turun. Biasanya di kedai runcit, kebanyakkan pelanggan selalu beli pada kadar 10 biji pada satu-satu masa. Pelanggan pun sudah semakin faham, sebab harga telur tidak tentu, tetapi ianya adalah barang keperluan dan terpaksa membelinya,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja sebuah kedai pemborong yang enggan dikenali memaklumkan pihaknya hanya mengambil telur gred A dan C sahaja dan harganya turut bergantung kepada pihak pembekal.

“Harga telur bergantung kepada pasaran. Biasanya kedai kami hanya menjual telur 30 biji atau sepapan sahaja.

“Bagaimanapun berlaku kenaikkan harga telur pada minggu lalu. Kalau minggu lepas harga telur untuk gred A bagi 30 biji adalah RM11.80, kini naik kepada RM12.50.

“Manakala, harga telur gred C pula dari RM11.20 naik kepada RM12,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan harga di sebuah pasaraya mendapati gred A sepapan dijual pada harga RM12.89, gred B pula sepapan 12.59, gred C sepapan RM12.29 dan gred D sepapan RM11.69,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/16166/EDISI/Johor/Harga-telur-tidak-menentu

Eksport lebih punca harga naik

image.jpg

Harga telur di sebuah pasar mini di Kluang.

KLUANG – Eksport ke negara jiran secara berlebihan menyebabkan bekalan telur ayam berkurangan menjadi punca harga dinaikkan setiap minggu sehingga mencecah 43 sen hingga 46 sen sebiji bersamaan RM13 hingga RM13.80 sepapan untuk gred A.

Pekerja pasar mini di Kluang yang hanya dikenali Latif, 30, berkata, alasan itu digunakan pembekal setiap kali menghantar bekalan telur ke kedainya setiap minggu menyebabkan pihaknya tiada pilihan sehingga terpaksa menaikkan harga jualan.

“Minggu lepas, harga telur ayam dapat dijual sekitar RM12.90 hingga RM13.50 untuk 30 biji (satu papan), tetapi pada minggu ini harganya semakin naik di antara satu atau dua sen sebiji dan alasan diberikan adalah sama iaitu tidak cukup bekalan.

“Kenaikan ini tidak terhad kepada telur ayam gred A semata-mata, malah turut melibatkan gred B hingga D dengar kadar yang hampir sama menyebabkan ada kedai hanya menjual gred A sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan ini juga menyebabkan kesukaran untuk peniaga kecil menjual telur ayam ini malah kebanyakan pengguna memilih membeli di pasaraya-pasaraya besar kerana boleh didapati dengan harga jauh lebih murah.

Katanya, dia juga berharap kerajaan dapat membuat pemantauan terhadap pembekal-pembekal yang sesuka hati menaikkan harga jualan sesuka hati hingga menyusahkan peniaga runcit serta pengguna yang tidak dapat pergi ke pasaraya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam ketika dihubungi berkata, pihaknya masih mengekalkan harga jualan telur pada kadar RM12.20 sepapan berbanding RM11.60 sebelum ini.

“Kami juga turut berhadapan dengan jawapan sama dari pembekal iaitu kekurangan bekalan menjadi punca utama bahan mentah ini terus naik walau pun membuat pembelian pada kadar yang banyak setiap minggu.

“Keadaan ini menyebabkan jualan telur ayam agak berkurangan sejak akhir-akhir ini kerana pelanggan terpaksa membuat penjimatan dan membeli keperluan pada kadar yang diperlukan sahaja,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi...ekalan-kurang-punca-harga-telur-naik-1.915252

41463849007_Eggs.jpg


MyCC akan mengambil kira harga harian dan jumlah pengeluaran telur ayam dalam menilai perlakuan anti persaingan yang diamalkan perusahaan

MYCC siasat isu kenaikan harga telur ayam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengenalpasti sebarang elemen anti-persaingan yang mungkin berlaku di dalam pasaran telur ayam tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail, selain isu pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kepada kenaikan harga telur ayam, MyCC akan melihat kepada perlakuan anti persaingan yang diamalkan perusahaan.

Ia termasuk kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan perbuatan menghadkan pengeluaran secara sengaja.

"MyCC akan menggunakan segala kuasanya yang ada di bawah Akta Persaingan 2010 untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan.

"MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dalam sebarang kegiatan kartel demi memastikan kesejahteraan serta kepentingan pengguna di Malaysia kekal terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kita juga akan mengambil kira harga harian dan jumlah pengeluaran telur ayam dalam menilai perkara ini,” tambah Iskandar.

Pada masa sama, mereka juga akan melihat dengan teliti aktiviti mengeksport telur ayam ke pasaran luar negara yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini berkata, KPDNHEP akan menyiasat sama ada aktiviti kartel telah menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas.

Saifuddin berkata KPDNHEP menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga telur terutamanya sejak pertengahan November, antaranya di Pulau Pinang, Sarawak dan Putrajaya.

"Pada minggu pertama November, harga telur gred A di Putrajaya naik daripada RM3.98 (10 biji) kepada RM5.11. Minggu ketiga turun pula kepada RM4.04. Lepas naik mendadak, boleh pula turun.

"Harganya selepas itu kekal kira-kira RM4," katanya sambil menambah, antara alasan yang diberikan pengeluar dan pemborong termasuk keadaan cuaca, perbezaan nilai Ringgit, kos makanan ayam mahal dan peningkatan kos utiliti penternak ayam.

Saifuddin berkata KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan di peringkat pengeluaran, pengedaran dan pemborong di seluruh negara sejak 7 Disember bagi mengesan punca peningkatan tersebut berlaku.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mycc-siasat-isu-kenaikan-harga-telur-ayam-193478

Harga telur ayam naik sehingga 10 peratus

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengesan kenaikan harga telur ayam turut berlaku di negeri ini pada kadar dua hingga 10 peratus sejak beberapa minggu lepas.


Pengarahnya, Khalid Tik berkata, ia hasil pemantauan yang dilakukan di seluruh pasar raya dan beberapa premis jualan yang mendapati harga semua gred telur meningkat antara 50 sen hingga RM1.

"Harga tersebut masih pada kadar munasabah menyamai kenaikan di kebanyakan negeri di seluruh negara. Bagaimanapun, kami akan terus tingkatkan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga berlebihan kepada pembeli," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas berhubung trend perubahan purata harga telur ayam sejak pertengahan bulan lalu hingga awal bulan ini yang didapati mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran runcit.

Katanya, daripada maklum balas yang diperoleh kenaikan harga tersebut berlaku berikutan peniaga turut mendapatkan bekalan telur pada harga yang tinggi daripada pemborong.

"Kementerian telah mengeluarkan arahan supaya operasi pemeriksaan dilakukan di peringkat pengeluaran (ladang), pengedaran dan pemborong bagi mengesan punca peningkatan harga berlaku. Kita masih dalam proses mengumpul maklumat lanjut berhubung perkara itu," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata, bekalan telur di negeri ini yang kebanyakannya diperoleh dari Pulau Pinang masih mencukupi untuk menampung keperluan semasa dan berharap pembeli tidak melakukan pembelian panik. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/harga-telur-ayam-naik-dua-hingga-10-peratus-1.803243

Sponsored Post

naning

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,149
Reaction score
433
Points
41
Zaman Malaysia Baru ni apa yg tak naik?
 

piko1

Active+ Member
Joined
Dec 18, 2010
Messages
3,506
Reaction score
303
Points
56
Telo tak penting.. Rumah lagi penting... Beli rumah bos rumah tengah jatuh hege
Telo mahal jgn makan telo
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
957
Points
171
Mmg mahal..mendadak naik..kene bela ayam kampung lah mcm nie ikut saranan menteri
 

Cytokinesis

Permanently Banned, Multiple Account azriff
Joined
May 4, 2017
Messages
2,510
Reaction score
440
Points
41
Benda basic macam telur pun naik harga? Nanti adalah saranan terlebih cerdik dari menteri suruh bela ayam pulak.. Hari tu dah suruh tanam rambutan.. PH=Price Hike..
 

Cytokinesis

Permanently Banned, Multiple Account azriff
Joined
May 4, 2017
Messages
2,510
Reaction score
440
Points
41
Bukan sikit2 anak Naik.. dari 9-10 hinggit naik sampai 12-13++ hinggit..
 

accessive

Active Member
Joined
Feb 17, 2014
Messages
1,133
Reaction score
225
Points
43
Jual telur pn ada kartel.
Jangan gaduh berebut kawasan sudah.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register