notepad
Legendary Member

- Messages
- 15,750
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,750
- Reaction score
- 2,180
- Points
- 266
Ramli Omel (kiri) dan Aman Shah Bakhtiar memerhatikan Mohd Adam Khusairi mengumpulkan sawit di kebun kelapa sawit milik penduduk Kampung Jalan Benteng, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.
Masjid Tanah: Ibarat mendapat 'durian runtuh' apabila kenaikan lebih dua kali ganda harga buah tandan segar (BTS) kelapa sawit dianggap rahmat buat pekebun tanaman itu ketika ini.
Selepas terpaksa menelan pahit harga BTS antara RM280 hingga RM300 satu tan sebelum April lalu, mereka kini tersenyum puas apabila harga BTS melonjak di pasaran.
Ramli Omel, 42, berkata, harga BTS meningkat kepada RM680 hingga RM750 setan sekaligus menambah pendapatannya untuk menampung kos sara hidup.
"Harga paling rendah adalah RM280 satu tan beberapa tahun lalu. Namun sejak April, harganya naik hingga mencapai harga semasa RM750 satu tan," katanya ketika ditemui di kebun sawit Jalan Benteng, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.
Ramli dan anaknya, Mohd Adam Khusairi, 13, serta adik ipar, Aman Shah Bakhtiar, 40, mengambil upah mengait buah sawit, selain meracun dan membaja kebun dimiliki penduduk kampung berkenaan. Hasil daripada jualan BTS dibahagikan dua antara pemilik kebun dengan Ramli yang lebih mesra dengan panggilan Ujang Sawit.
Ramli berkata, selepas sekian lama hidup dihimpit kemiskinan berikutan harga BTS yang amat rendah, dia kini amat bersyukur
dengan limpahan rezeki.
"Saya amat berharap harga BTS kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama. Malah saya dengar khabar, harga BTS dinikmati
peneroka Felda Serting, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan mencecah RM1,000 satu tan," katanya.
Dia berkata, peningkatan harga BTS membolehkannya membuat tabungan masa hadapan.
Sementara itu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata, kenaikan BTS sekitar RM1,000 satu tan berbanding RM300 sebelum ini, meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit daripada kategori B40 yang berpendapatan kecil dan miskin dalam kedudukan lebih baik.
Sehubungan itu, harga minyak masak semasa RM30 sebotol lima kilogram (kg) disifatkan munasabah berikutan kenaikan harga minyak sawit bertapis (MSB) yang tinggi kini.
Beliau berkata, purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan menyebabkan kenaikan harga MSB kepada sekitar RM5,000 satu tan.
Disiarkan pada: Jun 17, 2021 @ 4:29pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/719101/syukur-harga-sawit-meningkat