BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

harga minyak terkini..

Status
Not open for further replies.

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
ini yang aku quote dari berita baru2 ni..


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang menurunkan harga petrol RON95 walaupun harga minyak mentah menurun di pasaran dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan harga minyak petrol RON95 kerana ia merupakan bahan bakar bersubsidi.

"Penurunan harga minyak petrol RON95 adalah tertakluk kepada penurunan harga minyak di dunia. Namun, kerajaan hanya dapat melaksanakan penurunan harga minyak RON95 sekiranya tanggungan subsidi oleh kerajaan mencapai tahap kosong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Harga petrol RON95 dijual pada RM1.90 seliter selepas subsidi kerajaan sebanyak 53 sen seliter.

Ismail Sabri berkata sehingga kini, kerajaan menanggung subsidi untuk RON95 sebanyak RM6.6 bilion.

Katanya kerajaan mampu menurunkan harga petrol RON97 susulan penurunan harga minyak mentah dunia kerana harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dunia.

"Saya harap rakyat faham bahawa harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun," katanya.

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa 5 Julai.

Mengulas mengenai janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan minyak petroleum sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Ismail Sabri berkata: "Dia boleh janji apa saja. Jadi, janji memang senang, dan janji cakap semua percuma pun boleh". - Bernama

1341802788.jpg
[/IMG]

ini aku amik dkt petronas, permas jaya.

1341802786.jpg


yg ini dkt shell sebelah petronas..

menteri kata subsidi RM0.53sen + RM1.90(harga minyak)= RM2.43
petronas kata bulan MEI subsidi RM1.04sen, harga sebenar =RM3.53 <--- yang ini ada pelepasan cukai sbanyak RM0.59sen
shell kata subsidi bulan JUN RM0.82sen, harga sebenar = RM2.72


saper yg bijaksana tolong perjelaskan perkara ini..
saper kencing saper ni...:mad:
yang nyata kita memang dah kena kencing..:eek:
shialkan diorang ni.. memang celake...:mad:
Derang ni malas membaca apa lagi memahami berita apa lagi utk mengkaji...

Kalau mereka ni nk mengkaji dan berfikir minyak bersubsidi tu lagi mahal dari dari harga minyak yg takde subsidi...

Sebab:

Ron97(julai)= rm2.60 tanpa subsidi (sblm itu pada bulan mei dan jun rm2.80)
Ron95(julai)= rm1.90+rm0.53 (subsidi) = rm2.43

Tapi dlm gambar yg aku attached pada bulan mei dan jun 2012 harga sebenar ron95 (tanpa subsidi) masing2 berjumlah rm3.53 dan rm2.72.

Ron97 Rm2.80 tp ron95 masing2 rm3.53(mei) dan rm2.72(jun)

Apa giler mahal minyak ron95 berbanding ron97..???

Sbb tu aku tnya, benarkah ada subsidi waktu itu kerana ia menimbulkan kemuskilan...

Dan bila aku dah halalkan jadi masaalah pulak... berat puak2 ni...


Kerajaan akan semak Belanjawan 2019 jika harga minyak susut di bawah USD50

Belanjwan-Malaysia-2019-new-1.jpg


NASIONAL December 23, 2018 9:38 am

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Kerajaan Persekutuan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada US$50 setong, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Kementerian Kewangan menyediakan belanjawan berasaskan harga minyak mentah pada US$70 setong.

Harga minyak merosot ke paras terendah dalam tempoh setahun Selasa lepas, turun antara empat dan tujuh peratus sepanjang minggu lepas, diheret turun oleh kelembapan ekonomi dunia, selain kebimbangan terhadap lebihan bekalan dalam pasaran minyak.

West Texas Intermediate (WTI) turun di bawah US$47 setong manakala Brent susut ke paras US$56.

Punca kemerosotan mengejut itu disumbangkan oleh pelbagai faktor.

Peningkatan inventori minyak mentah selain unjuran pengeluaran minyak syal menjejaskan harga minyak, namun kejatuhan harga diburukkan lagi oleh jualan secara menyeluruh dalam sektor kewangan.

https://selangorkini.my/2018/12/ker...-2019-jika-harga-minyak-susut-di-bawah-usd50/
 
Last edited:
kenyataanya mmg rakyat ditipu oleh puak2 umngok HJ
 
dah lama aku perasan bende ni..kalau tgk kat petronas harga ron 95 lagi mahal dari ron 97 tanpa subsidi..minyak kualiti lagi murah dari minyak biasa:mad::mad:
 
tt matematik spm dpt brapo?
 
kene tipu lg rakyat mesia
 
persoalan kenapa berbeza2.. aku tak halal duit aku sesen pun pada diorang ni..

lagi satu.. sebenarnyer ada ke takder subsidi tu... mcm sembang atas kertas jerr..

harian metro tak nak bongkar ker isu2 mcm ni.. kan fav topik..
 
amik kalkulator siap2.. cer kira2..:D
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register