TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Pasaran minyak terus merosot daripada paras terendah selepas Arab Saudi mengurangkan harga eksport kepada Amerika Syarikat (AS), mengancam untuk meningkatkan bekalan global yang mendorong harga minyak jatuh sebanyak 30 peratus sejak Jun lalu.
Minyak mentah hadapan AS jatuh AS$1.59 kepada AS$77.19 selepas mencecah paras terendah sejak Oktober 2011 pada pagi semalam.
Harga minyak brent bagi penghantaran Disember pula jatuh sebanyak AS1.96 kepada AS$82.82, juga selepas melepasi paras terendah yang direkodkan pada Oktober 2010.
Saham produk-produk penapisan yang melonjak minggu lalu, mengejutkan para penganalisis yang menjangkakan ia merosot, menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika.
Stok bahan api sulingan meningkat sebanyak 155,000 tong berbanding jangkaan penurunan 1.8 juta tong dalam undian penganalisis Reuters.
Stok gasolin juga naik sebanyak 240,000 tong di sebalik jangkaan kenaikkan 400,000 tong.
Isnin lalu, Arab Saudi mengejutkan pasaran dengan menaikkan harga minyak bagi Asia dan Eropah tetapi mengurangkan harga bagi AS.
"Sebenarnya Arab Saudi mengisytiharkan perang kepada pengeluar-pengeluar minyak AS. Mereka percaya satu cara untuk meneruskan kelangsungan pada jangka panjang dengan memecahkan pasaran pada jangka pendek," kata Phil Flynn dari Price Futures Group.
Negara-negera Pertubuhan Pengeksport Petroleum (OPEC) dijadualkan mengadakan mesyuarat pada 27 November ini tetapi setakat ini tiada petunjuk sama ada akan mengurangkan bekalan.
Menteri Minyak Emiriah Arab Bersatu berkata, negara itu tidak berada dalam situasi panik. Malah Venezuela dan Ecuador pula memberitahu, mereka akan menyertai untuk mempertahankan harga minyak.
"OPEC dan Arab Saudi bermain pada jangka masa yang panjang. Harga minyak yang rendah untuk jangka masa yang panjang adalah percaturan kepada negara yang memiliki rizab yang panjang pada kos yang murah," kata Ketua Pegawai Kewangan Trafigura, Lierre Lorinet semasa Persidangan Global Komoditi Reuters. - MalaysiaGazette