balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PETALING JAYA – Penggemar air kelapa muda pastinya terkejut dengan harga sebiji kelapa pandan muda yang dijual pada harga tidak munasabah iaitu RM6.50 sebiji di sebuah restoran mamak di sini, nilai yang jauh lebih mahal berbanding kelazimannya.
Lebih memeranjatkan, harga tersebut lebih tinggi dan hampir sekali ganda berbanding harga biasa yang ditawarkan di gerai atau kedai makan lain yang rata-ratanya berharga RM3 hingga RM4 sebiji.
Alasan restoran itu, pihaknya terpaksa menjual kelapa muda dengan harga mahal kerana pembekal telah menetapkan harga tinggi kepada mereka.
“Barang ini datang dari Thailand dan harganya sudah mahal. Maka, kita terpaksa jual lebih tinggi untuk mengelak daripada rugi,” katanya ketika ditemui di restoran terbabit di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm