BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga emas dijangka melonjak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Permintaan stabil dengan unjuran ekonomi lebih baik faktor harga emas dijangka melonjak menjelang akhir tahun ini. - Foto hiasan
Permintaan stabil, unjuran ekonomi baik faktor peningkatan

Harga emas mampu mencecah AS$1,400 (RM3,230) satu auns menjelang akhir tahun ini berikutan permintaannya yang stabil dengan unjuran ekonomi yang lebih baik, demikian menurut peruncit barangan kemas emas terbesar di Malaysia, Poh Kong Holdings Bhd.
Harga emas kini bergerak antara AS$1,200 dan AS$ 1,300 satu auns.
Poh Kong kini mempunyai 105 cawangan di Semenanjung Malaysia dan kami menyasarkan untuk melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang” Ermin Siow, Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd

Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow, berkata harga tidak akan turun kembali ke paras pada pertengahan April hingga pertengahan Mei tahun ini.

Beliau berkata, satu sebab a berlakunya penurunan secara tiba-tiba semasa tempoh antara April dan Mei itu adalah kerana spekulasi pasaran mengenai langkah pelonggaran kuantitatif (QE) oleh Rizab Persekutuan AS.

Pelabur berhati-hati

Pelabur berhati-hati berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Benanke, mengenai pengurangan program pembelian bon pada bulan yang akan datang.
“Kebanyakan penganalisis bagaimanapun tidak menjangka QE akan dilaksanakan sekarang dan ia dijangka hanya akan dikuatkuasakan hanya apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

“Malah, apabila harga jatuh, permintaan untuk emas fizikal atau siap akan masih menjadi tinggi terutama di negara Asia,” katanya.

Siow berkata, semasa kejatuhan harga pada pertengahan April dan pertengahan Mei itu, harga runcit emas juga jatuh sebanyak 20 peratus daripada RM180 segram kepada RM155 satu gram.

Katanya, Poh Kong menerima lebih ramai pelanggan pada hari raya tahun lalu berbanding tahun ini.

“Kami menganggap kebanyakan orang membeli emas dan barang kemas ketika harga turun pada pertengahan April dan pertengahan Mei lalu,” katanya.

Permintaan sentiasa ada

Siow bagaimanapun berkata, peruncit emas dan barang kemas di Malaysia bernasib baik kerana sentiasa ada permintaan bagi emas dan barang kemas sepanjang tahun walaupun walaupun harga emas tidak menentu.

“Kita mempunyai perayaan sepanjang tahun dan bernasib baik kerana kita mempunyai banyak kumpulan etnik di Malaysia yang sukakan emas,” katanya.

Mengenai pelanggan emas di Malaysia, Siow berkata terdapat dua jenis pelanggan yang membeli emas iaitu orang yang mahu memakai emas serta set permata dan orang yang mahu menyimpan barang kemas untuk pelaburan masa depan atau diberikan sebagai hadiah.

Poh Kong juga menjual kepingan emas kepada mereka yang ingin menyimpan emas sebagai pelaburan atau hadiah.

“Kami mempunyai pelbagai berat untuk kepingan emas ini seperti satu gram, lima gram, 10 gram dan 50 gram, bergantung kepada bajet pelanggan,” katanya.



sumber:http://carigold.com/portal/forums/newthread.php?do=newthread&f=72
 
bila nak melonjak nih. dah lama merundum je.....
 
angan-angan je ni.. dah jatuh terus jatuh.. saje nk pancing org luar..

emas naik kot kalau US perang lagi...
 
jgn la naik lg. aku tgh kumpul duit nih :((
 
Tauke emas punya statement,ada ke org jual brg kata brg akan merundum, lawak raya nie heheh,teman punya prediction emas akan maintain bwh 1300 usd, blum ada tanda nk up
 
nak suruh org beli emas la tuuuuuu...
 
time harga murah ni peluang nk beli emas untuk bini.. dulu time mahal tak mampu
 
property lagi bagus dari emas. dah la spread besar gabak.

camne nak tau emas rugi ke untung?

ko beli hari ni RM150, esok nak jual RM120 je dia amik.
rugi la tu. sama je macam keter

tapi property boleh beli below market.
market value 100K tapi ko nego beli 70K.
so hari ni beli 70K, esok jual 100K.

camtu baru melabur
 
Kata kata tokey emas, supaya org membuat pembelian panik...kihkih...

Bagaimana pula kata pure penganalisis ekonomi?
 
Back
Top
Log in Register