BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Durian Mampu Milik, Serendah RM1 Sebiji

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
ffd9c76d46b7d538cbd0c618ae94cc8d6953568ba206e

b51dd90afd0659c58e7cd62f26283456695356bc97c50

Para pengunjung memilih buah durian yang dijual murah dengan harga promosi serendah tiga biji RM10 di Pasar Tani Demak semalam.

Aroma durian dari deretan lori sarat dengan buah kuning kehijauan menandakan tibanya musim yang dinanti-nantikan peminat ‘raja buah’ di negeri ini, apatah lagi dengan bekalan durian tempatan yang tinggi di pasaran kini.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Aroma durian daripada deretan lori sarat dengan buah kuning kehijauan, menandakan tibanya musim dinanti-nantikan peminat “raja buah” di Sarawak, apatah lagi dengan bekalan durian tempatan yang banyak di pasaran pada masa ini.

Berikutan itu, situasi longgokan durian kampung khususnya dari kawasan selatan Sarawak telah mencetuskan idea untuk peniaga Akmal Hakim Saidan, 29, dan adik-beradiknya menawarkan harga runtuh serendah RM1 sebiji, bagi menarik lebih ramai pelanggan ke kedai mereka.

Beliau yang merupakan penjual buah-buahan dan ikan segar berkata musim durian di Bumi Kenyalang biasanya bermula dari Ogos hingga Februari, dengan bekalan diperoleh dari Sematan, Serian dan Sarikei.

“Waktu kemuncaknya bermula sekarang sehingga Februari, jadi buat masa ini kita terima kira-kira enam hingga 10 lori durian sehari, dengan anggaran keseluruhan 12,000 biji durian kampung kita peroleh setiap hari.

“Setiap durian digredkan sebaik tiba di kedai, jadi buah yang pecah diasingkan untuk dijadikan tempoyak, manakala durian yang elok dijual secara lelong atau dibungkus dalam tawaran khas Happy Hour, seperti satu plastik penuh pada harga RM25 atau sebiji RM1,” katanya kepada Bernama.

Turut mempromosikan jualan harga runtuh secara langsung di platform Facebook, beliau berkata meskipun durian dijual pada harga murah, keuntungan masih diperoleh kerana kuantiti jualan tinggi.

Akmal Hakim berkata bagi memenuhi permintaan peminat raja buah itu, kedainya beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang musim durian, dengan hujung minggu dan selepas masa bekerja menjadi waktu paling ramai pelanggan datang membeli durian.

“Selain durian, kami juga ada menjual pelbagai jenis buah-buahan seperti rambutan, langsat dan dabai yang turut ditawarkan harga istimewa mengikut waktu…untuk dabai boleh mencecah RM8 sekilogram sewaktu happy hour,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register